Salam Sejahtera
Kulit berseri tanpa sebarang cela semua wanita idamkan. Dipasaran pelbagai produk dikeluarkan untuk bantu wanita yang alami masalah kulit.
Salah satu masalah kulit yang tidak asing lagi bagi wanita adalah masalah Jeragat.
DEFINISI Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut.
Saya akan kongsikan cara Old skol & Petua Jeragat Hilang secara traditional . Mesti ramai yang pernah cuba
Dulu saya suka beli majalah wanita. Dalam tu ada macam - macam petua untuk penjagaan kulit. Saya gunting dan saya jadikan 1 buku scrab . Bila hujung minggu mula la aktiviti mencuba satu persatu petua mengikut masalah yang dihadapi. Banyak saya cuba petua untuk kulit la.
Jom kita tengok apa Petua Hilangkan Jeragat secara tradisional.
1. BAKING SODA
Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya ialah campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal➡️sapukan➡️cuci
Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.
Nota: Elakkan daripada menggunakan baking soda jika mempunyai kulit sensitif.
2.JUS LEMON
Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.
Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon ➡️ letakkan jus pada muka anda➡️ Biarkan selama 15 hingga 20 minit ➡️ kemudian cuci muka dengan air sejuk
3.CUCI MUKA DENGAN KERAP
Menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka dua kali sehari dengan pencuci muka.
Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebut di bahagian muka.
Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.
4.TOMATO
Buah tomato sangat kaya dengan sejenis antioksida dipanggil lycopene.Antioksida ini sangat berguna dalam menenangkan sel kulit anda yang telah terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari kerana lycopene mampu menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit di tahap maksima.
Hasilnya, kulit tidak terasa kering, mengelupas,dan menjadi gelap walaupun terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama.Ianya ‘menyejukkan’ kulit kita.
Caranya, ambil sebiji tomato dan buang kulitnya➡️Hancurkan ➡️ sapukan ke seluruh wajah dan dibiar sehingga kering.
5.CUKA EPAL CIDER
Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.
Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. ➡️Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas➡️Biarkan selama kira-kira 10 minit ➡️ membilasnya dengan air suam.
Banyak sebenarnya Petua Jeragat Hilang. Bagi sesetengah orang nak yang lagi mudah dan berkesan.
Alhamdulillah Shaklee ada keluarkan vitamin untuk hilangkan jeragat dengan mudah dan selamat.
Nie salah satu testimoni Vitamin untuk pudarkan jeragat yang diamalkan dan Alhamdulillah berkesan
Selain Vitamin C , Vitamin E jugak sangat popular untuk hilangkan jeragat dengan mudah dan selamat.
Vitamin E Shaklee Untuk Jeragat Kulit Cantik Hilangkan Parut | Vitamin E terkenal untuk kecantikan kulit. Vitamin E sesuai untuk mereka yang ada masalah parut, bekas jerawat, kulit kering, kulit berjerawat dan berjeragat.
Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak dan antioksidan yang sangat berkuasa yang tidak dapat dihasilkan tubuh. Ia boleh menghalang penuaan sebelum usia.
Panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik (hasil tulisan Dr Bruce Miller)
Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber
semulajadi ( lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada
huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan)
Cari perkataan mixed tocopherol dalam label
Pilih vitamin E yang ada sekali selenium
Kenapa sumber semulajadi?
Ini kerana vitamin E lebih baik dan lebih mudah
diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh
sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel
abnormal dalam tubuh badan).
Vitamin E Complex Shaklee pilihan terbaik kerana ia
menepati garis panduan di atas.
- Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E
d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.
- Mengandungi 10mg Selenium
- Lengkap sekali dengan Grape seed extract
Kelebihan Grape Seed Extract
Mengikut kajian saintifik grape seed extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.
Grape seed extract ini juga mengandungi OPC (Oligomeric Proanthi Cyanidin-sejenis fitonutien tulen) yang membantu kulit lebih elastik seterusnya membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
OPC berfungsi memusnahkan ‘radika bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.
OPC juga bertindak membantu mengatasi masalah kanser bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.
Kelebihan grape seed extract juga turut termuat di
dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah
sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
0 comments:
Post a Comment