Salam Sejahtera semua
Alhamdulillah hari nie baru muncul idea untuk menulis .. Sebenarnya bermula awal bulan 2 nie ada projek baru dari Team Shaklee. Projek Blog Mega Shaklee 1.0/2.0
Ada 2 task yang diberi untuk diselesaikan . Alhamdulillah kedua - dua task berjaya diselesaikan . Bila dah selesai kena la review sikit apa bestnya Projek Blog Mega 1.0 & 2.0 memang terbaik
Sebenarnya Hana dah lama dah berjinak dengan tulis -tulis dekat blog nie . Masa setahun kenal Shaklee dah mula dah menulis .
Tidak la pandai sangat. Dulu ada saja task tulis blog ikut tajuk yang ditetapkan. Itu yang kalau korang jenguh banyak entry yang berkaitan dengan kebaikan produk Shaklee.
Hana kenal blog pun melalui bisnes Shaklee. Blog kalau dalam bisnes ibarat kedai online kita la. kalau selalu update @ buka laju la pelangan datang jenguk dan buat pembelian . Tetapi disebalik itu kita dapat bina jaringan yang lebih luas. Dapat kenal banyak orang dan yang lebih penting dapat bantu lebih ramai orang untuk dapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang sihat.
Bila munculnya projek blog mega nie , memang sangat terbaiklah . Sudah lama tunggu moment sibuk update blog macam dulu. Rugi la kalau Hana tak push diri untuk siapkan semua tugasan yang diberi.
Idea Projek Blog Mega 1.0 / 2.0 Team Shaklee nie di cetuskan oleh Master Norita dan Master Salwa Syukur Ya Allah hadirkan insan- insan hebat untuk kembangkan lagi bisnes Shaklee Hana.
Review Blog Mega Shaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?
Ada 5 Perkara Yang Best Berblongging Secara
Berjemaah dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0
- Cetuskan 'waves SEO' yang dicipta dalam google (search engine). Jadi, sama-sama kena beri kerjasama.
- Blogging sediakan tapak kedai maya jangka panjang. Ia aset yang bukan biasa-biasa ditambah dengan memiliki SEO blog yang kukuh. Giler best!
- Hanya 2 entry sahaja diperlukan untuk 2 minggu, berdasarkan tema yang ditetapkan. Jadi, semua peserta terlibat boleh menikmati kelebihan SEO yang kita sama-sama tanam. Nampak mudah kan?
- Hadiah yang ditawarkan pun sangat eksklusif iaitu Vivix, Collagen Plus Powder dan Nutriferon. Semua 'signature' produk Shaklee, siapa yang tak teruja!
- Semua peserta ada peluang yang sama. Tiada istilah terlambat untuk dikenali melalui blog, asal kita buat seperti yang disuruh. Tak percaya? Sila baca sampai habis.
Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik Intermittent Fasting. Walau topik IF ini sangat sinonim, saya lihat ramai peserta yang bersemangat sampai ada yang tidak tidur malam. Rata-rata rasa stres macam nak hantar assignment masa dekat uni. Termasuklah saya yang menulis ni. Tajuk nie sangat hot sekarang nie. sebab ramai yang sedang mengamalkannya. Walaupun Hana baru ja berjinak- jinak cuba style diet nie. Pemilihan tajuk nie juga sangat bantu Hana lebih dapat banyak info dan mudah untuk berkongsi dengan rakan lain.
Tugasan pertama mencabar, biasalah. Tapi saya excited sebab dari tugasan pertama kami dapat jalingkan ukhwah dengan leader-leader Shaklee yang belum pernah saya kenal sebelum ni seperti Sis Nila dan Sis IDA. Diorang la yang banyak membantu dalam Projek Mega Blog nie. Terima Kasih dikurniakan team yang sangat memudahkan.
Untuk tugasan kedua pula, kami perlu kupas topik Set Kurus Shaklee. Anda serius nak turunkan berat? Jemput terjah baca cara untuk turunkan berat badan dalam entry nie Kurus Dengan Sihat. Banyak info yang Hana kongsi , dalam masa yang sama juga result diri sendiri yang berjaya turunkan berat badan dengan mudah dan sihat.
PROJEK
BLOG MEGA SHAKLEE 2.0
Apabila
Master Norita umumkan Projek Blog Mega Shaklee 2.0, saya menyambutnya dengan
semangat berkobar-kobar Saya nekad untuk lebih bersemangat , fokus dan lakukan yang terbaik.Saya berpendapat,
ini peluang kita berblogging dengan bimbingan. Kita boleh belajar cara yang
betul untuk menulis blog, belajar tentang Google dan SEO.
Dan
lebih seronok lagi kita buat beramai-ramai. Apabila kerja dilakukan
beramai-ramai, rasa lebih mudah betul tak? Ramai yang beritahu saya, sejak ada
Projek Blog Mega Shaklee, mereka lebih rajin menulis di blog. Begitulah apabila
roh ukhwah meresap di jiwa!
Saya
melihat Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini bakal membuka peluang yang amat besar
kepada leaders dan pengedar Shaklee dalam perjalanan bisnes mereka bermula
tahun 2023 ini.
Mengapa
saya begitu teruja dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0? Berikut adalah
sebab-sebabnya.
Projek
Blog Mega Shaklee ini mengukuhkan lagi penjenamaan Shaklee sebagai
produk kesihatan pilihan rakyat Malaysia. Di mana-mana sahaja jika orang
mencari info kesihatan dan supplement mereka akan ketemu dengan blog-blog
pengedar Shaklee yang amat berilmu dan bermanfaat.
3-
Saya juga sangat suka dengan cara Projek Blog Mega Shaklee dilaksanakan iaitu
dengan menggerakkan seluruh organisasi di bawah Master Norita (Kumpulan
Euphoria), yang mana kami terdiri daripada leaders yang berpengalaman 10 tahun
ke atas. Bukan sedikit yer asam garam telah kami tempuh, dan ini adalah aset
penting bagi memastikan leaders dan pengedar lebih muda, menimba ilmu, mencari
inspirasi dan semangat. Dan dengan adanya leaders yang lebih baru dan lebih
muda, kami dapat mengambil idea-idea baru yang lebih segar daripada mereka.
Dengan cara ini, semua orang menang, Masha Allah!
4-
Projek Blog Mega Shaklee memberi kita peluang menggunakan platform sosial
media dengan lebih mantap lagi. Dengan hashtag #blogmegashaklee,
#shakleethrive2023, dan #shakleetriumph2023, produk dan bisnes Shaklee
bakal menjadi buah mulut rakyat Malaysia secara positif. Kalau nak pengedar
produk kesihatan yang berilmu, mesti jumpa geng Shaklee. Kalau nak leaders yang
ada pengalaman bisnes network marketing lebih 10 tahun, mesti jumpa geng
Shaklee juga.
5-
Saya melihat Projek Blog Mega Shaklee ini sebagai satu legasi baru untuk
team Shaklee. Penulisan yang baik-baik dan bermanfaat dalam blog kita ini akan
memberi manfaat kepada orang ramai, bukan setakat untuk hari ini, tetapi untuk
bertahun-tahun akan datang. Saya sudah fikir, isi blog ini akan masih relevan
10-20 tahun akan datang, dan digunakan pula oleh anak-anak saya. Imagine,
anak-anak kita mulakan bisnes Shaklee mereka, dan sudah ada blog rujukan dari
semua ahli Projek Blog Mega Shaklee. Berbaloi-baloi benih yang kita semai hari
ini, jangan disia-siakan!
Projek Blog Mega 1.0 / 2.0 Memang Best. Apa pulak respon yang lain
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeterengganu#shakleereadystock
0 comments:
Post a Comment