Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Thursday, 16 March 2023

Jom Capai Impian Dengan Shaklee

 


Semua orang ada impian masing2..impian nak rumah besar,kereta besar,duit pun nak ‘besar’ juga.Apakah maksud impian?Impaian adalah sesuatu yang ingin kita raih atau capai.Namun untuk mencapai impian perlu ada motivasi,usaha,dorongan,pengorbanan dan yang penting niat.

IMPIAN DENGAN SHAKLEE

Kenapa perlu berimpian?Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa.Impian menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalam berusaha.Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk mencapai sesuatu di luar kebiasaan.

Alhamdulillah sejak saya kena Shaklee la saya mula menyimpan impian.  Target awal sekadar suka - suka ja sertai Shaklee. Dah beli produknya rugi la pulak tak jadi ahli. Sedar tak sedar dalam suka - suka ja sekarang sudah jadi Bisnes pertama yang diceburi. Hampir 10 tahun lebih sudah sebagai Pengguna tegar adan pengedar Shaklee.


Impian dengan Shaklee kita yang tentukan . Shaklee tawarkan macam- macam dah . So kita la yang kena mengerakkan diri untuk lakukan dengan kosisten dan capai semua impian 


Sebenarnya ada 4 Impian Dengan Shaklee yang terbesar , yang saya nak sangat- sangat semua tu tercapai. Kalau dulu saya suka menulis Impian sendiri  dalam sebuah buku . Tapi sekarang , kami ajak sekali anak - anak untuk sama lakar impian mereka. seronok betul.... Disebalik senarai impian diorang saya terkesan sesuatu. Anak - anak dengan berani letak impian yang luar jangkaan. Nak pergi naik belon panas kat Istanbul. Biar betul ... Sangkaan saya ehhh bila kita nak pergi tu... Tapi tak mustahil .. semua dengan Izin dan rezeki dari Allah pasti boleh la apa impian pon. 


 Pertama saya nak Umrah percuma dari Shaklee. Yang ini target saya untuk hadiahkan buat mak ayah dan mertua. Apa yang shaklee tawarkan untuk umrah nie sangat luar biasa. Saya nak mereka rasai keseronokan dalam beribadat. Pada saya ini la impian yang saya nak sangat Allah kabulkan.Walaupun setiap bulan ada bonus untuk mereka. Pada saya tetap tak cukup untuk balas segala jasa mereka. Alhamdulilah dengan doa mereka la saya sentiasa dimurahkan rezeki. 

 


Kedua , saya nak seluruh keluarga saya sihat . Alhamdulilah selamat 10 tahun lebih saya rutinkan suami dan anak- anak untuk amalkan pemakanan yang sihat dari rangkaian produk Shaklee. Banyak la perubahan . Tahap kesihatan anak- anak sangat memuaskan. Sekarang fokus saya untuk sihatkan mak ayah . Alhamdulillah sejak 3 tahun nie saya kirimkan Vitamin ikut keperluan kesihatan mereka. Perubahan demi perubahan dah mula nampak. Mereka pun dah semakin serasi dengan produk Shaklee. Moga asbab saya sertai Shaklee . Dapat jugak buat kebakikan untuk kesihatan seluruh keluarga.

 


Ketiga , saya nak Bebas kewangan dan masa yang lapang ,fokus  hanya dengan keluarga . Dengan bisnes Shaklee ramai dah yang berjaya walaupun hanya sebagai suri rumah. Walaupun saya berkerjaya sekarang tapi banyak kekangan yang saya kena korbankan. Kadang rasa saya banyaknya berhutang masa dengan anak - anak. 

Dari sudut bebas kewangan . macam biasa la, nak sangat rasai bonus Shaklee yang berterusan supaya segala hutang - hutang diselesaikan segera dan tidak bebankan orang lain apabila sampai masa Alllah jemput.

Buat masa ini saya kena buktikan dulu pencapaian saya dengan Shaklee untuk kembali jadi suri rumah semula. Insya ALLAH . 



Yang keempat pulak. saya bawak anak- anak bercuti diluar negara , naik kapal terbang. Bila masuk impian dengan SHAKLEE untuk anak - anak nie yang buat sebak sikit. Alhamdulillah tahun nie ada lah impian kami untuk mengerjakan umrah bersama- sama . Sebab dalam vision board kami umrah dulu sebelum ke cuti ke negara lain. Semua sudah di atur. Tetapi aturan Allah itu lagi terbaik. Allah datangkan ujian disaat akhir. Allhamdulillah mereka sangat memahami. Misi umrah terpaksa di tunda ke tahun akan datang. Insya Allah pasti Allah rezekikan saya bawak anak- anak  percutian melalui bonus Shaklee.


Bukan boleh cerita bab Impian . Ada saja sebak didada. Walaupun kejayaan dalam Shaklee belum lagi muncul . Tetapi tetap tidak akan sedikit pon untuk saya berputus asa dalam mencipta Impian Dengan Shaklee. Insya Allah pasti masanya akan tiba. 



#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 #ProjekBlogMega

#ProjekDuitRaya 

#PengedarShakleeTerengganu


0 comments:

Post a Comment