Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 29 July 2023

Tips Travel - Umrah Bersama Anak

 Salam Sejahtera... Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan kemudahan yang dikurniakan. Semoga apa yang saya usahakan ini beroleh kejayaan yang luar biasa didunia dan akhirat .


Tips Travel - kalau di Google keluar banyak macam - macam tips yang keluar. Disebabkan kami sekeluarga bukan selalu travel luar negara hanya merentas negeri sahaja.  Kebetulan pulak tahun nie rezeki saya dan suami dapat peluang untuk mengerjakan umrah.

Jadi idea menulis pon bersetuju memilih Tips Travel -Umrah Bersama Anak.

Betul la pendapat ramai, setiap orang ujian-nya berbeza. Tetapi semua itu ada hikmah tersendiri . Perancangan awal kami akan travel bersama 1 keluarga. Persiapan berkaitan dokumen sudah selesai. Tapi Allah punya rancangan lagi terbaik. 

Sudah la ini kali pertama nak travel naik kapal terbang. Kalau travel dalam negara dan balik kampung tu selalu dah. Tips Travel dalam negara tak mencabar berbanding travel luar negara. Banyak hal yang perlu diuruskan selain pengurusan  pakaian dan barang keperluan lain. 

Lagi mencabar disaat menunggu tarikh bertolak tiba-tiba misi travel kami untuk umrah  dibatalkan. Bayaran dipendahuluan  sudah diterima untuk 6 orang . Itu la cabaran awal. Tips Travel penting nie kalau nak keluar negara pasti kan agensi yang berkenaan betul- betul ada rekod yang baik dan bertanggungjawab.

Rentetan dari ujian itu, terpaksa la anak- anak yang lain ditinggalkan . Keputusannya hanya anak yang bongsu untuk sertai saya dah suami..


"Tak susah ke bawa anak-anak pergi Umrah?"


"Senang ke nak beribadah di sana nanti?"


Ramai yang tanya saya soalan ni.


Mungkin ini juga persoalan yang terlintas di fikiran ramai ibu ayah yang nak bawa anak-anak pergi umrah.

Ini kali pertama saya pergi umrah dengan suami dan anak-anak. Ia satu pengalaman yang sangat berharga.


Dengan rendah hati, saya terpanggil untuk berkongsi beberapa tips umrah bersama anak-anak. Moga-moga dapat membantu ibu ayah yang berhasrat untuk bawa anak-anak pergi umrah.


Tulisan ini saya bahagikan kepada dua bahagian yang besar. 


Pertama, persiapan di Malaysia sebelum bertolak menunaikan umrah. 


Kedua, persiapan dan tips apabila berada di Makkah dan Madinah.


❤️ Persiapan sebelum bertolak 


Antara beberapa persiapan yang boleh dibuat di Malaysia sebelum bertolak menunaikan umrah:


1- Ambil injection


Sebelum berangkat pastikan ibu ayah dan anak-anak ambil vaksin Meningococcal. Dan digalakkan juga ambil vaksin pneumococcal dan vaksin influenza. Boleh ambil di klinik yang berdekatan. Salah satu usaha supaya Allah lindungi daripada penyakit.


2- Latih anak ke masjid


Antara persiapan yang kita boleh buat juga adalah dengan latih awal² anak-anak ke masjid. Bawa mereka bersama sewaktu solat lima waktu. Ini supaya mereka tidak kekok semasa berada di sana nanti.

Plan awal anak no 2 akan ikut sekali. Memang dah selalu latih ke masjid solat berjemaah. Bila kali nie rezeki anak bongsu. 


3- Bina mindset awal 


Penting untuk ibu ayah bina mindset awal dalam minda anak-anak.Macam saya, sebulan sebelum pergi, saya selalu bagitahu Noah, "Noah nanti kita akan pergi Makkah dan Madinah", kita akan solat, baca Al-Quran, bersedekah di sana".

Walaupun Noah tidak fokus atau masih belum bayangkan apa-apa, tapi insyaallah membantu untuk dia bersedia. Mindset awal sangat penting.


4- Buat aktiviti atau bacakan buku berkenaan Makkah dan Madinah sebagai persediaan awal


Alhamdulillah saya beli dan guna buku Madinah dan Makkah Activity Book. Saya buat dengan Noah aktiviti dalam buku tersebut. Tampal sticker Kaabah, Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan sebagainya. Ini penting supaya dia dah ada gambaran tentang Makkah dan Madinah.


5- Sediakan ubat-ubatan 

Seterusnya antara keperluan mereka yang perlu disediakan adalah ubat-ubatan.  Jadi boleh rujuk klinik atau farmasi untuk dapatkan ubat yang sesuai cth ubat demam, batuk, selesema dan sebagainya. 

Ya sangat penting. Saya hanya sediakan vitamin yang cukup untuk kegunaan sepanjang tempoh 2 minggu . Tujuannya untuk kuatkan imun badan dan cegah dari mudah demam dan batuk.


6- Sediakan tali harness

Satu lagi adalah kena beli siap² tali harness. Tali yang boleh dipasang dibadan anak supaya senang di sana nanti terutama waktu kita solat. Bimbang mereka pergi merata². Solat kita pun lebih khusyuk sebab tak risau sangat dah bila pasang tali tu. Boleh beli kat Shopee, murah je harganya. 


7- Bawa stroller/baby carrier 

Stroller juga antara benda penting yang nak kena bawa. Sebab kat sana kita akan banyak berjalan. Jadi akan lenguh jika kita ada anak kecil yang kena dukung selalu. Kalau yang umur dalam 2 tahun mungkin dia nak berjalan sendiri tapi kalau ada stroller senang time dia tidur. 

Boleh bawa juga baby carrier terutamanya kalau ada anak yang bawah umur setahun. Baby carrier ni berguna waktu tawaf sebab dalam masjidil haram tak boleh bawa masuk stroller terutamanya dekat bahagian mataf/tempat tawaf. 


8- Pilih pakej travel agent yang sesuai dan yang tawarkan hotel yang dekat dan bilik yang selesa

Tentang hotel yang dekat, yang ni penting sebab pergerakan kita agak terbatas bila ada anak². Jadi bila hotel jauh dengan Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi, akan menyukarkan pergerakan kita. Jadi kalau ada kemampuan, pilih pakej yang hotelnya dekat dengan masjid cth sekitar 50 meter

Alhamdulillah dapat hotel yang tak jauh dari masjid. Dikekah dan Madinah lebih kurang 10 @ 15  minit ja berjalan.


9- Pastikan Travel Agent tempah seat depan dalam flight untuk dapatkan bassinet

Masa bayar pakej apa² dekat travel agent, bagitau siap² kita ada anak kecil yang perlukan bassinet dalam flight. Pastikan mereka tempah seat depan dalam flight. Nanti boleh request bassinet. Jadi tak perlulah kita dukung dia sepanjang 8 atau 9 jam dalam flight. Kita boleh letak anak dalam tu je. 


10- Buat jadual lebih awal untuk bergilir jaga anak²

Antara benda penting yang perlu kita buat adalah rancang betul-betul perjalanan pergerakan kita di sana. Biasanya kita akan diberikan jadual dan tentatif pergerakan kita di sana oleh travel agent. Jadi yang itu kita boleh print siap-siap di Malaysia lagi. 


Nanti jadual waktu yang ada tu kita boleh tulis siap2 waktu solat sekian-sekian siapa yang akan jaga anak-anak. Contohnya waktu Subuh si suami yang jaga. Nanti Zohor si isteri pula yang jaga. 


Untuk umrah juga boleh rancang awal siapa yang akan setelkan dulu. Macam kami masuk ke Mekah dulu. Jadi waktu sampai di Mekah, kami dah berihram. Tapi anak² masih penat sebab travel. Lagipun waktu tu dah malam. Jadi suami yang jaga anak dan saya tunaikan umrah dulu. 

Kerjasama antara suami isteri sangat penting di sana.


11- Pilih untuk pergi pada musim sejuk/semasa cuaca tidak terlalu panas


Seeloknya pilih untuk pergi pada musim sejuk jika nak bawa anak-anak. Sebab kat sana agak panas bahangnya jika kita pergi waktu musim panas. Suhunya melebihi 40 darjah selsius. Jadi kalau pergi waktu musim sejuk, anak-anak lebih selesa di sana. 


Waktu kami pergi tak panas berangin ja.  Biasanya Disember hingga Mac adalah musim yang agak sejuk. 


12- Berdoa agar Allah mudahkan 

Kita panjatkan doa banyak pada Allah, agar Allah mudahkan segala urusan kita sewaktu menunaikan umrah dengan anak. 

Bawa anak-anak bersama untuk menunaikan umrah memang mencabar sebab ia banyak melibatkan pergerakan fizikal sewaktu di sana. Emosi juga kene kental.

Jadi kita doa selalu dalam solat lima waktu kita agar Allah permudahkan urusan kita. 


 

0 comments:

Post a Comment