Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 31 March 2023

Vitamin C Bukan Hanya Untuk Cantik Tapi...


Alhamdulillah... Perkongsian ilmu kesihatan diteruskan lagi . Kali nie Hana kongsi la sikit berkaitan Vitamin C



Vitamin C  Bukan Hanya Untuk Cantik Tapi......

Ramai yang kalau kita sebut ja Vitamin C pasti semua anggap hanya untuk cantik kulit sahaja.. Dulu Hana pon persepsi yang sama.. Ooo kalau selalu ambil Vitamin C baru kulit cantik gebu.

Tapi bila sendiri mengamalkan lebih 9 tahun baru la faham. Rupanya Vitamin C Bukan Hanya Untuk Cantik tapi lebih dari itu kita akan dapat lagi - lagi untuk kesihatan luaran dan dalaman

Vitamin C Bukan Hanya untuk Cantik. Menarik tajuk ini. Jom Hana Kongsi sikit effect bila kita selalu amal Vitamin C pada tubuh badan kita.


Hana baru sampai dari Mekah semalam.Alhamdulillah sepanjang keberadaan diMekah dan Madinah tu tahap kesihatan amat memuaskan. 

Walaupun Hana dijemput untuk jalani ibadah bersama anak kecik 2 tahun tetapi Alhamdulillah kesihatan kami sangat terbaik Hana dah la masih menyusukan anak

..Sepanjang bermusafir selama 12 hari kami akan rutinkan 2 kali pengambilan Vitamin C pagi dan malam. . Dengan suasana sesak dengan jemaah yang berpusu - pusu untuk jalani ibadah . Risiko untuk tahap kesihatan itu diuji tetap ada, sebab yang datang tu dari pelusuk semua negara. 

Alhamdulillah tiba  sahaja di Malaysia cuma tak cukup tidor sahaja.  Tahap kesihatan sama seperti sebelum bertolak . Tiada demam , batuk @ selesema yang selalu jemaah lain rasai kalau pulang dari jalani ibadah umrah.

Vitamin C

Vitamin C bukan hanya untuk cantik  tapi sangat bagus untuk kekuatan imun badan . 

Bagaimana Vitamin C Bantu Kuatan Imun Badan



Suatu ketika kita semua diuji dengan serangan padan kekuatan pertahanan badan kita.Kalau sebelum ini semua tu aku akan ambil peduli langsung apa itu kekuatan tubuh badan. Bila sakit ja mesti telan ubat.

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan yang baik dan menyumbang kepada fungsi sistem imun yang sihat. Antara kebaikan Vitamin C untuk kesihatan adalah seperti berikut:-

  1. Membantu meningkat sistem imun badan.

Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.

     2. Mengurangkan risiko penyakit insomnia.Memberi tenaga dan mengurangkan risiko badan letih dan lesu.

      3. Membantu menurangkan pengoksidaan di saluran darah. Jadi, dapat bantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah yang lebih sihat.

     4. Mengurangkan risiko penyakit buta akibat katarak

     5..Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.

     6 . Menghasilkan bahan pemancar sarah (neurotransmitter)

     7. Membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang pundi hempedu

     8.  Membantu mengurangkan stress dan masalah berkaitan sakit mental.



Berminat nak cuba?

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Call /  0195434395

Whatsapp:

http://www.wasap.my/60195434395.

Email:hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.

Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

 




Tuesday, 28 March 2023

B Complex Boleh Bantu Kurus ??

Salam Ramadhan 


Betul ka B Complex  Boleh Bantu Kurus...  Jom kita bagi pembuka bicara dulu....pastu baru kita hurai dengan detail 

Bila masuk bulan Ramadhan nie semua pakat setting azam nak kurang berat badan dalam sebulan la.. Ambil peluang la, dalam setahun bulan nie ja kita kurang makan sebab kena puasa.

Ada orang persepsi bila kurang makan boleh la kurus ..ohhh silap tu....kalau metabolisma tubuh badan tu rendah memang susah nak kurangkan berat badan. Kena berjaya tingkatkan metabolisme dengan pemakan yang sihat baru la cepat penurunan

Macam mana pulak pemakanan yang sihat.Yang nie kita kena faham keperluan tubuh badan kita. Kalau tubuh badan asyik tidak bermaya kita kena lebihkan pengambilan protien untuk kembalikan tenaga kepada sel badan untuk bantu sistem badan kenali bertenaga.

Tapi orang sekarang semua nak cepat, nak cantik ,slim dihari raya sampaikan sanggup cuba macam- macam produk di pasaran untuk kelihatan kurus. 

Suka Hana berkongsi pengalaman sendiri dalam mencapai berat badan idaman . Bila tiba bulan Ramadhan Hana akan cuba  ubah corak pemakanan . Bila sahur hanya dengan Protien yang dalamnya terkandung sekali vitamin B complex. Bila berbuka sahaja Hana akan ambil nasi atau menu2 idaman dibulan puasa. 




Nie la yang kita nak cerita. Bagaimana  B Complex  boleh bantu kurus nie.Sebenarnya manfaat B Complex nie banyak. Tapi bila mula kita dah jadikan sebagai rutin pengambilan. Insya Allah semua kebaikan yang terkandung didalamnya dapat dimanfaatkan dalam tubuh badan kita.


Masa saya mula-mula konsisten makan B-Complex, ramai pulak yang tegur saya makin kurus. Mana laaa tak seronok bila makin kurus kan..hehehe... 


Bila dah lalui sendiri pengalaman makan B-Complex nie, apa yang digembar gemburkan yang makan B-Complex boleh jadi gemuk tu memang tak benar sama sekali.


 Fungsi utama adalah menukarkan makanan kepada tenaga. Pengambilan air sangat penting untuk membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang ada sesetengah individu yang makan B-Complex akan rasa cepat lapar. Bila cepat lapar kita akan rasa nak makan, makan, dan makan. Kita intend to eat more and more. Bila asyik makan je lama-lama pun jadi gemuk.


Tapi ada juga yang kuat makan tapi badan tak naik kan? Kenapa pulak ya? Ini disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak akan disimpan dalam badan.

Saya ibu menyusu yang kuat makan tau! hahahha.. Bila menyusu nie kita lagi akan rasa cepat lapar. Namun B-Complex banyak membantu cernakan semua makanan tadi tu kepada tenaga. Jadi tak ada la lemak lemak tersimpan dalam badan. Semua dah dicernakan dengan bantuan B-Complex. Sebab tu la penting ambil B-Complex tiap hari!


Apa pulak kandungan kebaikan dalam B Complex


1. Vitamin B1 - Tiamin
Tiamin diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Sumber vitamin B1 boleh ditemui dalam beberapa makanan berkarborhidrat tinggi seperti bijirin, roti, dan tepung. 

Menurut Dr Ronda Greaves dari Melbourne's RMIT School of Medical Sciences, Australia,kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya ialah pergerakan mata yang tidak dapat dikawal dan juga tangan dan kaki yang tidak seimbang. 

Kebanyakan vitamin B1 adalah mudah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Sumber lain Vitamin B1 ialah makanan laut seperti kerang dan ikan dan juga ragi.

2. Vitamin B2 - Riboflavin
Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita. Wanita berusia antara 19-70 tahun memerlukan minimum 1.1mg sehari dan lelaki pada usia yg sama memerlukan 1.3mg sehari vitamin B2. 

Sementara bagi ibu yang menyusukan memerlukan lebih Roboflavin iaitu minimum kira kira 1.6mg sehari. Roboflavin boleh didapatkan dari sumber makanan seperti susu dan produk yg diproses, ayam, brokoli, cendawan dan juga bayam. walau bagaimanapun, kekurang vitamin B2 boleh menyebabkn senseviti kulit, terutama pada bahagian mulut dan hidung. Selain itu kekurangan Riboflavin juga bibir kering, mata merah dan sensetif pada cahaya.

3. Vitamin B3 - Niasin
Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. 

Fungsi Niasin ialah meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusukan memerlukan Niasin lebih dari biasa anggaran 17-18mg sehari. 

Vitamin B3 ni boleh didapati dari sumber bijirin, beras, kekacang, daging lembu dan cendawan. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress.

4. Vitamin B5 - Pantothenic Acid
Vitamin B juga penting untuk diet tau, kerana kandungan Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.

Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah. Antara sumber untuk mendapatkan vitamin B5 ini ialah pada ikan sardin, ayam, avokado dan tembikai.

Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tidur, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil.

5. Vitamin B6 - Piridoksin
Kekurangan Piridoksin boleh menyebabkan luka pada bahagian mulut, hilang deria rasa, dan kekurangan Piridoksin kepada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.

Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak selain untuk membantu penyerapan vitamin B12 dan bagus untuk sistem saraf. 

Sebaliknya, ada kajian dilakukan berkenaan pengambilan berlebihan iaitu 1000mg sehari boleh mengakibatkan kerosakan saraf. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna unggu.


6. Vitamin B7 - Biotin
Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. 

Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang. 

7.  Vitamin B9 - Asid Folik
Ramai tahu asid folik sgt diperlukan bagi wanita yang ingin hamil ataupun yg sedang hamil.  Ia bagi mencegah kerosakan saraf tunjang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan.

 Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil sekurang2nya 600mcg untuk keperluan harian. Selain itu Asid folik juga berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. 

Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.

8. Vitamin B12 - Kobalamin
Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Errr...seram la pulak dengar. 

Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia. 

Lelaki dan wanita memerlukan 2.4mcg sekurang2nya vitamin B12 setiap hari. Sumber yang boleh ditemui melalui makanan ialah kacang soy, daging lembu, ikan, telur, susu dan rumpai laut. 

Ok ini kesimpulan daripada kandungan yang ada didalam b complex shaklee

Sudah jelaskan semua  berkaitan dengan B Complex  Boleh  Bantu  Kurus. Lepas nie jangan risau dah la .. Cepat hubungi saya untuk konsisten B Complex setiap hari.. Insya Allah proses penurunan berat badan akan lebih lancar.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleepaka


Friday, 17 March 2023

Set Shaklee Yang Paling Disukai

 



Salam....hai korang.....Alhamdulillah hari nie Hana sambung task yang disediakan untuk minggu nie ...Walaupun sibuk menguruskan hal - hal berkaitan perjalanan ke rumah Allah...

 Set ShakleeYang Paling Disukai....best tajuk nie tapi tak tahu nak hurai camna....sebab semua rangkaian produk Shaklee best- best belaka. 

Dulu permulaan masa baru kenal Shaklee ,Hana suka sangat ESP.. sebab masa pregnant..berpantang...menyusu ,ESP ja yang dicari untuk mudahkan setiap fasa - fasa tertentu...

Bila dalami lagi rupanya ESP nie memang patut kena suka lebih pun. Main produk  asas untuk semua penjagaan kesihatan



  • ESP shaklee : Keistimewaan,Kebaikan,

ESP Shaklee ini antara produk terlaris di Shaklee dan juga antara top seller Sis.Every customer yang order shaklee dengan sis mesti akan ada order ESP shaklee juga.


  • Apakah ESP Shaklee?

Mesti ramai yang ingin tahu kan?Ada yang fikir ESP Shaklee ni Susu.Kurang tepat sebenarnya.ESP Shaklee ini adalah supplemen protein dan Protein dalam ESP Shaklee ni sangat berkualiti tinggi.

Nama panjang dia ialah Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Powder,tapi biasanya kita panggil ESP.

  • Keistimewaan ESP Shaklee

Apa yang istimewanya dan uniknya ESP ini ialah:

🥛Mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif.diiktiraf di seluruh dunia.

🥛Shaklee hanya menggunakan kacang soya jenis Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism),tidak diubah secara ginetik.maksudnya kacang soya dia memang asli dan tiada apa2 bahan tambahan digunakan semasa proses menanam kacang soya.

🥛Dia juga diproses pada kadar suhu yang rendah.

🥛Mempunyai proses pensijilan tersendiri,iaitu indentity Preserved Programme (IPP).IPP ini untuk memastikan kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik,daripada benih sehingga kepada pengeluaran.

🥛Dalam setiap 1 tin ESP Shaklee yang berat 850g,serbuk ESP Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang Soya.

🥛Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

🥛Mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

🥛Rendah lemak,tiada kolestrol,tiasa asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

🥛Mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.Jadi ESP Shaklee sangat sesuai untuk yang ada kencing manis.

  • Kenapa mesti GI Rendah ?

🌸Karbohidrat dengan GI yang rendah akan memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos  ke dalam sistem badan.Paras gula dalam darah yang rendah sangat penting kepada kesihatan dan juga penting dalam program penurunan berat badan.

  • Kebaikan ESP Shaklee

🌾ESP untuk kulit

-Mengekalkan kulit muda dan sihat.

-Memudarkan dan menghilangkan kulit berparut,bekas jerawat dan strechmark.

-Mencerahkan kulit satu badan,Kulit lebih berseri tak kusam.

-Menganjalkan dan menegangkan kulit termasuk payudara dan punggung.

-Memperbaiki kulit berminyak dan juga kering.

-Memudarkan jeragat.

-Memulihkan kedutan pada kulit.

-melambatkan proses penuaan Kulit.

-Mempercepatkan proses Penyembuhan luka.

-Kuku juga lebih cantik dan sihat,tak mudah patah atau berkupik kulit di sekitar kuku kita.

🌾ESP untuk rambut

-Melambatkan proses rambut yang beruban.

-Memperbaiki dan mengawal rambut gugur.Protein dalam ESP akan membantu menguatkan rambut.

🌾ESP untuk tenaga

-Memberi dan membekalkan tenaga segera kepada tubuh.Tubuh tak mudah berasa letih dan mengantuk sebaliknya berasa lebih cergas.

🌾ESP untuk lelaki

-Memulihkan dan menjaga kesihatan fungsi prostat lelaki.

🌾ESP untuk cegah Memori

-Genistein yang ada di dalam kacang soya berkeupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah perebakan sel-sel kanser.Ia juga penting untuk memusnahkan radikal bebas bermutasi DNA sel2 menjadi sel-sel kanser.Secara tidak langsung,ia membantu mencegah kanser rahim dan ovari dan prostat.


Bila yang ada tanya Set Shaklee yang Paling Disukai mesti set yang ada sekali dengan ESP Shaklee. Semua Hana suka. Kalau dengan customer pon Hana akan suggest untuk cuba ESP juga dan rasai kebaikannya.

Jom Hana tunjuk korang apa lagi set yang ada sekali Esp. Mesti korang tak sabar nak cuba..

Set Shaklee Yang Paling Disukai








Semua set nk nie adalah set kesukaan Hana mengikut keperluan.. Untuk Ramadhan yang akan datang tak lama dah.. Set Puasa Shaklee 123 la paling disukai..

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleepaka
















Thursday, 16 March 2023

Jom Capai Impian Dengan Shaklee

 


Semua orang ada impian masing2..impian nak rumah besar,kereta besar,duit pun nak ‘besar’ juga.Apakah maksud impian?Impaian adalah sesuatu yang ingin kita raih atau capai.Namun untuk mencapai impian perlu ada motivasi,usaha,dorongan,pengorbanan dan yang penting niat.

IMPIAN DENGAN SHAKLEE

Kenapa perlu berimpian?Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa.Impian menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalam berusaha.Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk mencapai sesuatu di luar kebiasaan.

Alhamdulillah sejak saya kena Shaklee la saya mula menyimpan impian.  Target awal sekadar suka - suka ja sertai Shaklee. Dah beli produknya rugi la pulak tak jadi ahli. Sedar tak sedar dalam suka - suka ja sekarang sudah jadi Bisnes pertama yang diceburi. Hampir 10 tahun lebih sudah sebagai Pengguna tegar adan pengedar Shaklee.


Impian dengan Shaklee kita yang tentukan . Shaklee tawarkan macam- macam dah . So kita la yang kena mengerakkan diri untuk lakukan dengan kosisten dan capai semua impian 


Sebenarnya ada 4 Impian Dengan Shaklee yang terbesar , yang saya nak sangat- sangat semua tu tercapai. Kalau dulu saya suka menulis Impian sendiri  dalam sebuah buku . Tapi sekarang , kami ajak sekali anak - anak untuk sama lakar impian mereka. seronok betul.... Disebalik senarai impian diorang saya terkesan sesuatu. Anak - anak dengan berani letak impian yang luar jangkaan. Nak pergi naik belon panas kat Istanbul. Biar betul ... Sangkaan saya ehhh bila kita nak pergi tu... Tapi tak mustahil .. semua dengan Izin dan rezeki dari Allah pasti boleh la apa impian pon. 


 Pertama saya nak Umrah percuma dari Shaklee. Yang ini target saya untuk hadiahkan buat mak ayah dan mertua. Apa yang shaklee tawarkan untuk umrah nie sangat luar biasa. Saya nak mereka rasai keseronokan dalam beribadat. Pada saya ini la impian yang saya nak sangat Allah kabulkan.Walaupun setiap bulan ada bonus untuk mereka. Pada saya tetap tak cukup untuk balas segala jasa mereka. Alhamdulilah dengan doa mereka la saya sentiasa dimurahkan rezeki. 

 


Kedua , saya nak seluruh keluarga saya sihat . Alhamdulilah selamat 10 tahun lebih saya rutinkan suami dan anak- anak untuk amalkan pemakanan yang sihat dari rangkaian produk Shaklee. Banyak la perubahan . Tahap kesihatan anak- anak sangat memuaskan. Sekarang fokus saya untuk sihatkan mak ayah . Alhamdulillah sejak 3 tahun nie saya kirimkan Vitamin ikut keperluan kesihatan mereka. Perubahan demi perubahan dah mula nampak. Mereka pun dah semakin serasi dengan produk Shaklee. Moga asbab saya sertai Shaklee . Dapat jugak buat kebakikan untuk kesihatan seluruh keluarga.

 


Ketiga , saya nak Bebas kewangan dan masa yang lapang ,fokus  hanya dengan keluarga . Dengan bisnes Shaklee ramai dah yang berjaya walaupun hanya sebagai suri rumah. Walaupun saya berkerjaya sekarang tapi banyak kekangan yang saya kena korbankan. Kadang rasa saya banyaknya berhutang masa dengan anak - anak. 

Dari sudut bebas kewangan . macam biasa la, nak sangat rasai bonus Shaklee yang berterusan supaya segala hutang - hutang diselesaikan segera dan tidak bebankan orang lain apabila sampai masa Alllah jemput.

Buat masa ini saya kena buktikan dulu pencapaian saya dengan Shaklee untuk kembali jadi suri rumah semula. Insya ALLAH . 



Yang keempat pulak. saya bawak anak- anak bercuti diluar negara , naik kapal terbang. Bila masuk impian dengan SHAKLEE untuk anak - anak nie yang buat sebak sikit. Alhamdulillah tahun nie ada lah impian kami untuk mengerjakan umrah bersama- sama . Sebab dalam vision board kami umrah dulu sebelum ke cuti ke negara lain. Semua sudah di atur. Tetapi aturan Allah itu lagi terbaik. Allah datangkan ujian disaat akhir. Allhamdulillah mereka sangat memahami. Misi umrah terpaksa di tunda ke tahun akan datang. Insya Allah pasti Allah rezekikan saya bawak anak- anak  percutian melalui bonus Shaklee.


Bukan boleh cerita bab Impian . Ada saja sebak didada. Walaupun kejayaan dalam Shaklee belum lagi muncul . Tetapi tetap tidak akan sedikit pon untuk saya berputus asa dalam mencipta Impian Dengan Shaklee. Insya Allah pasti masanya akan tiba. 



#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 #ProjekBlogMega

#ProjekDuitRaya 

#PengedarShakleeTerengganu


Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya! , Set Hello New You Kan Ada...


Salam Sejahtera semua .....Alhamdulillah 

Jom kita sambung cerita lagi.... Tajuk nie Hana suka sangat. "Kurus Sebelum Raya" Rasanya semua suka tajuk nie..Dengan harapan misi impian nak kurus nie tercapai dengan jayanya..

Bila nak sambut puasa .. tajuk Kurus Sebelum Raya nie mula la berkumandang di ruang2 post iklan . Time puasa nie la kita kurang sikit terjah pada makanan . Mudahlah dapat kurangkan berat badan. Tetapi bila habis puasa naik mencacak pulak..

Nak salahkan siapa tu kalau puasa kurus bila lepas raya bertambah kilonya ..Kalau begini la setiap tahun buat ja la misi kurus tapi tak kurus jugak. Nie bila nak masuk bulan puasa berapa minggu lagi. Set Puasa Shaklee dah menanti dah tu. Insya Allah boleh bantu kurangkan berat badan dan mantain sihat cergas bertenaga sepanjang Ramadhan nie.


Sebenarnya bab kurus nie pada Hana la lebih baik fokus kita untuk kearah kesihatan yang lebih sihat . Kalau gemuk tak sihat ka... Sihat .. cuma bila berat badan bertambah boleh beri risiko yang lebih untuk tahap kesihatan kita terganggu. 

Alhamdulillah.. tahun ini misi Kurus Sebelum Raya Hana dah mula dari bulan 1 lagi... Extra awal sebelum sambut puasa. Tak mau la bila time puasa kita push sangat-sangat untuk kurus cepat. Hana cuba mantain konsisten kurangkan berat badan sikit - sikit secara sihat.

Ok kita cerita la sikit ...Pemulaan rancang nak kurus sebab lepas bersalin anak ke 4. Berat mendadak sangat naik . Eh,, tak boleh jadi nie. Mesti kena cari satu jalan jugak untuk kurang kan berat badan. Setahun jugak melayan berat badan yang degil nak turun tu. Timbang mesti mantain 66 kg. Walaupun dari sudut kesihatan tak la ganggu sangat. Tapi teguran En Suami tu yang buat semangat nak teruskan dengan Set Kurus Shaklee konsisten . 

Tahun pertama lepas pantang relax lagi. Tapi bila dah nak msuk tahun kedua baru start kosisten. Shaklee pulak tiap- tiap bulan promo Set Hello New You. .. Ehhh lagi syok la nak kurus. Maka bermula percuban style baru diet iaitu Intermitten Fasting. Alhamdulillah dari 66 kg laju ke 58 Kg. Now untuk misi kurus sebelum raya kita santai - santai jela. 

Kepada yang nak Kurus Sebelum Raya , Set Hello New You paling disyorkan. Kita ubah sikit ja corak pemakanan kita. Rutin kan yang sihat sepanjang bulan puasa nie . Insya ALLAH misi mesti berjaya. 


Set Kurus Shaklee atau juga dikenali sebagai Set Hello New You

Menariknya set ini, setiap supplement mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi yang dalam jangka panjang menghasilkan tubuh badan lebih sihat dan fit. Paling menyeronokkan, Shaklee membuatkan set ini agar anda tidak perlu berlapar atau terhad makan kepada sesejenis diet sahaja (seperti keto atau sebagainya). Jom kita lihat satu satu.

Langkah pertama adalah bakar dan bina. Cinch Shake dari Shaklee mengandungi Leusina. Leusina bertindak membantu pembinaan otot tanpa lemak. Ini membantu memastikan badan tidak menggeleber walaupun berat semakin berkurang. 

Cinch juga sangat digemari oleh ibu-ibu menyusu ketika berpuasa. Ini kerana walaupun bekerja keras menyusukan anak ketika berpuasa, ibu-ibu ini dapat mengelak rasa lapar dan letih melampau. Terbukti Cinch membantu merangsang tenaga secara optimum oleh badan walaupun ketika berpuasa mahupun kurang makan.

Cinch Shaklee. Cuma bancuh ke dalam minuman kegemaran anda.

Nak kurang berat badan pastinya nak bakar lemak. Betul? Set kurus Shaklee turut membantu proses ini dengan adanya Lecithin. Lecithin membantu memecah lemak degil. Ini mencegah pengumpulan lemak dalam hati sekaligus membantu menyingkirkan toksin daripada hati.

Langkah seterusnya adalah langkah yang ramai terlepas pandang; pencernaan dan  pembersihan yang lebih baik. Herb-Lax mengandungi daun senna yang selama ini digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Kenapa perlu laksatif? Ini untuk membantu menggalakkan pergerakan usus. Seterusnya memastikan sistem pencernaan yang lebih sempurna dan sihat.

Seterusnya adalah meningkatkan kadar metabolik badan. Walaupun tidak bersenam, OmegaGuard berupaya membantu meningkatkan kadar metabolil badan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Bukan itu sahaja. OmegaGuard turut membantu meningkatkan kesensitifan insulin tubuh. Ini penting untuk mengawal selia simpanan lemak dalam badan.

Itulah tadi gabungan mantap bahan dalam Set Kurus Shaklee. Setiap satu mempunyai fungsi khusus. Semua ini menghasilkan badan yang lebih sihat dan berat badan optima dalam jangka masa panjang. Nak kurus sebelum raya? Mulakan regim Set Kurus Shaklee hari ini dan teruskan sepanjang bulan puasa nanti.

JANGAN SUSAH HATI .... Nak Kurus Sebelum Raya kan... kena la ambil semangat dari testimoni yang sedah berjaya nie... 







Teruja kan..... apa lagi jom submit order terus la ..Set Hello New You Promotion


#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 #ProjekBlogMega

#ProjekDuitRaya 

#PengedarShakleeTerengganu














Sunday, 12 March 2023

Duit Raya Awal Dari Shaklee

 


Alhamdulillah....terima kasih atas sokongan anda semua.... Kita sambung lagi ya.... Kali nie tajuk best sangat. Duit Raya Awal Dari Shaklee...

Kebiasaannya kalau terima duit raya nie budak - budak ja. Tapi dalam Shaklee golongan ibu - ibu pulak yang ramai dapat duit raya dari Shaklee..

Duit Raya Awal Shaklee yang dimaksudkan adalah Bonus yang Shaklee bayar setiap 14 hari bulan kepada semua pengedar Shaklee yang berjaya capai nilai mata yang ditetapkan untuk prestasi 1 bulan.




Kenapa bonus ditukar panggilan kepada Duit Raya Dari Shaklee pulak ??.Kita sekarang menghitung hari ja untuk berpuasa . Baki berapa hari saja lagi. Puasa kali ini bermula pada tarikh 23 / 3 / 2023.. Tarikh pon cantik. Jadi Insya Allah lebih kurang tarikh yang sama jugak kita akan sambut raya 22 / 4 /2023.

Kebiasaannya..mula ja masuk bulan Ramadan kita dah sibuk dengan macam- macam persiapan dah. Lagi dekat nak raya lagi banyak duit nak keluar.

Tahun nie kesibukan lagi berganda. Mana nak prepare anak- anak masuk sekolah. Selang sebulan sibuk prepare segala keperluan keluarga untuk sambut raya pulak..Memang laju la duit keluar.

Semua orang akan terasa juga kenaikan harga barang yang mendadak. Tetapi bila dah kata keperluan.Mahal ka murah tetap kena berbelanja jugak.

Sama ada kerja tetap ka..kerja sendiri ka. Kos perbelanjaan setiasa meningkat tanpa kita sedari. Lagi pulak masuk bulan perayaan.

Shaklee Sediakan Peluang Hebat

Bulan nie memandangkan kita akan menjalani ibadah berpuasa. Dan jugak perlukan extra kewangan untuk support semua perbelamjaan sepanjang 2 bulan nie. Maka tercetus lah project Duit Raya Awal Dari Shaklee..

Berdasarkan kepada promosi produk yang Shaklee Sediakan sangat la membantu pengedar Shaklee semua rebut peluang keemasan ini.


Projek Duit Raya Dari Shaklee nie sangat la luar biasa. Semua golongan boleh sertai. Tak perlu susah- susah nak fikir bab modal. Semua Shaklee sediakan. Kita hanya perlu berkongsi dengan orang berkaitan kebaikan produk ja. Fokus jualan pon tertumpu kepada penjualan Set Berpuasa Shaklee.

Duit raya Shaklee untuk apa?

Memandang Hana terima duit raya Shaklee seminggu sebelum raya, jadi duit raya ini bolehlah digunakan sebagai modal untuk persiapan akhir raya serta untuk lain-lain perbelanjaan yang perlu.  Antaranya seperti:

  • Beli biskut raya untuk persediaan raya
  • Beli barang-barang untuk keperluan raya
  • Beli bahan-bahan masak untuk menu hari raya
  • Duit raya untuk anak, anak buah dan tetamu yang datang beraya
  • Sedekah di bulan ramadan
  • Kelengkapan raya seperti baju raya, tudung raya dan pelbagai lagi
  • Hadiah buat yang tersayang
  • Supplemen untuk persediaan raya dan selepas raya. Maklumlah raya setahun sekali, mesti pelbagai hidangan ada. Jadi, perlu ambil suplemen seperti Omega Guard, vitamin C dan lain-lain lagi

Selain di atas, bermacam lagi boleh dibuat dengan duit raya dari Shaklee termasuklah perbelanjaan selepas raya. Kalau lagi banyak duit raya yang diterima dari Shaklee, lagi banyak boleh dilakukan dan mudah untuk merancang perbelanjaan.

Jom rebut Duit Raya Awal Dari Shaklee



Mesti semua nak tahu bagaimana nak rebut Duit Raya Awal dari Shaklee nie. Disini Hana sediakan contoh untuk korang lagi nampak berapa korang akan dapat dengan hanya fokus menjual Set Berpuasa Shaklee sahaja 2 bulan ini. 





Banyakkan korang boleh dapat jika fokus menjual Set Puasa Shaklee 123. So boleh la korang mula letak target berapa korang nak Duit Raya Dari Shaklee. Insya Allah dengan pertambahan pendapatan sebelum raya ini, boleh la support perbelanjaan setiap bulan korang. 



Kepada yang belum mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Jom daftar segera dan terus run Projek Duit Raya Dari Shaklee. Nak mudah dan cepat proses pendaftaran klik sahaja  SINI

Anda ada 3 Pilihan:

(1) Daftar ahli Shaklee pada harga RM35.

(2) Keahlian percuma dengan belian produk bernilai minima 100uv.

(3) Keahlian percuma dengan belian produk bernilai minima 200uv + Kos penghantaran percuma + Bonus Tunai 5%.

Daftar ahli Shaklee Online Terus dapat ID sendiri

Free Renewal on Your Birthday Every Year

Lebih mantap lagi, keahlian menjadi percuma seumur hidup apabila anda membuat sebarang pembelian dalam masa 3 bulan sebelum tarikh lahir anda.

 JOM REBUT DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE


#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 #ProjekBlogMega

#ProjekDuitRaya 

#PengedarShakleeTerengganu



































Saturday, 11 March 2023

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee




Alhamdulillah ... sedar tak sedar Ramadhan untuk tahun 2023 dah tak lama dah nak muncul. Paling sibuk geng mak - mak la. Lagi sibuk bila anak - anak sudah boleh berpuasa . Alhmdulillah yang sulung dan no 2 dah lulus dah untuk 30 hari puasa. Sejak dari mula bertatih nak puasa lagi Hana dah rutinkan diorang dengan Set Puasa Shaklee.

Kalau ditanya apa Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee nie memang banyak la. Pengalaman diri hana sendiri dalam situasi tengah sarat hamil, menyusu pun cukup mencabar dah. Ditambah lagi dengan pengalaman melatih anak - anak berpuasa.

Dengan Set Puasa Shaklee memudahkan tugasan seorang ibu sebenarnya. walaupun pada permulaannya untuk semua ahli keluarga ubah corak sahur dan berbuka agak mencabar juga la. Suami Hana suka makan nasi bila waktu sahur. Apabila waktu sahur hanya dengan rutin pengambilan protien soya + cinch , agak sukar jugak la untuk dia yakin. mampukah bertahan sampai waktu berbuka nie. 


Pada permulaan Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee hanya Hana seorang yang mengamalkan. Ketika mula mengamalkan adalah semasa kehamilan anak pertama. Itu la pertama kali Hana jadikan Esp Protien Soya sebagai vitamin tambahan untuk support sepanjang kehamilan. Alhamdulillah sangat membantu untuk kekal bertenaga , ibadah lancar walaupun disepanjang bulan Ramadhan.

Set Puasa Shaklee didatangkan hanya 3 produk iaitu Esp Protien Soya, Cinch pelbagai perisa dan Performance Drink iaitu minuman untuk support semula tenaga apabila berbuka. Itu 3 item yang sangat dikhaskan untuk golongan dewasa. Untuk anak -anak ditambah dengan Meal Shake yang sangat membantu untuk bekalkan nutrisi yang lengkap untuk anak - anak yang sedang membesar.

 Cadangan Set Berpuasa Shaklee 




1. ESP untuk berpuasa 

ESP mempunyai indeks glisemik rendah, jadi ia akan memberi tenaga yang berpanjangan serta memberi rasa kenyang lebih lama masa anda berpuasa.

Juga ada kandungan kalsium, rendah lemak, tiada kolesterol, ada vitamin B yang sangat membantu badan lebih cergas masa berpuasa sambil menjaga paras kolesterol yang sihat. 

Untuk yang ada gastrik tak perlu risau untuk puasa boleh juga minum ESP. Baca: Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Ibu yang hamil dan menyusu juga boleh minum ESP masa sahur untuk puasa. Baca: Set Ramadhan Bantu Ibu Hamil dan Menyusu



2. Cinch Shake untuk puasa 

Sama seperti ESP, Cinch Shake juga bagus untuk yang nak berpuasa. Boleh dibuat minum masa sahur. Hana suka cinch shake ni sebab ada 21 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan. Walau puasa tapi badan cukup semua vitamin ni paling bagus. Lepas tu, ada 6gm serat dan indeks glisemik rendah membantu anda lebih kenyang lama dan badan kekal bertenaga. 


Tambahan ada Leucine dalam Cinch. Leucine dapat membantu memelihara otot. Otot ni penting bagus untuk metabolisme badan dan elak badan cepat naik berat semula, kurangkan inci badan supaya lebih fit cantik. Bagi yang nak jaga berat badan sambil berpuasa tu boleh minum Cinch Shake ni. Ada 3 perisa iaitu Coklat, Latte dan Vanilla yang sedap.



3. Performance Drink untuk puasa

Yang ini umpama air isotonik cuma versi lebih sihat dan kurang gula serta tiada perisa tiruan. Jadi semua orang boleh minum. Boleh minum Performance Drink masa puasa waktu sahur dan berbuka untuk elak badan hilang banyak air masa puasa dan bagi badan cegas, tak lesu. Juga membantu kurangkan rasa haus masa berbuka, ni yang Hana sendiri rasa. 



4. Meal Shakes untuk puasa 

Meal shakes lebih pada kanak-kanak yang nak berpuasa. Dalamnya ada 19 jenis vitamin & mineral penting untuk pertumbuhan badan anak, ada protein, kalsium, fiber dan karbohidrat. Semua nutrisi penting membantu anak-anak berpuasa dengan lebih bertenaga, kurang rasa lapar, meningkatkan sistem imun, menjaga berat badan anak yang ideal dan membantu anak lebih fokus terutama anak yang bersekolah dalam bulan puasa. 

Boleh campur  Meal Shake dalam minuman anak-anak dan buat minum masa sahur atau berbuka puasa. 

Ada banyak pilihan dalam Set Berpuasa Shaklee. Boleh pilih ikut keperluan anda. Satu keluarga boleh minum set puasa ni. Pilihan yang mudah dan senang sebab tak perlu makan nasi dan lauk berat waktu sahur pagi. Badan juga dapat banyak khasiat. Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee pun lagi menarik . Satu keluarga akan dapat manfaat kesihatan terbaik sepanjang Ramadhan kali ini. 







Ada Promosi untuk Set Puasa Shaklee bulan ini .... Bagi yang nak rasai pengalaman Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee yang sangat terbaik. Segera la hubungi Hana 



#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setpuasashaklee
#pengedarshakleepakakerteh

http://www.wasap.my/60195434395.

Email:hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna 

Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

 


Friday, 10 March 2023

Puasa Sihat Bertenaga Dengan Shaklee




Bulan Ramadan merupakan bulan ke-9 dalam bulan Islam, bulan di mana umat Islam berpuasa selama 30 hari dari terbit fajar hingga dini hari. Siangnya kita tahan diri dari makan dan minum. Bila malamnya kita cergaskan diri untuk beribadat.

Subhanallah, cepatnya masa berlalu! Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya lebih kurang sebulan saja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Jadi, sudahkah anda mula membuat persediaan awal menyambut Ramadhan  ?

Setiap tahun mesti kita nak puasa sihat bertenaga tanpa sebarang masalah  . Siangnya walaupun kita seharian berpuasa bila malam untuk beribadat kekal bertenaga . Persediaan untuk berpuasa sihat bertenaga mesti kena ada . 

Sebenarnya Hana dah tak sabar dah nak kongsi berkaitan Set Shaklee Untuk Puasa. Bertahun dah Hana dan keluarga amal setiap kali tibanya bulan Ramadhan. 

Kita bagi dulu kata - kata pembuka . Nak berpuasa nie kena la cukup persediaan . Barulah ibadah puasa kita kali ini lancar dan tahap kesihatan kita pun dalam keadaan terbaik. 


Berikut adalah senarai semak untuk membantu menjadikan Ramadhan anda lebih produktif dan bermakna:

 1. Puasa Ganti & Puasa Sunat

Mula gantikan puasa yang tertinggal pada tahun lepas dan siapkan badan, minda dan jiwa bagi meraikan bulan ibadat yang mulia.

  2. Awalkan Sarapan Pagi

Untuk membiasakan diri supaya bangun lebih awal dan lebih bersedia untuk makan pada waktu sahur nanti.

3. Tingkatkan Pengambilan Protein Ketika Sarapan

Mula bersarapan dengan makanan atau minuman berasaskan protein dan rendah lemak seperti yogurt dan susu soya yang senang dihadam dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

3. Kurangkan Pengambilan Minuman Tinggi Kafein

Gantikan kopi anda dengan minuman elektrolit atau teh yang rendah dengan kafein untuk mengelakkan sakit kepala dan dehidrasi semasa bulan Ramadhan.

4. Perancangan pemakanan

Buat perancangan menu Sahur & Iftar lebih awal. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan supaya anda boleh berbelanja dengan hemat dan dapat mengelakkan pembaziran makanan.

5. Makanan dan minuman untuk bulan puasa

Beli barangan dapur seperti tepung, gula, minyak, kurma, kekacang, minuman dan sebagainya pada satu atau dua minggu sebelum Ramadhan bermula.

6. Suplemen

Jangan lupakan suplemen anda! Suplemen seperti protein, minuman elektrolit, vitamin B dan sebagainya sangat penting untuk memastikan tubuh badan anda kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan ini. Set Shaklee Untuk Puasa lengkap semua keperluan yang diperlukan tubuh badan sepanjang berpuasa.


Puasa Sihat Bertenaga Dengan Shaklee

Alhamdulillah . Set Shaklee Untuk Puasa jugak tetap jadi pilihan seisi keluarga Hana. Kalau dulu Hana dan suami serta anak- anak ja. tapi sejak tahun lepas Mak Ayah pun dah mula seronok dengan Set Puasa Shaklee. 

Keseronokannya bila amal Set Puasa Shaklee nie nampak pada tahap kesihatan dan kecerdasan sepanjang berpuasa. Lebih bertenaga, nak lakukan ibadat- ibadat pun mudah. 

Kejab lagi Hana kongsi dengan korang apa dia Set Puasa Sihat Bertenaga Dengan Shaklee 

 4 sebab anda perlu berpuasa dengan Shaklee.

  • Mudah. Hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menyediakan hidangan Sahur yang lazat dan sihat.

  • Mesra pengguna. Solusi Ramadhan Shaklee sesuai untuk seisi keluarga anda.

  • Sihat. Pelbagai manfaat untuk kesihatan sistem penghadaman, kulit yang berseri dan badan yang sihat dan kuat.

  • Lembut. Shake berkhasiat kami dapat membantu anda berbuka puasa dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan ketika berpuasa seperti gastrik dan pedih ulu hati.

 



 Cadangan Set Berpuasa Shaklee 



1. ESP untuk berpuasa 

ESP mempunyai indeks glisemik rendah, jadi ia akan memberi tenaga yang berpanjangan serta memberi rasa kenyang lebih lama masa anda berpuasa.

Juga ada kandungan kalsium, rendah lemak, tiada kolesterol, ada vitamin B yang sangat membantu badan lebih cergas masa berpuasa sambil menjaga paras kolesterol yang sihat. 

Untuk yang ada gastrik tak perlu risau untuk puasa boleh juga minum ESP. Baca: Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Ibu yang hamil dan menyusu juga boleh minum ESP masa sahur untuk puasa. Baca: Set Ramadhan Bantu Ibu Hamil dan Menyusu



2. Cinch Shake untuk puasa 

Sama seperti ESP, Cinch Shake juga bagus untuk yang nak berpuasa. Boleh dibuat minum masa sahur. Hana suka cinch shake ni sebab ada 21 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan. Walau puasa tapi badan cukup semua vitamin ni paling bagus. Lepas tu, ada 6gm serat dan indeks glisemik rendah membantu anda lebih kenyang lama dan badan kekal bertenaga. 


Tambahan ada Leucine dalam Cinch. Leucine dapat membantu memelihara otot. Otot ni penting bagus untuk metabolisme badan dan elak badan cepat naik berat semula, kurangkan inci badan supaya lebih fit cantik. Bagi yang nak jaga berat badan sambil berpuasa tu boleh minum Cinch Shake ni. Ada 3 perisa iaitu Coklat, Latte dan Vanilla yang sedap.



3. Performance Drink untuk puasa

Yang ini umpama air isotonik cuma versi lebih sihat dan kurang gula serta tiada perisa tiruan. Jadi semua orang boleh minum. Boleh minum Performance Drink masa puasa waktu sahur dan berbuka untuk elak badan hilang banyak air masa puasa dan bagi badan cegas, tak lesu. Juga membantu kurangkan rasa haus masa berbuka, ni yang Hana sendiri rasa. 

 

Kenapa mereka sukakannya?




 












Berminat nak cuba?

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍


Call /  0195434395

Whatsapp:

http://www.wasap.my/60195434395.

Email:hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.

Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.