Salam Sejahtera
Alhamdulillah. Tajuk kena dengan jiwa betul la task pertama nie. Diet Intermittent Fasting yang tengah hot sekarang nie
Ramai tengah dapat best effect sejak amal Diet Intermittent Fasting nie. Diet yang sangat santai cuma skip waktu makan ja. Hana pon tengah pulun jugak style diet nie. Kalau style lain macam banyak kekangan pulak.
Salah satu diet yang sering disebut-sebut dan selalu diamalkan oleh orang masa kini adalah 'Intermittent Fasting.' Seperti namanya, diet ini turut digelar sebagai 'diet puasa' di mana seseorang itu tidak boleh makan pada tempoh tertentu. Diet ini turut dikatakan ada kelebihannya kerana pengamal boleh memilih waktu yang sesuai untuk dia berpuasa.
Namun, ada juga yang mengatakan diet ini tak mendatangkan hasil atau tak memberi kesan seperti yang diharapkan. Mungkin ada yang tak sedar, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika ingin mengamalkan diet ini. Jangan sekadar tahu untuk berpuasa saja tau!
4 Penyebab Diet 'Intermittent Fasting' Tak Berhasil
1. Terburu-Buru Nak Capai Target
Sebelum memulakan sesuatu yang baru, korang kena pastikan tubuh badan korang tu biasa dengan rutin baru tersebut. Jangan buat secara mengejut! Seeloknya mulakan secara mengikut tahap sebab tubuh kita memerlukan gula yang mencukupi untuk melakukan aktiviti, jadi sarapan tu sangat penting!
Ok, mula-mula diet puasa selama 12 jam, kemudian naikkan kepada 16 jam pula. Tak perlu terburu-buru!
2. Pilih Makanan Yang Salah
Pastikan korang pilih jenis makanan yang tepat sehingga badan dapat merasa kenyang pada tempoh yang lama. Rasa kenyang dalam tempoh yang lama ni dapat membuatkan fasa puasa berjalan dengan mudah. Sebaliknya, kalau anda mengambil makanan seperti minuman manis, makanan manis atau sebagainya, korang akan mudah merasa lapar
3. Makan Terlalu Sedikit
Ingat, walaupun target korang adalah untuk menurunkan berat badan, tapi korang kena ingat yang korang tak boleh makan pada kuantiti yang sedikit! Pilih makanan yang betul dan boleh membuatkan korang rasa kenyang pada tempoh yang lama.
Tahu tak sebenarnya rasa lapar tu tak bagus untuk diri korang sebenarnya. Ini akan menyebabkan perubahan suasana hati yang mengakibatkan pola makan berlebihan pada kala fasa normal tiba.
4. Makan Terlalu Banyak
Makan terlalu banyak pada fasa yang normal akan menyebabkan korang mudah rasa lapar ketika menjalankan intermittent fasting. Rasa lapar pada fasa puasa ini akan menyebabkan pola diet korang gagal. Ini kerana pola diet 'makan berlebihan' ini akan menyebabkan tubuh korang sukar untuk menyesuaikan ketika dalam keadaan sedang berpuasa.
Manfaat nie memang banyak. Selain untuk bantu kuruskan badan manfaat untuk sistem badan berfungsi dengan baik .
Setiap organ dalam badan mendapat manfaat. Dalam Islam dah mengalakkan kita untuk berpuasa. Tetapi kalau untuk Intermittent Fasting nie hanya berpuasa ikut Kiran jam sahaja. Tetapi tetap beri kesan yang lebih baik untuk kesihatan
Bila kita dah mula faham konsep Intermittent Fasting nie boleh la kita mulakan dengan susun atur jam puasa mengikut jadual nie.
Fahami waktu dibolehkan makan dan waktu berhenti makan. Kaedah ini merangkumi waktu dibenarkan makan dan waktu berpuasa. Ketika berpuasa, usus kita akan direhatkan. Ianya lebih kurang berpuasa pada bulan Ramadhan (bagi orang muslim), namun begitu kaedah ini membenarkan pengambilan air tanpa kalori seperti air kosong dan green tea sewaktu berpuasa.
Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.
· 16:8. Kaedah ini adalah
yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tetapi
anda perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.
· 24jam. Di sini anda
perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Minum
air yang tidak berkalori dibenarkan.
· 5:2. Lima hari
seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan
pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.
Kebaikan Intermittent Fasting.
Disini saya kongsikan beberapa kebaikkan jika anda mengamalkan
Intermittent Fasting (IF) ini.
1. Menurunkan Kadar Insulin
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar
pankreas.Fungsi utama insulin adalah mengawal paras gula didalam darah dan dan
menukarkan karbohidrat kepada gula (glukosa) bagi tujuan penghasilan tenaga
untuk digunakan oleh badan.
Sewaktu berpuasa (IF), penghasilan hormon insulin didalam badan kita
akan menurun. Ini kerana tiada pengambilan makanan yang belaku dan hormon ini
tidak dilepaskan dari kelenjar pankreas.
Kadar insulin yang tinggi dalam badan adalah sesuatu yang tidak bagus
kepada badan. Ini kerana selain mengawal keseimbangan gula didalam darah
insulin juga berfungsi bagi menyimpan tenaga berlebihan yang telah dihasilkan.
Tahap hormon insulin yang tinggi juga boleh menyebabkan kerosakkan
kepada saraf mata dan salur darah.
2. Mengurangkan Kesan Penuaan (Awet Muda)
Human
Growth Hormon (HGH) adalah hormon yang berfungsi dalam pertumbuhan badan,pembaharuan
sel termasuklah sebagai hormon awet muda. Semakin meningkat usia, semakin
kurangkan penghasilannya belaku.
Apabila berpuasa, saintis telah membuktikan hormon ini meningkat 5x ganda
berbanding sekiranya badan tidak berpuasa yang menyumbang kepada jumlah hampir
kosong.
Dengan pengeluaran hormon ini, berlaku proses fat burning effect dan juga pembaharuan sel yang
menjadikan kulit lebih awet muda.
3.
Mengurangkan Berat Badan
Ok, ini kebaikan yang paling ramai orang harapkan. IF membantu dalam
mengurangkan berat badan. Ramai yang berpendapat, apabila berpuasa pastilah
berat akan turun disebabkan tiada pengambilan makanan (kalori),jadi mudahlah nak
kurus.
Sebenarnya dengan mengamalkan IF anda bukan sekadar mengurangkan
pengambilan makanan (kalori). Dalam masa yang sama juga anda sedang
menyeimbangkan hormon pertumbuhan yang menyebabkan masalah berat badan
berlebihan.
Dan yang paling bagus tentang IF ialah ia meningkatkan kadar metabolisma
didalam badan. Lebih tinggi metabolima lebih bagus untuk mengurangkan berat
berlebihan. Kajian ada menunujukan yang metabolisma akan meningkat lebih kurang
14% daripada kebiasaan jika anda berpuasa.
Namun berpuasa terus melebihi 48jam adalah tidak digalakkan dan memberi kesan yang negatif kepada metabolisma badan.
4. Membantu Dalam Merawat Diabetis Tahap 2
Bagi pesakit diabetis tahap 2, dalam tubuh mereka mempunyai banyak
‘insulin resistance’ tetapi ianya tidak boleh digunakan. Insulin resistance
tidak boleh berfungsi untuk memasukan gula kedalam sel menjadikan gula semakin
banyak dalam salur darah.
Kandungan gula yang banyak didalam badan akan membuat kerosakan kepada
tubuh. Tetapi apabila pesakit diabetis 2 berpuasa, ianya kan menurunkan kadar
‘insulin resistance’.
Mengikut kajian, pesakit diabetic yang mengamalkan IF mampu menurunkan
kadar insulin resistance sebanyak
20-30% dan tahap gula sebanyak 3-6%.
5. Menurunkan tahap kolestrol
Dengan berpuasa juga mampu menurunkan bacaan kolestrol jahat (LDL
Kolestrol) didalam darah. Kadar kolestrol jahat yang tinggi didalam badan boleh
menyumbang kepada penyakit jantung dan insulin resistance.
6.
Kesihatan Otak
Jika anda mengalami masalah kelesuan, brain fog dan
kesukaran untuk fokus anda boleh cuba mengamalkan IF.
Ini kerana,menurut kajian IF meningkatkan proses neurogenesis iaitu kadar penghasilan sel
baru didalam otak dan nerve tissu didalam otak. Dengan
peningkatan ini, ia mampu meningkatkan mood, tahap memori, fokus dan lain-lain
fungsi otak.
Jadi,
nasihat saya bagi peluang pada diri anda untuk mencuba kaedah ini. Adalah lebih
baik mencuba dari tidak berbuat apa-apa dan mengharapkan esok anda bangun dari
tidur anda terus kurus. 😉
Ramai
yang telah mandapat manfaat daripada kaedah ini. Jadi jom cuba!
wah menarik ni. tq untuk info ni
ReplyDeletebest nya info!
ReplyDelete