Salam Sejahtera .... Alhamdulillah..syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat yang luar biasa ini..
Banyak sangat isteri solehah yang nak berhenti kerja jaga anak, layan suami, kemas rumah, jaga anak, layan suami, kemas rumah, jaga anak, layan suami, kemas rumah, jaga anak, layan suami, kemas rumah & seterusnya.
Haa, nampak tak apa masalahnya?
Banyak isteri yang berhenti kerja nak mulakan perniagaan online iaitu kerja dari rumah. Namun, mereka tewas dengan rutin harian. Akibatnya, bisnes online kekal di takuk yang lama walaupun dah 10 tahun berusaha.
Bekerja dari rumah memang nampak seronok bagi yang tak pernah. Berbanding keluar rumah seawal subuh, singgah hantar anak di rumah pengasuh & teruskan merempuh jalan sesak untuk ke pejabat.
Tapi, jangan ingat bekerja dari rumah tiada cabaran.
Anak-anak pantang tengok kita duduk depan komputer, menangis melalak kalau kita tak layan mereka, rumah disepahkan sambil kita baru nak masuk dapur & suami balik-balik saja dah tanya soalan "buat apa awak hari ni?".
Bekerja sendiri di rumah memang tiada bos nak tolong tegur. Kalau jenis tak boleh nak berdikari, memang mudah hanyut dalam dunianya sendiri. Rasa best duduk di rumah. Lepas 10 tahun baru tersedar "eh, apa aku buat selama ini?".
Air mata darah sekalipun, takkan boleh REWIND ke masa lalu.
Apa nak buat kalau betul-betul nak bekerja dari rumah
Cari bisnes yang berasaskan Internet. Supaya kita bebas nak kerjakannya di mana-mana saja. Kedua, dapatkan mentor yang kita paling percaya. Supaya dia boleh ingatkan kalau kita lalai & leka. Terakhir, disiplinkan diri untuk selesaikan tugas tak kira kiamat esok lusa.
Lakukan ketiga-tiganya, andalah pekerja dari rumah yang paling berjaya.
Alhamdulillah. Pengalaman saya urus bisnes dari rumah memang sangat mencabar. Permulaan nampak ok sebab belum ada anak. Tapi bila anak bertambah maka bermula lah cabarannya
Paling ketara cabaran dari sudut pengurusan masa. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah saya memilih bisnes yang sangat mudah diurus iaitu bisnes Shaklee
Walaupun pengalaman saya bekerja urus bisnes dirumah hanya 2 tahun sahaja. Tetapi tetap ada cabaran yang membuatkan saya tak putus asa untuk kembali bekerja dirumah sekali lagi.
Cadangan saya pada yang baru nak mula bekerja dari rumah boleh la memilih bisnes Shaklee. Semua sudah tersedia. Masa yang sangat fleksibel memudahkan untuk kita urus. Ramai dah yang berjaya membantu income keluarga dengan bisnes Shaklee
0 comments:
Post a Comment