Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 26 February 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

 


Salam Sejahtera


Alhamdulillah . hampir 10 tahun sudah Hana dalam bisnes Shaklee . Kadang macam tak percaya begitu lama dalam satu - satu bisnes. Walaupun kejayaan besar belum dikecapi tetapi semangat sentiasa membara untuk mnciptanya. Kekuatan Hana kekal dengan bisnes Shaklee nie adalah Komuniti bisnes Shaklee itu sendiri yang sentiasa positif , saling membantu dan sentiasa lakukan sesuatu secara berjemaah tanpa mengira tahap kejayaan yang dicapai. 

Dalam bisnes, komuniti atau circle bisnes tu sangat penting. Kalau best komuniti bisnes tu, maka perjalanan membangunkan bisnes akan jadi lebih menyeronokkan dan mengujakan.  

Komuniti bisnes Shaklee ni best sebab ukhwah yang terjalin adalah sangat2 ikhlas tanpa mengira asal usul, latar belakang, tahap pendidikan, bidang kerjaya & kemahiran. Semua nya saling menyokong antara satu sama lain dengan rasa hormat & berbudi bahasa.

Nak tahu 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best?


9 sebab Komuniti bisnes Shaklee adalah paling best

1. Circle orang-orang yang positif, orang-orang yang saling menyokong dan membantu sama lain. Persaingan memang ada, tapi tidaklah sampai nak menjatuhkan.

   Bila sama-sama buat sesuatu projek, lebih bersemangat untuk laksanakannya dan kita dapat create wave daripada projek itu.

2. Dapat belajar banyak ilmu, daripada upline kita, super super upline, sideline dan lain-lain. Bukan sahaja ilmu blog, tapi ilmu bisnes, ilmu produk pun dapat juga.

3.Dapat sokongan dan mentoring daripada orang-orang atas kita (selain upline kita). Memang best bila kita dapat support dan masih dapat merasa mentoring daripada orang-orang atas dari kita. Bayangkan kita ni masih baharu dalam bisnes, tentu sangat membantu kalau kita dapat selalu merujuk kepada mentor kita kan. Takde lah rasa macam langgar dinding!

4.Bila sama-sama menyertai sesuatu projek, umpamanya  1.0, lebih mudah membantu menyokong blog kita, sambil-sambil kita pun support blog orang lain.

5.Dapat kawan-kawan baharu dari team lain dan kita juga belajar daripada mereka dan pengalaman mereka. Ada tugasan yang perlukan kita kontek stranger dari team lain, itulah directly kita dapat kawan baharu. Tengok blog mereka, kita pun belajar lagi.

6. Dalam komuniti Shaklee bukan semata - mata untuk kejar berapa income tetapi disebalik itu ada pengisian kerohanian yang sangat membantu Hana dalam membaiki kehidupan dan tingkatkan amalan2 sunat. Penekanan kebergantungan kita terus kepada Allh selalu diselit dalam kelas2 yang dianjurkan 

7.Dapat belajar dari yang pakar. Selain Shaklee ada menyediakan kelas-kelas daripada pakar-pakar seperti pakar nutrisi dan saintis Shaklee ni datang dari USA), team kami juga ada uruskan kelas-kelas bersama pakar dalam bidangnya.

Umpamanya kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman (doktor perubatan, specialized in allergy, histamin dan lain-lain), Dr Redza (seorang saintis tempatan yang mengamalkan nutraceuticals) dan beberapa doktor tempatan lagi. Semua ni team kami ada uruskan.

8.Semangat nak bersaing dan buat lebih baik. Bila kita tengok orang lain menulis dasyat-dasyat, jadi kita pun rasa nak buat lebih baik. Setiap cabaran akan ditempuhi dengan penuh semangat

9.Dapat belajar directly daripada Master yang uruskan projek Blog Mega Shaklee. Mereka ni Master Norita dan Master Salwa adalah pemegang income 6 angka sebulan, sangat hebat dalam bidang mereka. Jadi sangat bertuah saya dapat berguru dengan mereka.




Bestnya Bisnes Shaklee dan Bersama Komuniti Bisnes Shaklee

Alhamdulillah Allah jua yang lorongkan saya bersama dengan Bisnes Shaklee dan komuniti bisnes Shaklee yang sekarang. Haaza min fadli robbi.

Allah lorongkan saya sesuatu yang baik begini, saya juga teruja untuk ajak anda mahupun orang lain turut merasai pengalaman yang sama. Dalam Shaklee ni banyak peluang, even macam saya cakap tadi peluang income pun unlimited. Jadi terlalu banyak rezeki Allah nak bagi melalui Shaklee ni. Tak luak saya seorang.

Seronok bila ada komuniti bisnes Shaklee, lebih-lebih lagi nanti ada projek baharu Blog Mega Shaklee 2.0 yang mana lebih ramai orang Shaklee akan sertainya.

Jom be part of team saya dan buat extra income rm500 – rm1000 setiap bulan. Saya nak jemput anda turut bersama-sama dalam bisnes Shaklee.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeterengganu

Review "Projek Blog Mega 1.0 / 2.0 Memang Terbaik!

 Salam Sejahtera semua



Alhamdulillah hari nie baru muncul idea untuk menulis .. Sebenarnya bermula awal bulan 2 nie ada projek baru dari Team Shaklee. Projek Blog Mega Shaklee 1.0/2.0 

Ada 2 task yang diberi untuk diselesaikan . Alhamdulillah kedua - dua task  berjaya diselesaikan . Bila dah selesai kena la review sikit apa bestnya Projek Blog Mega 1.0 & 2.0 memang terbaik

Sebenarnya Hana dah lama dah berjinak dengan tulis -tulis dekat blog nie . Masa setahun kenal Shaklee dah mula dah menulis .

Tidak la pandai sangat. Dulu ada saja task tulis blog ikut tajuk yang ditetapkan. Itu yang kalau korang jenguh banyak entry yang berkaitan dengan kebaikan produk Shaklee.

Hana kenal blog pun melalui bisnes Shaklee. Blog kalau dalam bisnes ibarat kedai online kita la. kalau selalu update @ buka laju la pelangan datang jenguk dan buat pembelian . Tetapi disebalik itu kita dapat bina jaringan yang lebih luas. Dapat kenal banyak orang dan yang lebih penting dapat bantu lebih ramai orang untuk dapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang sihat.

Bila munculnya projek blog mega nie , memang sangat terbaiklah . Sudah lama tunggu moment sibuk update blog macam dulu. Rugi la kalau Hana tak push diri untuk siapkan semua tugasan yang diberi.

Idea Projek Blog Mega 1.0 / 2.0 Team Shaklee nie di cetuskan oleh Master Norita dan Master Salwa Syukur Ya Allah hadirkan insan- insan hebat untuk kembangkan lagi bisnes Shaklee Hana. 


Review Blog Mega Shaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?


Ada 5 Perkara Yang Best Berblongging Secara Berjemaah dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 

  • Cetuskan 'waves SEO' yang dicipta dalam google (search engine). Jadi, sama-sama kena beri kerjasama. 
  • Blogging sediakan tapak kedai maya jangka panjang. Ia  aset yang bukan biasa-biasa ditambah dengan memiliki SEO blog yang kukuh. Giler best!
  • Hanya 2 entry sahaja diperlukan untuk 2 minggu, berdasarkan tema yang ditetapkan. Jadi, semua peserta terlibat boleh menikmati kelebihan SEO yang kita sama-sama tanam. Nampak mudah kan?
  •  Hadiah yang ditawarkan pun sangat eksklusif iaitu Vivix, Collagen Plus Powder dan Nutriferon. Semua 'signature' produk Shaklee, siapa yang tak teruja!
  • Semua peserta ada peluang yang sama. Tiada istilah terlambat untuk dikenali melalui blog, asal kita buat seperti yang disuruh. Tak percaya? Sila baca sampai habis.

Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik Intermittent Fasting. Walau topik IF ini sangat sinonim, saya lihat ramai peserta yang bersemangat sampai ada yang tidak tidur malam. Rata-rata rasa stres macam nak hantar assignment masa dekat uni. Termasuklah saya yang menulis ni. Tajuk nie sangat hot sekarang nie. sebab ramai yang sedang mengamalkannya. Walaupun Hana baru ja berjinak- jinak cuba style diet nie. Pemilihan tajuk nie juga sangat bantu Hana lebih dapat banyak info dan mudah untuk  berkongsi dengan rakan lain. 

Tugasan pertama mencabar, biasalah. Tapi saya excited sebab dari tugasan pertama kami dapat jalingkan ukhwah dengan leader-leader Shaklee yang belum pernah saya kenal sebelum ni seperti Sis Nila dan Sis IDA. Diorang la yang banyak membantu dalam Projek Mega Blog nie. Terima Kasih dikurniakan team yang sangat memudahkan.

Untuk tugasan kedua pula, kami perlu kupas topik Set Kurus Shaklee. Anda serius nak turunkan berat? Jemput terjah baca cara untuk turunkan berat badan dalam entry nie Kurus Dengan Sihat. Banyak  info yang Hana kongsi , dalam masa yang sama juga result diri sendiri yang berjaya turunkan berat badan dengan mudah dan sihat.

PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 2.0

Apabila Master Norita umumkan Projek Blog Mega Shaklee 2.0, saya menyambutnya dengan semangat berkobar-kobar Saya nekad untuk lebih bersemangat , fokus dan lakukan yang terbaik.Saya berpendapat, ini peluang kita berblogging dengan bimbingan. Kita boleh belajar cara yang betul untuk menulis blog, belajar tentang Google dan SEO. 

Dan lebih seronok lagi kita buat beramai-ramai. Apabila kerja dilakukan beramai-ramai, rasa lebih mudah betul tak? Ramai yang beritahu saya, sejak ada Projek Blog Mega Shaklee, mereka lebih rajin menulis di blog. Begitulah apabila roh ukhwah meresap di jiwa!

Saya melihat Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini bakal membuka peluang yang amat besar kepada leaders dan pengedar Shaklee dalam perjalanan bisnes mereka bermula tahun 2023 ini. 

Mengapa saya begitu teruja dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0? Berikut adalah sebab-sebabnya. 

Projek Blog Mega Shaklee ini mengukuhkan lagi penjenamaan Shaklee sebagai produk kesihatan pilihan rakyat Malaysia. Di mana-mana sahaja jika orang mencari info kesihatan dan supplement mereka akan ketemu dengan blog-blog pengedar Shaklee yang amat berilmu dan bermanfaat. 

3- Saya juga sangat suka dengan cara Projek Blog Mega Shaklee dilaksanakan iaitu dengan menggerakkan seluruh organisasi di bawah Master Norita (Kumpulan Euphoria), yang mana kami terdiri daripada leaders yang berpengalaman 10 tahun ke atas. Bukan sedikit yer asam garam telah kami tempuh, dan ini adalah aset penting bagi memastikan leaders dan pengedar lebih muda, menimba ilmu, mencari inspirasi dan semangat. Dan dengan adanya leaders yang lebih baru dan lebih muda, kami dapat mengambil idea-idea baru yang lebih segar daripada mereka. Dengan cara ini, semua orang menang, Masha Allah! 

4- Projek Blog Mega Shaklee memberi kita peluang menggunakan platform sosial media dengan lebih mantap lagi. Dengan hashtag #blogmegashaklee, #shakleethrive2023, dan #shakleetriumph2023, produk dan bisnes Shaklee bakal menjadi buah mulut rakyat Malaysia secara positif. Kalau nak pengedar produk kesihatan yang berilmu, mesti jumpa geng Shaklee. Kalau nak leaders yang ada pengalaman bisnes network marketing lebih 10 tahun, mesti jumpa geng Shaklee juga. 

5- Saya melihat Projek Blog Mega Shaklee ini sebagai satu legasi baru untuk team Shaklee. Penulisan yang baik-baik dan bermanfaat dalam blog kita ini akan memberi manfaat kepada orang ramai, bukan setakat untuk hari ini, tetapi untuk bertahun-tahun akan datang. Saya sudah fikir, isi blog ini akan masih relevan 10-20 tahun akan datang, dan digunakan pula oleh anak-anak saya. Imagine, anak-anak kita mulakan bisnes Shaklee mereka, dan sudah ada blog rujukan dari semua ahli Projek Blog Mega Shaklee. Berbaloi-baloi benih yang kita semai hari ini, jangan disia-siakan!

 

Projek Blog Mega 1.0 / 2.0 Memang Best. Apa pulak respon yang lain 








Saya amat berharap Projek Blog Mega Shaklee 2.0 akan berjaya membawa gelombang Shaklee yang jauh lebih besar dan membuka peluang perniagaan dan pendapatan kepada lebih ramai isi rumah. Ayuh kita rebut peluang ini untuk mulakan bisnes online Shaklee dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai segala impian anda dan keluarga .


 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock

 
































Wednesday, 22 February 2023

Kurus Santai Dengan Set Kurus Shaklee

                                                              


Ada yang bertanya, kenapa nak ambil Shaklee kalau nak kurus. Jaga makan dah cukup. Betul.
Tak ambil Shaklee pun boleh kurus. Tapi bukan semua orang mampu diet yang betul2 strict.  
Bukan semua org ada metabolism yang masih tinggi seperti orang muda. Bukan semua orang ada keazaman untuk tahan lapar bila mereka sedang lapar semata-mata untuk kurus.

Dengan kesibukan macam- macam komitmen sekarang nie . Semua nak cari tips mudah yang tidak membebankan. Kalau boleh nak santai2 ja misi kurus tu . Janji berat badan mantain dan kekal sihat


Bukan semua orang sempat nak buat bekal suku-suku separuh untuk pergi kerja. Sebab itu mudah sangat dengan Shaklee. Sarapan pagi dengan ESP Shaklee.
Lunch boleh makan seperti biasa.
Kita bertenaga, dapat kawal selera makan dan bakar lemak. Lebih mudah.
Tak kisah cara yang mana pun, yang penting buat cara sihat.

Alhamdulillah bila saya mula misi kurus santai dengan Shaklee suami pon berminat nak join jugak. Berat badan kami berdua bukan la banyak sangat naik. Saya 70 kg masa last bersalin anak empat dan suami kira nak mantain ja dari 65 nak ke 59kg.


Cara Saya Kurus Santai Dengan Set Kurus Shaklee

1. Jaga Makan
Saya suka makan nasi jadi diet kami adalah makan nasi dengan gembira. nasi putih je tau bukan brown rice, parboiled ke. . sebab ianya bukan lifestyle saya. dan tak berapa nak sedap enjoy makan dengan sambal belacan. Makna nasi kadang 2x sehari tapi kami makan banyak sayur.

2. Aktifkan badan
kami bukan lah sejenis suka berlari, pergi gym. kami suka buat benda yang simple, boleh buat sampai bila bila. Jangan sampai push diri. lama lama kita penat kita cepat give up. kami suka jalan kakiu, kutip sampah. apa apa aktiviti yang buat kita bergerak. buat kerja rumah pun berpeluh tau. Kadang seminggu sekali pagi ja pergi joging kat pantai , main kejar2 dengan anak .. tu jela senaman kami

Kalau sebelum nie saya tak amalkan cara IF nie. Tapi bila saya cuba buat rupanya lagi cepat proses penurunan berat badan.Dari 65 turun ke 59 dalam 2 minggu ja. Cara If nie mudah , last makan pukul 8 malam dan pukul 11 pagi esoknya baru makan . Hanya support dengan air kosong. Ala macam berpuasa la. Tapi yang nie kita cukupkan 12 , 16 jam atau lebih pon boleh. Ikut kemampuan kita



4. Supplement Shaklee
Supplement Shaklee ni bukan ubat kurus ye tapi bantu kurangkan kehilangan otot, lambatkan menopause, tingkatkan metabolisme, kurangkan perubahan hormon, kurangkan stress

Apa Saya Amalkan Untuk Kurus Santai Dengan Set Kurus Shaklee?

1.Cinch Shakes atau ESP
Bantu elak kehilangan otot, bina otot barulah lemak senang terbakar . Protein juga bantu kenyang lama
2. Cinch Tea
Bantu bagi tenaga, tingkatkan metabolisme badan. bila minum ni pagi dengan esp/cinch. kenyang je. cinch tea pun buat badan bertenaga lagi time petang. takda la lembik je kan. yang suyka p gym run cinch tea pun bagus
3. Omega Guard
Omega guard bantu kurangkan rasa craving dan bantu bakar lemak, kurangkan viseral fat
4. Lecithin
Lecithin bantu pecahkan lemak
5. Herb lax
Untuk detox nie yang best sebab boleh angkut lemak keluar. kempiskan perut. sedap tauuu esoknya membuang dengan lancarr. nikmat dunia



Bagaimana Set Kurus Shaklee sangat berkesan untuk mejadikan anda kurus?

 

Produk shaklee untuk kurus adalah terdiri dari set-set yang akan membuat anda sihat dan juga pembuangan lemak secara semulajadi. Untuk kurus dengan Shaklee ia ada 3 peringkat yang mesti dilalui. 

1) Memecahkan lemak dan kolestrol  
 
2) Mendetox atau membuang Membuang lemak dan toksin dalam badan  

3) Membina untuk membina otot agar dapat menghindari dari lemak terjadi semula dan mengelakkan dari kulit menggeleber

 

  • Pemecahan Lemak
Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. 
Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak .
Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 
 
Anda juga boleh mengambil CINCH TEA utk proses detoks dan juga memberi tenaga disamping meningkatkan lagi proses utk membakar lemak.
  • Mendetox
Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambilAlfalfa, dan yang mengalami masalah 
sembelit, boleh ambil Herb-Lax. Herb-Lax tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu.
Semasa proses mendetok anda juga Perlukan tenaga jadi adalah dicadangkan anda mengambil VITALEA juga agar badan sentiasa sihat.
  • Membina

 Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak. 

Untuk protein yang terbaik, saya syorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu saya syorkan mengambil ESP / Mealshakes .(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan)

Kenapa mesti mengambil protein? Kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam

Ada yang bertanya..kalau tak nak ambil Set Kurus Hello New You tu ada tak vitamin lain yang boleh membantu misi kurus korang berjaya...

Saya jugak mengamalkan Vivix untuk bantu proses penurunan badan dengan lebih sihat dan cepat

Apa bestnya Vivix untuk misi kurus nie..




Nak turun berat badan tapi tak nak ambil banyak produk. 

Haaa ni dia! Korang boleh ambil Vivix.

Hanya satu sudu sehari mampu untuk bantu pecahkan lemak & mengecutkan sel lemak dalam badan. 

Ada 3 langkah untuk kurus dengan Vivix





Anda semua mesti tertanya-tanya mengapa mesti begitu banyak yang perlu diambil dalam set kurus Shaklee..Ini adalah kerana Set Shaklee tidak seperti Set Kurus jenama lain yang memberikan kesan dengan cepat dan tidak kekal..

Selain itu, set lain memerlukan anda untuk berpantang..
Mesti anda tidak mahu seperti itu..

Tapi ini bukan bermakna anda tidak perlu pantang jika mengambil Set Kurus Shaklee cuma perlu
mengurangkan LEMAK dan mengira kalori tidak lebih dari 2000 kalori sehari dan perlulah juga bersenam dan MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.








Jom santai kurus dengan Set Kurus Shaklee ..

Jika sudah tidak sabar nak dapatkan Set Kurus Shaklee nie boleh la segera hubungi Hana

Call /  0195434395

Whatsapp:



Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Thursday, 9 February 2023

4 Penyebab Diet 'Intermittent Fasting' Tak Berhasil

Salam Sejahtera





Intermittent Fasting


Alhamdulillah. Tajuk kena dengan jiwa betul la task pertama nie. Diet Intermittent Fasting yang tengah hot sekarang nie

Ramai tengah dapat best effect sejak amal Diet Intermittent Fasting nie. Diet yang sangat santai cuma skip waktu makan ja. Hana pon tengah pulun jugak style diet nie. Kalau style lain macam banyak kekangan pulak.

Salah satu diet yang sering disebut-sebut dan selalu diamalkan oleh orang masa kini adalah 'Intermittent Fasting.' Seperti namanya, diet ini turut digelar sebagai 'diet puasa' di mana seseorang itu tidak boleh makan pada tempoh tertentu. Diet ini turut dikatakan ada kelebihannya kerana pengamal boleh memilih waktu yang sesuai untuk dia berpuasa. 



Namun, ada juga yang mengatakan diet ini tak mendatangkan hasil atau tak memberi kesan seperti yang diharapkan. Mungkin ada yang tak sedar, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika ingin mengamalkan diet ini. Jangan sekadar tahu untuk berpuasa saja tau!


4 Penyebab Diet 'Intermittent Fasting' Tak Berhasil

 

1. Terburu-Buru Nak Capai Target

Sebelum memulakan sesuatu yang baru, korang kena pastikan tubuh badan korang tu biasa dengan rutin baru tersebut. Jangan buat secara mengejut! Seeloknya mulakan secara mengikut tahap sebab tubuh kita memerlukan gula yang mencukupi untuk melakukan aktiviti, jadi sarapan tu sangat penting! 


Ok, mula-mula diet puasa selama 12 jam, kemudian naikkan kepada 16 jam pula. Tak perlu terburu-buru!


2. Pilih Makanan Yang Salah

Pastikan korang pilih jenis makanan yang tepat sehingga badan dapat merasa kenyang pada tempoh yang lama. Rasa kenyang dalam tempoh yang lama ni dapat membuatkan fasa puasa berjalan dengan mudah. Sebaliknya, kalau anda mengambil makanan seperti minuman manis, makanan manis atau sebagainya, korang akan mudah merasa lapar


3. Makan Terlalu Sedikit

Ingat, walaupun target korang adalah untuk menurunkan berat badan, tapi korang kena ingat yang korang tak boleh makan pada kuantiti yang sedikit! Pilih makanan yang betul dan boleh membuatkan korang rasa kenyang pada tempoh yang lama. 


Tahu tak sebenarnya rasa lapar tu tak bagus untuk diri korang sebenarnya. Ini akan menyebabkan perubahan suasana hati yang mengakibatkan pola makan berlebihan pada kala fasa normal tiba. 


4. Makan Terlalu Banyak

Makan terlalu banyak pada fasa yang normal akan menyebabkan korang mudah rasa lapar ketika menjalankan intermittent fasting. Rasa lapar pada fasa puasa ini akan menyebabkan pola diet korang gagal. Ini kerana pola diet 'makan berlebihan' ini akan menyebabkan tubuh korang sukar untuk menyesuaikan ketika dalam keadaan sedang berpuasa.


Manfaat  nie  memang banyak. Selain untuk bantu kuruskan badan manfaat untuk sistem badan berfungsi dengan baik .

Setiap organ dalam badan mendapat manfaat. Dalam Islam dah mengalakkan kita untuk berpuasa. Tetapi kalau untuk Intermittent Fasting nie hanya berpuasa ikut Kiran jam sahaja. Tetapi tetap beri kesan yang lebih baik untuk kesihatan



Bila kita dah mula faham konsep Intermittent Fasting nie boleh la kita mulakan dengan susun atur jam puasa mengikut jadual nie.

Fahami waktu dibolehkan makan dan waktu berhenti makan. Kaedah ini merangkumi waktu dibenarkan makan dan waktu berpuasa. Ketika berpuasa, usus kita akan direhatkan. Ianya lebih kurang berpuasa pada bulan Ramadhan (bagi orang muslim), namun begitu kaedah ini membenarkan pengambilan air tanpa kalori seperti air kosong dan green tea sewaktu berpuasa.

Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

·       16:8. Kaedah ini adalah yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tetapi anda perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.

·       24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Minum air yang tidak berkalori dibenarkan.

·       5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.





Kebaikan Intermittent Fasting.

Disini saya kongsikan beberapa kebaikkan jika anda mengamalkan Intermittent Fasting (IF) ini.

1. Menurunkan Kadar Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas.Fungsi utama insulin adalah mengawal paras gula didalam darah dan dan menukarkan karbohidrat kepada gula (glukosa) bagi tujuan penghasilan tenaga untuk digunakan oleh badan.

Sewaktu berpuasa (IF), penghasilan hormon insulin didalam badan kita akan menurun. Ini kerana tiada pengambilan makanan yang belaku dan hormon ini tidak dilepaskan dari kelenjar pankreas.

Kadar insulin yang tinggi dalam badan adalah sesuatu yang tidak bagus kepada badan. Ini kerana selain mengawal keseimbangan gula didalam darah insulin juga berfungsi bagi menyimpan tenaga berlebihan yang telah dihasilkan.

Tahap hormon insulin yang tinggi juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada saraf mata dan salur darah.

2. Mengurangkan Kesan Penuaan (Awet Muda)


Human Growth Hormon (HGH) adalah hormon yang berfungsi dalam pertumbuhan badan,pembaharuan sel termasuklah sebagai hormon awet muda. Semakin meningkat usia, semakin kurangkan penghasilannya belaku.

Apabila berpuasa, saintis telah membuktikan hormon ini meningkat 5x ganda berbanding sekiranya badan tidak berpuasa yang menyumbang kepada jumlah hampir kosong.

Dengan pengeluaran hormon ini, berlaku proses fat burning effect dan juga pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih awet muda.

3. Mengurangkan Berat Badan

Ok, ini kebaikan yang paling ramai orang harapkan. IF membantu dalam mengurangkan berat badan. Ramai yang berpendapat, apabila berpuasa pastilah berat akan turun disebabkan tiada pengambilan makanan (kalori),jadi mudahlah nak kurus.

Sebenarnya dengan mengamalkan IF anda bukan sekadar mengurangkan pengambilan makanan (kalori). Dalam masa yang sama juga anda sedang menyeimbangkan hormon pertumbuhan yang menyebabkan masalah berat badan berlebihan.

Dan yang paling bagus tentang IF ialah ia meningkatkan kadar metabolisma didalam badan. Lebih tinggi metabolima lebih bagus untuk mengurangkan berat berlebihan. Kajian ada menunujukan yang metabolisma akan meningkat lebih kurang 14% daripada kebiasaan jika anda berpuasa.

Namun berpuasa terus melebihi 48jam adalah tidak digalakkan dan memberi kesan yang negatif kepada metabolisma badan.

4. Membantu Dalam Merawat Diabetis Tahap 2

Bagi pesakit diabetis tahap 2, dalam tubuh mereka mempunyai banyak ‘insulin resistance’ tetapi ianya tidak boleh digunakan. Insulin resistance tidak boleh berfungsi untuk memasukan gula kedalam sel menjadikan gula semakin banyak dalam salur darah.

Kandungan gula yang banyak didalam badan akan membuat kerosakan kepada tubuh. Tetapi apabila pesakit diabetis 2 berpuasa, ianya kan menurunkan kadar ‘insulin resistance’.

Mengikut kajian, pesakit diabetic yang mengamalkan IF mampu menurunkan kadar  insulin resistance sebanyak 20-30% dan tahap gula sebanyak  3-6%.

5. Menurunkan tahap kolestrol

Dengan berpuasa juga mampu menurunkan bacaan kolestrol jahat (LDL Kolestrol) didalam darah. Kadar kolestrol jahat yang tinggi didalam badan boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan insulin resistance.

6. Kesihatan Otak

Jika anda mengalami masalah kelesuan, brain fog dan kesukaran untuk fokus anda boleh cuba mengamalkan IF.

Ini kerana,menurut kajian IF meningkatkan proses  neurogenesis iaitu kadar penghasilan sel baru didalam otak dan nerve tissu didalam otak. Dengan peningkatan ini, ia mampu meningkatkan mood, tahap memori, fokus dan lain-lain fungsi otak.

  Secara kesimpulannya kaedah ini seperti sama seperti kaedah atau jenis diet yang lain. Ia mungkin berkesan kepada sesetengah orang, mungkin tidak berkesan kepada anda.

Jadi, nasihat saya bagi peluang pada diri anda untuk mencuba kaedah ini. Adalah lebih baik mencuba dari tidak berbuat apa-apa dan mengharapkan esok anda bangun dari tidur anda terus kurus. 😉

Ramai yang telah mandapat manfaat daripada kaedah ini. Jadi jom cuba!

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekualaterengganu


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.