CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 17 July 2022

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN


"SI KAYA berulang-alik ke Mekkah kononnya mencari Redha Allah. Sedangkan jaraknya dengan SI MISKIN hanya disebelah rumahnya sahaja..."


Seorang Ulama telah Bermimpi melihat Dua Malaikat yang datang didalam Mimpinya. Dengan Mendengarkan perbualan mereka itu telah membuatkan beliau menangis teresak-esak...


Suatu ketika, selepas selesai sahaja melakukan salah satu Ibadah Haji, maka beliau pun berehat dan tertidur.


Didalam Mimpinya itu beliau melihat Dua Malaikat telah turun dari langit, beliau terdengarkan perbualan mereka;


“Berapa ramai Jema'ah yang datang pada tahun ini ?” - Tanya Malaikat itu kepada Malaikat yang lainnya.


“Tujuh ratus ribu.” - Jawab Malaikat yang satunya lagi.


”Berapa ramaikah orang-orang yang diterima Hajinya itu ?”


“Tiada satu pun...”


Perbualan Malaikat itu telah membuatkan beliau gementar dan ketakutan, 


“Apa ?” - Beliau menangis didalam Mimpinya kerana terkejut.


“Kesemua orang-orang ini datang daripada pelbagai belahan bumi yang jauh, dengan bersusah payah dan keletihan sepanjang jalan, menggembara melalui padang pasir yang luas, mengorbankan hartanya dan akhirnya kesemua usaha mereka itu hanyalah sia-sia sahaja ?”


Walaupun dengan rasa gementar dan ketakutan, beliau tetap terus mendengarkan perbualan Kedua Malaikat tersebut.


“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan Haji, tetapi Ibadah Hajinya diterima dan kesemua Dosa-Dosanya telah Diampunkan. Diatas Keberkatan daripada lelaki itu, seluruh Haji para Jema'ah akan diterima oleh Allah.”


“Bagaimanakah ia boleh terjadi begitu ?”


“Itu adalah KEHENDAK ALLAH SWT.”


“Siapakah orang tersebut ?”


“Sa’id bin Muhafah, Si Tukang Kasut Fakir Miskin di kota Damsyik.”


Mendengarkan saja ucapan itu, maka Ulama itupun terus terjaga daripada tidurnya... 


Pulang sahaja daripada Hajinya, beliau tidak terus balik ke rumah. Tetapi beliau terus pergi ke kota Damsyik, Syria.


Sesampai sahaja disana, beliau pun terus pergi mencari-cari Si Tukang Kasut yang disebut-sebutkan oleh Malaikat didalam Mimpinya itu. 


Hampir kesemua tukang-tukang kasut ditempat itu dia bertanya, apakah benar adanya Si Tukang Kasut Fakir Miskin yang bernama Sa’id bin Muhafah ?


“Di sana, di pinggir bandar” - Kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. 


Apabila sampai sahaja disana, maka Ulama tersebut telah menemui seorang Tukang Kasut yang Berpakaian Lusuh dan Serba Kefakiran.


“Assalamualai'kum... Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah ?” - Tanya Ulama itu.


“Betul, siapakah tuan ?”


“Saya Abdullah bin Mubarak.”


Si Tukang Kasut itu terharu dan berkata; 


“Tuan adalah Ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya ?”


Sejenak Ulama itu agak terkeliru, dimanakah beliau ingin memulakan persoalannya, dan akhirnya beliau memberitahu akan perihal Mimpinya itu. 


“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang kamu telah berbuat, sehinggakan kamu layak mendapatkan PAHALA HAJI MABRUR dan bahkan kamu telah menjadi gosip Para Malaikat ?”


“Wah ! saya sendiri tidak tahu !” - Si Tukang Kasut terkejut.


“Beritahulah kepada saya bagaimanakah kehidupan kamu selama ini ? ” - Tanya Ulama itu.


Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, bahawa;


“Disetiap tahun, setiap Musim Haji tiba, saya selalu Mendengarkan : Labbaika Allhuma Labbaika… Labbaika La Syarika Laka Labbaika… Innal Hamda… Wanni’Mata… Laka Wal Mulka… La Syarika Laka…”


Maksudnya : Ya Allah, aku datang kerana Panggilan-MU. Tiada sekutu Bagi-MU. Segala Pujian dan Nikmat adalah Kepunyaan-MU dan Kekuasaan-MU. Tiada sekutu Bagi-MU...


Setiap kali saya mendengarkannya, saya akan sentiasa menangis dan berbicara didalam Lubuk Hati saya yang terdalam;


“Ya Allah aku rindu Mekkah… Ya Allah aku rindu melihat Ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”


Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu disetiap hari saya akan mengenepikan sedikit wang daripada hasil kerja saya sebagai Tukang Kasut. 


Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan wang saya dengan Niat dan Tujuan saya...


Akhirnya, pada tahun ini saya telah mendapatkan 350 Dirham.


Itu sudah cukup buat Haji saya.


“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat Menunaikan Haji.” 


“Tetapi anda batalkan ?” - Tanya Ulama tersebut.


“Benar tuan.” - Jawab Si Tukang Kasut.


“Jadi apa yang berlaku ?” - Tanya Ulama itu.


“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi disaat itu, isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” 


“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini ?”- Isteri Tukang Kasut.


“Ya sayangku.” - Jawab Si Tukang Kasut.


“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehinggakan baunya sedap begini. Mintalah sedikit untuk saya.” - Isteri Tukang Kasut meminta pada suaminya.


“Maka tuan, saya telah mencari sumber bau masakan itu, ia datang daripada sebuah pondok buruk yang berhampiran dengan rumah saya. Disitu terdapatnya seorang balu dan enam orang anaknya.”


Saya memberitahukan kepadanya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia telah masak, walaupun hanya sedikit. 


Ibu tunggal itu hanya terdiam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya : Akhirnya dengan perlahan dia berkata;


“Tidak boleh tuan !”


“Saya sanggup membeli walaupun dengan harga yang tinggi,” kata saya dengan tegas. 


“Makanan ini bukan untuk dijual tuan” - Katanya sambil berlinangan air mata. 


Saya bertanya kenapa ???


Sambil menangis, wanita itu berkata;


“Ini adalah daging HALAL untuk kami dan HARAM untuk tuan” - Katanya. 


Didalam Hati saya;


“Bagaimanakah HALAL baginya, tetapi ia adalah HARAM untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim ? 


Kerana itu, saya telah menggesa beliau lagi;


“Kenapa ?”


“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Dirumah kami tidak adanya makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai yang mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang HALAL, kerana jikalau kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini adalah HARAM.”


Mendengarkan kata-kata wanita itu, saya pun terus menangis, lalu saya pun pulang kerumah. 


Saya telah memberitahukan kepada isteri saya mengenai kejadian itu, maka dia pun turut menangis. Lalu kami akhirnya pun memasakkan makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi;


“Ini masakan untuk kamu.”


Peruntukan wang Haji saya sebanyak 350 Dirham telah saya berikan kepada mereka. 


“Gunakanlah wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”


Ya Allah… 


Di sinilah HAJI aku... !


Ya Allah di sinilah MEKKAH aku !


Setelah Mendengarkan kisah tersebut, maka Abdullah bin Mubarak pun tidak dapat menahan air matanya...


* KESIMPULANNYA.


Fikirkanlah bagi orang-orang yang pergi berkali-kali HAJI dengan mengejar-ngejarkan MABRUR,


Tetapi sedangkan dia adalah seorang yang bakhil, tamak, rakus, sombong, Riya', Al-Wahn' dan pentingkan diri semata-mata...


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda;


"TIDAK BERIMAN salah seorang di antara kamu hingga dia MENCINTAI UNTUK SAUDARANYA apa yang dia CINTAI UNTUK DIRINYA SENDIRI..."

(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Renung-renungkanlah...

0 comments:

Post a Comment