Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 11 March 2023

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee




Alhamdulillah ... sedar tak sedar Ramadhan untuk tahun 2023 dah tak lama dah nak muncul. Paling sibuk geng mak - mak la. Lagi sibuk bila anak - anak sudah boleh berpuasa . Alhmdulillah yang sulung dan no 2 dah lulus dah untuk 30 hari puasa. Sejak dari mula bertatih nak puasa lagi Hana dah rutinkan diorang dengan Set Puasa Shaklee.

Kalau ditanya apa Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee nie memang banyak la. Pengalaman diri hana sendiri dalam situasi tengah sarat hamil, menyusu pun cukup mencabar dah. Ditambah lagi dengan pengalaman melatih anak - anak berpuasa.

Dengan Set Puasa Shaklee memudahkan tugasan seorang ibu sebenarnya. walaupun pada permulaannya untuk semua ahli keluarga ubah corak sahur dan berbuka agak mencabar juga la. Suami Hana suka makan nasi bila waktu sahur. Apabila waktu sahur hanya dengan rutin pengambilan protien soya + cinch , agak sukar jugak la untuk dia yakin. mampukah bertahan sampai waktu berbuka nie. 


Pada permulaan Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee hanya Hana seorang yang mengamalkan. Ketika mula mengamalkan adalah semasa kehamilan anak pertama. Itu la pertama kali Hana jadikan Esp Protien Soya sebagai vitamin tambahan untuk support sepanjang kehamilan. Alhamdulillah sangat membantu untuk kekal bertenaga , ibadah lancar walaupun disepanjang bulan Ramadhan.

Set Puasa Shaklee didatangkan hanya 3 produk iaitu Esp Protien Soya, Cinch pelbagai perisa dan Performance Drink iaitu minuman untuk support semula tenaga apabila berbuka. Itu 3 item yang sangat dikhaskan untuk golongan dewasa. Untuk anak -anak ditambah dengan Meal Shake yang sangat membantu untuk bekalkan nutrisi yang lengkap untuk anak - anak yang sedang membesar.

 Cadangan Set Berpuasa Shaklee 




1. ESP untuk berpuasa 

ESP mempunyai indeks glisemik rendah, jadi ia akan memberi tenaga yang berpanjangan serta memberi rasa kenyang lebih lama masa anda berpuasa.

Juga ada kandungan kalsium, rendah lemak, tiada kolesterol, ada vitamin B yang sangat membantu badan lebih cergas masa berpuasa sambil menjaga paras kolesterol yang sihat. 

Untuk yang ada gastrik tak perlu risau untuk puasa boleh juga minum ESP. Baca: Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Ibu yang hamil dan menyusu juga boleh minum ESP masa sahur untuk puasa. Baca: Set Ramadhan Bantu Ibu Hamil dan Menyusu



2. Cinch Shake untuk puasa 

Sama seperti ESP, Cinch Shake juga bagus untuk yang nak berpuasa. Boleh dibuat minum masa sahur. Hana suka cinch shake ni sebab ada 21 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan. Walau puasa tapi badan cukup semua vitamin ni paling bagus. Lepas tu, ada 6gm serat dan indeks glisemik rendah membantu anda lebih kenyang lama dan badan kekal bertenaga. 


Tambahan ada Leucine dalam Cinch. Leucine dapat membantu memelihara otot. Otot ni penting bagus untuk metabolisme badan dan elak badan cepat naik berat semula, kurangkan inci badan supaya lebih fit cantik. Bagi yang nak jaga berat badan sambil berpuasa tu boleh minum Cinch Shake ni. Ada 3 perisa iaitu Coklat, Latte dan Vanilla yang sedap.



3. Performance Drink untuk puasa

Yang ini umpama air isotonik cuma versi lebih sihat dan kurang gula serta tiada perisa tiruan. Jadi semua orang boleh minum. Boleh minum Performance Drink masa puasa waktu sahur dan berbuka untuk elak badan hilang banyak air masa puasa dan bagi badan cegas, tak lesu. Juga membantu kurangkan rasa haus masa berbuka, ni yang Hana sendiri rasa. 



4. Meal Shakes untuk puasa 

Meal shakes lebih pada kanak-kanak yang nak berpuasa. Dalamnya ada 19 jenis vitamin & mineral penting untuk pertumbuhan badan anak, ada protein, kalsium, fiber dan karbohidrat. Semua nutrisi penting membantu anak-anak berpuasa dengan lebih bertenaga, kurang rasa lapar, meningkatkan sistem imun, menjaga berat badan anak yang ideal dan membantu anak lebih fokus terutama anak yang bersekolah dalam bulan puasa. 

Boleh campur  Meal Shake dalam minuman anak-anak dan buat minum masa sahur atau berbuka puasa. 

Ada banyak pilihan dalam Set Berpuasa Shaklee. Boleh pilih ikut keperluan anda. Satu keluarga boleh minum set puasa ni. Pilihan yang mudah dan senang sebab tak perlu makan nasi dan lauk berat waktu sahur pagi. Badan juga dapat banyak khasiat. Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee pun lagi menarik . Satu keluarga akan dapat manfaat kesihatan terbaik sepanjang Ramadhan kali ini. 







Ada Promosi untuk Set Puasa Shaklee bulan ini .... Bagi yang nak rasai pengalaman Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee yang sangat terbaik. Segera la hubungi Hana 



#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setpuasashaklee
#pengedarshakleepakakerteh

http://www.wasap.my/60195434395.

Email:hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna 

Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

 


0 comments:

Post a Comment