" Ustazah, saya nak tanya"
"Saya dah amalkan istigfar 1000x tapi tak nampak perubahan pun"
Apa maksud Puan?
" Ustazah kata kalau melazimi istigfar akan diberi jalan keluar dari jalan yang tidak disangka-sangka dan diberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka serta diberi kebahagian disebalik dukacita. Saya dah buat 1000x kadang-kadang 2000x tapi tak ada perubahan.
Puan, kita boleh lihat istigfar itu adakah kerana Allah atau kerana makhluk atau kerana mengharapkan sesuatu dibahagian dunia.
"Apa maksud Ustazah?"
Puan faham tak apa maksud istigfar? Istigfar adalah permohonan ampun dengan Allah. Kita memohon Ya Allah aku pohon ampun daripadaMu, ampuni aku.
1000x istigfar tu ada tak menitik satu air mata Puan?
"Takde Uatazah, saya kejar 1000x tu lah.
Itu kita menghitung istigfar bukan mohon ampun dengan Allah. Contoh kita megejar hitungan ehhh dah tinggal 30 minit lagi drama nak mula kena laju sikit lah.
Apabila beristigfar bukan dengan lidah sahaja. Tapi dibuktikan dengan perbuatan. Istigfar yang ikhlas Puan akan rasa bersalah.
Puan akan mula labuhkan tudung depan belakang kiri kanan, tak pakai ketat mahupon jarang. Jika mampu kurangkan solekan diwajah, bimbang solat tak sah jika tak betul bersih. Jika solat tak sah nak harap apa lagi kerana itulah sebesar-besar ISTIGFAR.
Istigfar sebenar ialah kita mohon ampun dengan Allah, kenang dosa-dosa yang lama.
Sekali sebut Astagfirullah ingat balik dulu ada ngumpat si Leha.
Sekali lagi Astagfirullah dulu pernah ngumpat Aminah.
Hitung-hitung beribu dah orang kita ngumpat. Itu baru dosa ngumpat, belum dosa-dosa lain.
Sebut Astagfirullah ingat balik dulu muda-muda pakai skirt, tudung tak pakai.
Tapi kita sekarang ni bila tengok anak muda pakai seksi kemain mengata yea. Lupa dah dulu kita pon pernah lalai, leka dan berdosa.
Bila Allah dah beri kita hidayah dan petunjuk kenapa hati makin jahat. Melihat orang lain buat jahat sepatutnya kita doakan mereka, bukan mengata.
Bila tengok orang tak tutup aurat doakan dia Ya Allah berilah dia hidayah. Itu sifat mukmin yang baik inginkan kebaikan untuk orang lain.
Tapi Puan patut bersyukur, Puan boleh istiqamah amal istigfar. Tak semua mampu istiqamah dan ramai yang kalah disini. Berbahgialah! In Shaa Allah dari terpaksa akan lahir Ikhlas.
(Peringatan untuk diri sendiri)
sumber : Ceramah Ustazah Asma Harun
0 comments:
Post a Comment