CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 24 December 2022

Istimewa Collagen Shaklee

 



Apa yang istimewa Collagen Shaklee nie...

Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.


Shaklee Collagen Plus Powder mudah diserap oleh badan.

Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.

Mudah dalam pek:
Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.





  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Monday, 12 December 2022

KURUS DENGAN CINCH SHAKE SHAKLEE ]

Salam Sejahtera





Bulan nie pakat cerita bab kurus jela... Lagi pon dah bulan terakhir dah bagi tahun 2022 nie..

Yang buat azam cun nak kurus tahun nie udah capai ke belum..
Kalau belum capai tu tak payah la nak putus asa.....Hana pon buat target jugak tapi tak ada la nak drastik turun banyak kilo... bila kosisten pengambilan rasa macam terpaksa kurus pulak.

Best tau kalau korang  plan kurus dengan Cinch Shake Shaklee. Menu yang selalu makan masih lagi boleh diambil cuma perlu urus waktu makan ja.



📌 APA ITU CINCH SHAKE❓❓❓

✨Cinch Shake Shaklee ialah minuman rendah kalori (180 kcal sahaja) yang bertindak sebagai pengganti makanan (meal replacement).
✨Ia memiliki protein yang lengkap dengan 20 multivitamin, kalsium, leucine dan serat. Terdapat tiga perisa Cinch iaitu Latte, Vanilla dan Chocolate. Cinch Shake Shaklee ini tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan.


📌 KANDUNGAN CINCH SHAKE YANG MEMBANTU UNTUK KURUS 
✨Untuk menurunkan berat badan, kita perlu memastikan diet harian adalah berada dalam paras kalori yang sesuai untuk kita dan nutrisi harian wajib lengkap. 


✨Apa yang akan terjadi sekiranya nutrisi tidak dipenuhi? Kita akan mudah untuk craving. Untuk kurus juga, tambahlah serat di dalam pemakanan harian agar pergerakan usus berjalan dengan baik supaya kita dapat membuang air besar dengan teratur yang membantu proses penurunan berat badan.


✨Cinch Shake Shaklee mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan dalam diet harian awak. Pengambilan satu hidangan Cinch Shake adalah menyamai dengan satu hidangan lengkap sihat nasi bersama lauk pauk dan sayuran. 


📌 10 MANFAAT CINCH SHAKEE SHAKLEE 
🤩Menggalakkan penghasilan otot untuk membakar lemak
🤩Meningkatkan prestasi senaman dan aktiviti fizikal harian
🤩Menghalang pengecutan otot yang bermula dari faktor usia
🤩Membantu mengurangkan lemak
🤩Membantu kurangkan berat badan
🤩Menggalakkan pemulihan (recovery) otot selepas bersenam atau cedera 
🤩Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
🤩Boleh dijadikan sebagai pengganti makanan (meal replacement)
🤩Membantu mengawal selera makan
🤩Mengurangkan nafsu makan (craving)

📌 13 KELEBIHAN CINCH SHAKE SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

🤩Tidak mengandungi kolestrol
🤩Zero trans fatty acid
🤩Bebas gluten
🤩Tinggi protein sebanyak 16 g satu hidangan
🤩Mengandungi 20 mineral dan vitamin
🤩Di tambah 2,400 mg leucine
🤩Tinggi serat untuk penghadaman sebanyak 6 g satu hidangan
🤩Rendah indeks glisemik (GI)
🤩Tidak menaikkan gula dalam darah dengan cepat
🤩Mengandungi kalsium sebanyak 350 g setiap hidangan
🤩Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan
🤩Memberikan rasa kenyang lebih lama
🤩Sebagai pengganti makanan (meal replacemen)


📌 MASA TERBAIK PENGAMBILAN CINCH SHAKE SHAKLEE 


✨Untuk awak yang nak kuruskan badan, ambil Cinch Shake sebanyak dua kali sehari sebagai pengganti makanan di hidangan utama. Iaitu, ambil Cinch Shake sama ada ketika sarapan dan makan tengahari, atau sarapan dan makan malam atau makan tengahari dan makan malam.

Pilih antara dua gabungan di atas ⤴️
✨Selepas ambil Cinch Shake, awak akan rasa kenyang, jadi tidak perlu ambil makanan lain seperti nasi, mee, roti dan sebagainya.

✨Pendek kata, kerana fungsi Cinch ini sendiri bertindak sebagai pengganti makanan dan satu hidangan Cinch bersamaan satu hidangan lengkap nasi, lauk dan sayur, oleh itu tidak perlu makan makanan lain selepas Cinch












Kepada yang ingin bertanya maklumat lanjut dan berhajat untuk membeli .. Berita baik.. bulan nie kita promosi harga jimat. Beli 2 tong free lagi 1 tong 


Hubungi Hana : 0195434395

Whatsapp /


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.




Perbezaan CINCH DAN ESP




Hai korang ... dan pernah cuba Esp dan Cinch Shake tak? ada beza tak 2 produk tu 


 "Saya dah minum Cinch Shake, tu yang tak boleh telan nasi dah. Rasa kenyang sangat dah”. 


Tapi memang betul, masa ganti puasa haritu ada hari yang tak lalu nak makan nasi waktu sahur, ambil Cinch Shake Chocolate ni je sebab Cinch ni pun memang MEAL REPLACEMENT. 


Jadi untuk yang memang focus nak loss weight, Cinch Mix ni the best. Tambah-tambah ada 3 flavour yang u all boleh pilih. Chocolate, Latte or Vanilla.



Perbezaan  CINCH DAN  ESP

Apa fungsi 2 produk ni?


1- mengenyangkan

2- tahan lapar

3- membekalkan tenaga

4- meningkatkan merabolisme utk membantu dalam proses menurunkan berat badan

5. Mencantikkan kulit 


Apa perbezaan Cinch dengan ESP?


1- Dalam Cinch, ada Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan tak menggeleber setelah berat badan turun nanti.


2- Cinch ni MEAL REPLACEMENT, so dalam sehari kita boleh kurangkan banyak kalori. Untuk siapa bulan Ramadhan ni memang nak focus untuk loss weight mmg bagus sangat. Tengok lah kadang gilir-gilir ada hari minum ESP, ada hari minum CINCH.


3- Tapi,ESP pun tak kurang hebat! Sebab esp mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan selain membantu tubuh bertenaga sepanjang hari.


4- Esp ni sesuai sgt utk ibu menyusu, so bila customer cakap dia menyusukan baby suggest esp terus.


5. ESP bagus bagi sesiap nak cantikkan kulit. Sebab Esp ada niacinamide. Niacinamide selalu ada dalam skincare tauuu. Niacinamide bagus utk mencerahkan hilangkan jerawat parut pori. So dlm ESP ada niacinamide bila minum hilang laa semua masalah kulit ❤️





Monday, 17 October 2022

FAKTA BONUS Shaklee





1. sebulan sekali akan dapat setiap 14hb. kadang kadang lebih awal, macam harini 13hb dah masuk.


2. bonus ni bukan dibahagi dengan team. setiap orang dapat bonus masing masing yg Shaklee bagi. ada setengah bisnes, bonus tu diberi utk satu team, nampak macam jumlah banyak tapi kena bahagi. kalau Shaklee, ia 100% milik kita tak kira lah berpuluh ribu ke ratus ribu ke.


3. bonus Shaklee, upline tak ambil bahagian downline. Downline dapat % yang dia layak. Makna nya sistem bonus Shaklee ni yang paling adil dan saksama.


4. Bonus shaklee adalah INFINITY. tiada paras siling. tiada bonus/gaji mati. contoh kerja kita ada gaji mati. jawatan tertentu ada gaji matinya. dalam Shaklee, tiada limit. bonus akan makin besar jika team dan sales kita makin banyak.


5. Bonus Shaklee diberi dari sales bukan dari recruitment/ head hunting.


6. shaklee tak pernah miss bayar bonus setiap bulan 😍


7. Payslip bonus Shaklee 'laku' atau boleh digunakan untuk buat loan sprti loan kereta, motor atau rumah.


8. Bonus Shaklee paling sikit RM25+-. Paling banyak; tiada. kerana bonus kita tiada had maksimum.


9. Bonus dibayar terus masuk ke akaun bank kita yang didaftarkan semasa kita jadi ahli.


10. Bonus paling minimum ialah 5% dan up to 21% bergantung pada sales team masing²


11. Bonus Shaklee ada 12 jenis bonus, bukan hanya Personal Bonus..tapi ada lagi bonus lain seperti Net Personal Bonus, Leadership Bonus, Infinity Bonus dan lain2 lagi


12. car bonus shaklee dapat seumur hidup skali bila dah layak. bukan sekadar 3-5 tahun saja .

banyak lagi, kita bagi 12 je dulu. Pendek kata kalau diusahakan ia memang berbaloi baloiii 🥰

Jom Daftar Keahlian Shaklee sekarang..

httpRs://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=891347

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Hana..

Call / 0195434395 Whatsapp: http://www.wasap.my/60195434395 Email:hanabard105@gmail.com Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk. Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Tuesday, 4 October 2022

Apa itu Polifenol

 



Kalau cerita pasal Vivix mesti kena kaitkan sekali dengan Polifenol...

Apa tu Polifenol??




Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya. 

Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu.

 Polifenol juga memberikan warna yang cantik dan terang kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu, tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan mampu berdaya saing.

Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat

VIVIX SHAKLEE SUPLEMENT KESIHATAN TERBAIK❤️

🌸Revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol dari shaklee.
🌸Mengandungi campuran unik botani yang kaya dengan polifenol. 
🌸Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang mengandungi khasiat anti-oksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
🌸Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Kebaikan vivix 
📌 Menggalakkan penuaan yang sihat.
📌Awet muda
📌 Perlindungan anti-oksidan yang baik. 
📌 Bantu kurangkan risiko sakit jantung.
📌 Menyokong ketahanan sel dan baiki DNA. 
📌 Menyokong fungsi kardiovaskular.
📌 Bantu lebih cergas dan bertenaga. 
📌 Menyokong kesihatan secara menyeluruh.
📌 Menyokong kesihatan sendi. 
📌 Menyokong sistem imun. 

Walaupun baru keluar dari tempat sejuk beku..
Masih saja mengalir vivix yang pekat likat ni😉








.

Sunday, 17 July 2022

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN


"SI KAYA berulang-alik ke Mekkah kononnya mencari Redha Allah. Sedangkan jaraknya dengan SI MISKIN hanya disebelah rumahnya sahaja..."


Seorang Ulama telah Bermimpi melihat Dua Malaikat yang datang didalam Mimpinya. Dengan Mendengarkan perbualan mereka itu telah membuatkan beliau menangis teresak-esak...


Suatu ketika, selepas selesai sahaja melakukan salah satu Ibadah Haji, maka beliau pun berehat dan tertidur.


Didalam Mimpinya itu beliau melihat Dua Malaikat telah turun dari langit, beliau terdengarkan perbualan mereka;


“Berapa ramai Jema'ah yang datang pada tahun ini ?” - Tanya Malaikat itu kepada Malaikat yang lainnya.


“Tujuh ratus ribu.” - Jawab Malaikat yang satunya lagi.


”Berapa ramaikah orang-orang yang diterima Hajinya itu ?”


“Tiada satu pun...”


Perbualan Malaikat itu telah membuatkan beliau gementar dan ketakutan, 


“Apa ?” - Beliau menangis didalam Mimpinya kerana terkejut.


“Kesemua orang-orang ini datang daripada pelbagai belahan bumi yang jauh, dengan bersusah payah dan keletihan sepanjang jalan, menggembara melalui padang pasir yang luas, mengorbankan hartanya dan akhirnya kesemua usaha mereka itu hanyalah sia-sia sahaja ?”


Walaupun dengan rasa gementar dan ketakutan, beliau tetap terus mendengarkan perbualan Kedua Malaikat tersebut.


“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan Haji, tetapi Ibadah Hajinya diterima dan kesemua Dosa-Dosanya telah Diampunkan. Diatas Keberkatan daripada lelaki itu, seluruh Haji para Jema'ah akan diterima oleh Allah.”


“Bagaimanakah ia boleh terjadi begitu ?”


“Itu adalah KEHENDAK ALLAH SWT.”


“Siapakah orang tersebut ?”


“Sa’id bin Muhafah, Si Tukang Kasut Fakir Miskin di kota Damsyik.”


Mendengarkan saja ucapan itu, maka Ulama itupun terus terjaga daripada tidurnya... 


Pulang sahaja daripada Hajinya, beliau tidak terus balik ke rumah. Tetapi beliau terus pergi ke kota Damsyik, Syria.


Sesampai sahaja disana, beliau pun terus pergi mencari-cari Si Tukang Kasut yang disebut-sebutkan oleh Malaikat didalam Mimpinya itu. 


Hampir kesemua tukang-tukang kasut ditempat itu dia bertanya, apakah benar adanya Si Tukang Kasut Fakir Miskin yang bernama Sa’id bin Muhafah ?


“Di sana, di pinggir bandar” - Kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. 


Apabila sampai sahaja disana, maka Ulama tersebut telah menemui seorang Tukang Kasut yang Berpakaian Lusuh dan Serba Kefakiran.


“Assalamualai'kum... Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah ?” - Tanya Ulama itu.


“Betul, siapakah tuan ?”


“Saya Abdullah bin Mubarak.”


Si Tukang Kasut itu terharu dan berkata; 


“Tuan adalah Ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya ?”


Sejenak Ulama itu agak terkeliru, dimanakah beliau ingin memulakan persoalannya, dan akhirnya beliau memberitahu akan perihal Mimpinya itu. 


“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang kamu telah berbuat, sehinggakan kamu layak mendapatkan PAHALA HAJI MABRUR dan bahkan kamu telah menjadi gosip Para Malaikat ?”


“Wah ! saya sendiri tidak tahu !” - Si Tukang Kasut terkejut.


“Beritahulah kepada saya bagaimanakah kehidupan kamu selama ini ? ” - Tanya Ulama itu.


Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, bahawa;


“Disetiap tahun, setiap Musim Haji tiba, saya selalu Mendengarkan : Labbaika Allhuma Labbaika… Labbaika La Syarika Laka Labbaika… Innal Hamda… Wanni’Mata… Laka Wal Mulka… La Syarika Laka…”


Maksudnya : Ya Allah, aku datang kerana Panggilan-MU. Tiada sekutu Bagi-MU. Segala Pujian dan Nikmat adalah Kepunyaan-MU dan Kekuasaan-MU. Tiada sekutu Bagi-MU...


Setiap kali saya mendengarkannya, saya akan sentiasa menangis dan berbicara didalam Lubuk Hati saya yang terdalam;


“Ya Allah aku rindu Mekkah… Ya Allah aku rindu melihat Ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”


Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu disetiap hari saya akan mengenepikan sedikit wang daripada hasil kerja saya sebagai Tukang Kasut. 


Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan wang saya dengan Niat dan Tujuan saya...


Akhirnya, pada tahun ini saya telah mendapatkan 350 Dirham.


Itu sudah cukup buat Haji saya.


“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat Menunaikan Haji.” 


“Tetapi anda batalkan ?” - Tanya Ulama tersebut.


“Benar tuan.” - Jawab Si Tukang Kasut.


“Jadi apa yang berlaku ?” - Tanya Ulama itu.


“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi disaat itu, isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” 


“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini ?”- Isteri Tukang Kasut.


“Ya sayangku.” - Jawab Si Tukang Kasut.


“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehinggakan baunya sedap begini. Mintalah sedikit untuk saya.” - Isteri Tukang Kasut meminta pada suaminya.


“Maka tuan, saya telah mencari sumber bau masakan itu, ia datang daripada sebuah pondok buruk yang berhampiran dengan rumah saya. Disitu terdapatnya seorang balu dan enam orang anaknya.”


Saya memberitahukan kepadanya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia telah masak, walaupun hanya sedikit. 


Ibu tunggal itu hanya terdiam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya : Akhirnya dengan perlahan dia berkata;


“Tidak boleh tuan !”


“Saya sanggup membeli walaupun dengan harga yang tinggi,” kata saya dengan tegas. 


“Makanan ini bukan untuk dijual tuan” - Katanya sambil berlinangan air mata. 


Saya bertanya kenapa ???


Sambil menangis, wanita itu berkata;


“Ini adalah daging HALAL untuk kami dan HARAM untuk tuan” - Katanya. 


Didalam Hati saya;


“Bagaimanakah HALAL baginya, tetapi ia adalah HARAM untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim ? 


Kerana itu, saya telah menggesa beliau lagi;


“Kenapa ?”


“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Dirumah kami tidak adanya makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai yang mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang HALAL, kerana jikalau kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini adalah HARAM.”


Mendengarkan kata-kata wanita itu, saya pun terus menangis, lalu saya pun pulang kerumah. 


Saya telah memberitahukan kepada isteri saya mengenai kejadian itu, maka dia pun turut menangis. Lalu kami akhirnya pun memasakkan makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi;


“Ini masakan untuk kamu.”


Peruntukan wang Haji saya sebanyak 350 Dirham telah saya berikan kepada mereka. 


“Gunakanlah wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”


Ya Allah… 


Di sinilah HAJI aku... !


Ya Allah di sinilah MEKKAH aku !


Setelah Mendengarkan kisah tersebut, maka Abdullah bin Mubarak pun tidak dapat menahan air matanya...


* KESIMPULANNYA.


Fikirkanlah bagi orang-orang yang pergi berkali-kali HAJI dengan mengejar-ngejarkan MABRUR,


Tetapi sedangkan dia adalah seorang yang bakhil, tamak, rakus, sombong, Riya', Al-Wahn' dan pentingkan diri semata-mata...


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda;


"TIDAK BERIMAN salah seorang di antara kamu hingga dia MENCINTAI UNTUK SAUDARANYA apa yang dia CINTAI UNTUK DIRINYA SENDIRI..."

(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Renung-renungkanlah...

Friday, 15 July 2022

THE POWER OF SELAWAT

 


   


Begini ceritanya,
Ada sorang pemuda ni, dulunya kaya Raya kemudiannya jatuh muflis lingkup dan hanya sehelai sepinggang. Penuh dengan hutang. Setiap hari mesti ada yang datang ke rumahnya menuntut hutang.

Jadi pemuda miskin ni pun pergi berjumpa dengan seorang lelaki kaya dan meminjam wang sebanyak 500 dinar untuk membayar hutang.
Dan berjanji akan membayar hutang 500 dinar tu minggu depan.
Tapi bila tarikhnya sampai, pemuda miskin tadi tak mampu nak tunaikan janjinya.
Jadi orang kaya tadi mengheret pemuda miskin ni ke muka pengadilan.
Namun sebab tak mampu membayar hutangnya, hakim ni perintahkan pemuda miskin di penjarakan.
Pemuda miskin amatttt sedih. Dia memohon tempoh satu hari. Nak berjumpa isterinya dah berjanji akan datang kembali kepada hakim besoknya.
Hakim bertanya " Apa jaminan yang kamu akan kembali esok untuk di penjarakan". 

Pemuda miskin menjawab " Jaminan ku ,Ya Rasulullah. Jika aku mungkir janji maka aku bukan lah dari kalangan umat baginda"
.
Hakim pun melepaskan pemuda miskin pulang selepas mendengar jaminan nya atas nama Rasulullah.

Bila tiba di rumah isterinya terus bertanya " Duhai suamiku, sudahkah kanda di bebaskan?"

Pemuda ini menjawab " Aku di berikan sehari atas jaminanku"

"Siapa jaminannya?" Soal isteri pemuda miskin ni.

Pemuda lantas menjawab " Rasulullah saw"

Mendengar hal tu si Isteri ni tadi mengajak suaminya menghabiskan semalam mereka dengan berselawat ke atas baginda. Berselawat mereka sampai tertidur.
.
Dan dalam tidur tu Rasulullah datang kepada pemuda tadi. Rasulullah memerintahkan pergi berjumpa dengan seorang alim ketika tu dan minta orang alim itu selesaikan hutangnya.

Terkejut pemuda miskin ni. Mana mungkin tiba tiba ada seorang alim mahu melangsaikan hutangnya sedangkan mereka tiada hubungan saudara bahkan tak saling mengenali pun!

Memahami kerisauan si miskin ni tadi, Rasulullah kirimkan kepadanya dua benda.

Pertama, sampaikan Salam kepada orang alim itu.

Kedua, katanya kepadanya setiap malam dia berselawat kepadaku sebanyak 1000kali dan tak pernah sekali pun terlupa. Tapi semalam orang alim ini tiba tiba terlupa bilangan selawatnya. Katakan kepadanya selawatnya kepadaku semalam cukup 1000 kali seperti malam-malam sebelumnya.

Sebaik saja terjaga, pemuda miskin ni terus mencari orang Alim yang di maksudkan Rasulullah.

Apabila mendengar cerita pemuda ni tentang mimpinya menangis teresak esak orang alim ni. Ternyata selawat beliau selama ni sampai bahkan diterima oleh Rasulullah. Bahkan Rasulullah mengirimkan Salam pula kepadanya melalui lelaki ini.

Orang alim ni kemudian menyerahkan wang 500 dinar untuk melunaskan hutangnya si pemuda miskin ini. Bahkan dia menghadiahkan pulak 2500 dinar lagi sebagai saguhati kepada pemuda tu.
.
Bersegeralah pemuda miskin ni pergi menghadap sang hakim.
.
Sebaik saja nampak lelaki miskin ni datang kepadanya, sang hakim terus memeluk lelaki miskin tu. Sambil menangis teresak esak.
.
Terima kasih kerana kamu Rasulullah datang ke dalam mimpiku. Hutangmu itu aku lunaskan sebab Rasulullah berjanji padaku andai aku lunaskan hutangmu maka Rasulullah sendiri akan menjamin aku di akhirat kelak. Aku lebih memilih jaminan Rasulullah tentunya dari dinar yang tak akan ku bawa ke dalam kubur pun.

Ketika itu jugak orang kaya tiba dan mendengar perbualan mereka.

Belum selesai perbicaraan mereka, saudagar kaya tadi pulak muncul dengan mata merah kesan menangis. Dia justeru terus memeluk lelaki miskin ni sambil berkata, aku ikhlaskan hutang 500 dinar tu tak perlu kau bayarnya. Kerana Rasulullah datang dalam mimpi ku semalam dan menjanjikan redhanya ke atasku dunia dan akhirat sekiranya aku ikhlas merelakan hutang itu ke atasmu.😭

MashaaAllah. Hanya kerana selawat satu malam. Hutangnya Lunas. Bahkan dapat lagi hadiah wang yang berganda-ganda.
.
Percayalah dan yakinlah Rasulullah mendengar dan terima selawat kita kepada baginda. Walau apa jua keadaan kita berselawat pada baginda. 

Monday, 9 May 2022

Kesihatan Keluarga Lagi Utama

 


Perasan sejak dari bulan 4 lagi setiap minggu mesti anak2 travel jauh.. 


Bermula dari suami ajak jalan2 cari baju raya..pastu diorang join  event petronas, family day kat sunway lagoon , balik kampung kedah. Pastu saya pula balik  terengganu .. 


Nie minggu nie diorang turun johor pulak cuti 3 hari.  Minggu depan balik cuti sekolah pulak..


Kita yang dewasa nie ok la just penat ja... Tapi diorang tu bukan saja letih ja tapi sekali imun badan lemah pun ada sekali..


Yang besar bimbang terpaksa poteng sekolah dek kerana demam @ selesema


Yang kecik nie bimbang ibunya la kena cuti jaga anak kalau demam. Bukanya tak suka kalau anak demam tapi kalau boleh elakkan kan lagi bagus..


Alhamdulilah..sepanjang travel berturut2 setiap minggu tu sikit pun tak jejas kesihatan diorang.. Ada ayah kat kampung call tnya kesihatan diorang.. Alhamdulillah sihat semuanya..


Saya bukan suka sorok2 kalau anak tak sihat.. Tapi hakikatnya imun badan diorang kuat tak mudah nak demam @ selesema . Tu yang buat saya terkejut bila kadang sampai setahun pun susah nk nampak diorang demam teruk..


Apa tah lagi nak jenguk klinik..lama dah tak simpan koleksi ubat klinik kat rumah. Tapi stok Vitamin untuk diorg sentiasa kena topup selalu.. Nie sejak Nutriferon dah kembali dipasaran.. Lega la..kalau ada simptom nak demam bila bagi dia boleh ransang imun badan cepat bertindak pada demam.


Itu tika perlu ja diambil. Secara rutin nienya.. Hari2 mesti ambil Meal Shake, Vitamin c,Vitalea multivitamin dan Omega Guard ..


Betul la kata pakar nutrisi.. Kalau kosisten pengambilan vitamin pasti akan nampak kesan yang positif untuk jangka masa panjang.. 


Setahun umur anak sesuai dah kalau nak mula kenalkan vitamin pada anak..sebab umur setahun diorang dah mula terdedah dengan macam2 risiko penyakit.. Imun badan anak perlu kuat selalu untuk lawan radikal bebas yang boleh melemahkan imun badan..


Alhamdulillah.. Puas hati taw bila tengok anak sihat dan aktif selalu.. Dengan keadaan keluarga kecil kami yang sering berjauhan nie.. Kesihatan adalah sangat diutamakan..


Insya Allah mesti ramai yang dah dapat kesan positif dari rutin pengambilan vitamin.. Ini disokong dengan kajian2 yang tulen..terbukti berkesan untuk jangka panjang.


Panjangnya bercerita.. Baru settel masak satu menu dah sembang berjela..


Hakikatnya itu la kesan berkaitan anak- anak saya dengan vitamin..


Saya pilih yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anak2.   korang????


www.hanasihat.com