Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 28 March 2023

B Complex Boleh Bantu Kurus ??

Salam Ramadhan 


Betul ka B Complex  Boleh Bantu Kurus...  Jom kita bagi pembuka bicara dulu....pastu baru kita hurai dengan detail 

Bila masuk bulan Ramadhan nie semua pakat setting azam nak kurang berat badan dalam sebulan la.. Ambil peluang la, dalam setahun bulan nie ja kita kurang makan sebab kena puasa.

Ada orang persepsi bila kurang makan boleh la kurus ..ohhh silap tu....kalau metabolisma tubuh badan tu rendah memang susah nak kurangkan berat badan. Kena berjaya tingkatkan metabolisme dengan pemakan yang sihat baru la cepat penurunan

Macam mana pulak pemakanan yang sihat.Yang nie kita kena faham keperluan tubuh badan kita. Kalau tubuh badan asyik tidak bermaya kita kena lebihkan pengambilan protien untuk kembalikan tenaga kepada sel badan untuk bantu sistem badan kenali bertenaga.

Tapi orang sekarang semua nak cepat, nak cantik ,slim dihari raya sampaikan sanggup cuba macam- macam produk di pasaran untuk kelihatan kurus. 

Suka Hana berkongsi pengalaman sendiri dalam mencapai berat badan idaman . Bila tiba bulan Ramadhan Hana akan cuba  ubah corak pemakanan . Bila sahur hanya dengan Protien yang dalamnya terkandung sekali vitamin B complex. Bila berbuka sahaja Hana akan ambil nasi atau menu2 idaman dibulan puasa. 




Nie la yang kita nak cerita. Bagaimana  B Complex  boleh bantu kurus nie.Sebenarnya manfaat B Complex nie banyak. Tapi bila mula kita dah jadikan sebagai rutin pengambilan. Insya Allah semua kebaikan yang terkandung didalamnya dapat dimanfaatkan dalam tubuh badan kita.


Masa saya mula-mula konsisten makan B-Complex, ramai pulak yang tegur saya makin kurus. Mana laaa tak seronok bila makin kurus kan..hehehe... 


Bila dah lalui sendiri pengalaman makan B-Complex nie, apa yang digembar gemburkan yang makan B-Complex boleh jadi gemuk tu memang tak benar sama sekali.


 Fungsi utama adalah menukarkan makanan kepada tenaga. Pengambilan air sangat penting untuk membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang ada sesetengah individu yang makan B-Complex akan rasa cepat lapar. Bila cepat lapar kita akan rasa nak makan, makan, dan makan. Kita intend to eat more and more. Bila asyik makan je lama-lama pun jadi gemuk.


Tapi ada juga yang kuat makan tapi badan tak naik kan? Kenapa pulak ya? Ini disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak akan disimpan dalam badan.

Saya ibu menyusu yang kuat makan tau! hahahha.. Bila menyusu nie kita lagi akan rasa cepat lapar. Namun B-Complex banyak membantu cernakan semua makanan tadi tu kepada tenaga. Jadi tak ada la lemak lemak tersimpan dalam badan. Semua dah dicernakan dengan bantuan B-Complex. Sebab tu la penting ambil B-Complex tiap hari!


Apa pulak kandungan kebaikan dalam B Complex


1. Vitamin B1 - Tiamin
Tiamin diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Sumber vitamin B1 boleh ditemui dalam beberapa makanan berkarborhidrat tinggi seperti bijirin, roti, dan tepung. 

Menurut Dr Ronda Greaves dari Melbourne's RMIT School of Medical Sciences, Australia,kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya ialah pergerakan mata yang tidak dapat dikawal dan juga tangan dan kaki yang tidak seimbang. 

Kebanyakan vitamin B1 adalah mudah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Sumber lain Vitamin B1 ialah makanan laut seperti kerang dan ikan dan juga ragi.

2. Vitamin B2 - Riboflavin
Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita. Wanita berusia antara 19-70 tahun memerlukan minimum 1.1mg sehari dan lelaki pada usia yg sama memerlukan 1.3mg sehari vitamin B2. 

Sementara bagi ibu yang menyusukan memerlukan lebih Roboflavin iaitu minimum kira kira 1.6mg sehari. Roboflavin boleh didapatkan dari sumber makanan seperti susu dan produk yg diproses, ayam, brokoli, cendawan dan juga bayam. walau bagaimanapun, kekurang vitamin B2 boleh menyebabkn senseviti kulit, terutama pada bahagian mulut dan hidung. Selain itu kekurangan Riboflavin juga bibir kering, mata merah dan sensetif pada cahaya.

3. Vitamin B3 - Niasin
Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. 

Fungsi Niasin ialah meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusukan memerlukan Niasin lebih dari biasa anggaran 17-18mg sehari. 

Vitamin B3 ni boleh didapati dari sumber bijirin, beras, kekacang, daging lembu dan cendawan. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress.

4. Vitamin B5 - Pantothenic Acid
Vitamin B juga penting untuk diet tau, kerana kandungan Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.

Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah. Antara sumber untuk mendapatkan vitamin B5 ini ialah pada ikan sardin, ayam, avokado dan tembikai.

Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tidur, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil.

5. Vitamin B6 - Piridoksin
Kekurangan Piridoksin boleh menyebabkan luka pada bahagian mulut, hilang deria rasa, dan kekurangan Piridoksin kepada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.

Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak selain untuk membantu penyerapan vitamin B12 dan bagus untuk sistem saraf. 

Sebaliknya, ada kajian dilakukan berkenaan pengambilan berlebihan iaitu 1000mg sehari boleh mengakibatkan kerosakan saraf. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna unggu.


6. Vitamin B7 - Biotin
Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. 

Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang. 

7.  Vitamin B9 - Asid Folik
Ramai tahu asid folik sgt diperlukan bagi wanita yang ingin hamil ataupun yg sedang hamil.  Ia bagi mencegah kerosakan saraf tunjang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan.

 Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil sekurang2nya 600mcg untuk keperluan harian. Selain itu Asid folik juga berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. 

Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.

8. Vitamin B12 - Kobalamin
Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Errr...seram la pulak dengar. 

Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia. 

Lelaki dan wanita memerlukan 2.4mcg sekurang2nya vitamin B12 setiap hari. Sumber yang boleh ditemui melalui makanan ialah kacang soy, daging lembu, ikan, telur, susu dan rumpai laut. 

Ok ini kesimpulan daripada kandungan yang ada didalam b complex shaklee

Sudah jelaskan semua  berkaitan dengan B Complex  Boleh  Bantu  Kurus. Lepas nie jangan risau dah la .. Cepat hubungi saya untuk konsisten B Complex setiap hari.. Insya Allah proses penurunan berat badan akan lebih lancar.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleepaka


0 comments:

Post a Comment