Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 12 March 2021

Memulakan Kebaikan




Al Quran merupakan sebuah kitab yg sangat menakjubkan. Hikmah setiap ayat Al Quran tidak pernah habis. Pasti akan menemui pelbagai hikmah baru walaupun berkali-kali membaca dan bertadabur ayat yang sama.

   

Mengambil contoh Surah Al-Kauthar, diturunkan kepada Rasulullah. Antara salah satu asbabun nuzul adalah sebagai penguat semangat apabila baginda kematian anak lelaki dan kemudian baginda dihina dan dicerca kerana dengan kematian anak lelaki, keturunan baginda akan terputus dan tiada kebaikan disisi Rasulullah.

   

Maka turunlah Surah Al-Kauthar bagi membela dan memujuk Rasulullah serta menempelak kaum Quraisy.


اِÙ†َّآ اَعْØ·َÙŠْÙ†ٰÙƒَ الْÙƒَÙˆْØ«َرَۗ


Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak.

Al-Kautsar [108] : 1


Kata-kata al-Kauthar mempunyai dua pengertian. Selain pengertian khusus iaitu nama sebuah sungai di syurga dan sebuah kolam yang dikunjungi oleh umat Nabi Muhammad pada hari kiamat, al Kauthar juga bermaksud kebaikan yg banyak. 


Antara kebaikan yg banyak yg diberikan Allah kepada Nabi Muhammad adalah nikmat kenabian, Al Quran, nikmat As-sunnah dan pelbagai lagi kebaikan. 

  

Kenapa Sunnah Nabi dikatakan kebaikan yg banyak kepada Nabi. Ini kerana apabila umat Nabi Muhammad mengikuti sunnah baginda, pahala yg diperolehi baginda akan berterusan sejak 1400 tahun yg dahulu sehingga ke hari kiamat. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari kelebihan sunnah nabi dengan memulakan kebaikan . Semoga dgn rahmat Allah, kebaikan yg dimulakan oleh kita akan berterusan sehingga ke hari kiamat. 

   

Rasulullah bersabda: "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun." (Riwayat Muslim). Jadi marilah kita memulakan kebaikkan walaupun sekecil-kecil kebaikkan. Jadilah manusia yg memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  

Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim). Adakah kita telah sediakan 3 perkara tersebut sebelum kematian kita. Adakah sudah pasti cukup amalan kita ketika disoal di dalam kubur??


   Tips untuk memulakan kebaikan


1. Apa sahaja yg kita rasa baik untuk kita, terus kita rasa ingin sebarkan dan berkongsi dgn orang lain. 

2. Fikirkanlah cara untuk berkongsi dan sebarkan. Setiap benda yg baik pasti ada cara untuk dikongsikan dgn org lain. 


 

@Kisah-kisah di dalam alQuran

0 comments:

Post a Comment