CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 31 March 2021

KELEBIHAN BISNES SHAKLEE BERBANDING BISNES LAIN


Salam Sejahtera


 Bestnya bisness Shaklee nie..banyak kelebihan bisnes yang kita akan dapat berbanding dengan bisnes lain..

Mungkin masih ramai yang skeptikal dengan bisnes Shaklee disebabkan ianya MLM. Ini kerana, masih ramai yang ada tanggapan begini:


✅ MLM dikatakan menindas downline,

✅ Upline goyang kaki bila group dah besar,

✅ MLM tidak patuh syariah,


sedangkan mereka tak tahu yang MLM adalah satu konsep perniagaan yang paling menguntungkan.


Ciri-ciri bisnes Shaklee: 


1. YURAN RM35

Syarat nak mulakan Bisnes Shaklee mudah sahaja, anda hanya perlu Daftar Ahli Shaklee dahulu. Secara automatiknya anda akan dapat Starter Kit Keahlian Shaklee


2. TERBUKA KEPADA SEMUA

Semua orang boleh berjaya dalam bisnes Shaklee walaupun berlatar belakang yang berbeza. Yang paling penting adalah attitude dan konsisten


3. BISNES YANG ADA SISTEM

Bisnes Shaklee dah complete dengan sistem. Sama ada sistem pembelian produk yang boleh di buat secara online (boleh layari online sahaja klik sini www.shaklee2u.com.my atau boleh buat pembelian secara Offline iaitu datang sendiri ke branch atau HQ Shaklee. Melalui online semuanya akan diuruskan oleh Shaklee 


4. SUPPORT GROUP

Untuk mendaftar menjadi ahli, anda harus mendaftar dibawah SID yang berdaftar sekali gus merangkap mak bisness. Melalui mereka ini lah anda akan diberikan tips2, bantuan dan dorongan dalam bisness berserta SID2 yang lain. Medium yang digunakan adalah bergantung dengan leader tersebut 


5. MASA YANG FLEXIBLE

Bisnes shaklee ni bisnes yang tidak terikat dengan arahan-arahn bos sebab anda sendirilah Bos & Owner kepada organisasi anda sendiri. aling seronok ialah masa bekerja sangat flexible dan anda tidak terikat dengan punch card untuk masuk office. Anda sendiri boleh tentukan nak bekerja berapa jam sehari & boleh pilih nak bekerja di rumah atau pun mana-mana lokasi yang mengikut keselesaan anda



Best ke Best buat bisnes Shaklee? Untuk yang berminat nak buat bisnes dikna open intake bulan june dan seat adalah terhad kerana dikna ingin hasilkan kualiti berbanding kuantiti


Rm35 sahaja korang...murah sangat nie.

Korang boleh terus hubungi Hana untuk.daftar keahlian

Call /  0195434395

Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Monday, 22 March 2021

Istiqfar Bersihkan Jiwa





 " Ustazah, saya nak tanya"


"Saya dah amalkan istigfar 1000x tapi tak nampak perubahan pun"


Apa maksud Puan?


" Ustazah kata kalau melazimi istigfar akan diberi jalan keluar dari jalan yang tidak disangka-sangka dan diberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka serta diberi kebahagian disebalik dukacita. Saya dah buat 1000x kadang-kadang 2000x tapi tak ada perubahan.


Puan, kita boleh lihat istigfar itu adakah kerana Allah atau kerana makhluk atau kerana mengharapkan sesuatu dibahagian dunia.


"Apa maksud Ustazah?"


Puan faham tak apa maksud istigfar? Istigfar adalah permohonan ampun dengan Allah. Kita memohon Ya Allah aku pohon ampun daripadaMu, ampuni aku.


1000x istigfar tu ada tak menitik satu air mata Puan?


"Takde Uatazah, saya kejar 1000x tu lah.


Itu kita menghitung istigfar bukan mohon ampun dengan Allah. Contoh kita megejar hitungan ehhh dah tinggal 30 minit lagi drama nak mula kena laju sikit lah.


Apabila beristigfar bukan dengan lidah sahaja. Tapi dibuktikan dengan perbuatan. Istigfar yang ikhlas Puan akan rasa bersalah. 


Puan akan mula labuhkan tudung depan belakang kiri kanan, tak pakai ketat mahupon jarang. Jika mampu kurangkan solekan diwajah, bimbang solat tak sah jika tak betul bersih. Jika solat tak sah nak harap apa lagi kerana itulah sebesar-besar ISTIGFAR.


Istigfar sebenar ialah kita mohon ampun dengan Allah, kenang dosa-dosa yang lama.


Sekali sebut Astagfirullah ingat balik dulu ada ngumpat si Leha.


Sekali lagi Astagfirullah dulu pernah ngumpat Aminah.


Hitung-hitung beribu dah orang kita ngumpat. Itu baru dosa ngumpat, belum dosa-dosa lain.


Sebut Astagfirullah ingat balik dulu muda-muda pakai skirt, tudung tak pakai.


Tapi kita sekarang ni bila tengok anak muda pakai seksi kemain mengata yea. Lupa dah dulu kita pon pernah lalai, leka dan berdosa.


Bila Allah dah beri kita hidayah dan petunjuk kenapa hati makin jahat. Melihat orang lain buat jahat sepatutnya kita doakan mereka, bukan mengata.


Bila tengok orang tak tutup aurat doakan dia Ya Allah berilah dia hidayah. Itu sifat mukmin yang baik inginkan kebaikan untuk orang lain.


Tapi Puan patut bersyukur, Puan boleh istiqamah amal istigfar. Tak semua mampu istiqamah dan ramai yang kalah disini. Berbahgialah! In Shaa Allah dari terpaksa akan lahir Ikhlas.


(Peringatan untuk diri sendiri)


sumber : Ceramah Ustazah Asma Harun



Testimoni Esp Bantu Kulit Sihat

 Salam Sejahtera...


Kita tahu bertapa pentingnya protien untuk kulit . Bagaimana protien bertindak untuk memulihkan kulit yang bermasalah seperti berjerawat, berparut, berjeragat, kusam.

Bagaimana Esp bantu kulit sihat??

Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot sihat serta memastikan kita sentiasa



bertenaga. Membantu Memulihkan Pigmentasi , Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut.


✔ESP didapati dapat melembapkan kulit di samping dapat mengurangkan kulit berminyak. ESP juga dikatakan dapat melembutkan dan melicinkan kulit.


✔Soya dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus di wajah. Dalam satu kajian yang dijalankan di Jepun yang dikeluarkan pada 2007 dalam Jurnal Nutritional Science and Vitaminology menunjukkan kulit wanita yang berumur sekitar 30-40 tahun yang mengamalkan pengambilan soya dapat memperbaiki kulit dari kedutan halus selepas 12 minggu.


✔Memperbaiki keanjalan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen dalam sel badan. Ya.. soya adalah penggalak kolagen yang baik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan soya dapat melambatkan proses penuaan.


✔ESP penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

Jom kita tengok pulak testimoni Esp bantu kulit sihat....




Ramai dah merasai perubahan ketara dengan hanya pengambilan Esp Shaklee.

Bila kita faham keperluan kulit kita ...mudah la kulit kita kembali sihat. Sel yang sihat akan bantu kulit wajah lagi sihat dan cantik

Untuk mereka yang masih lagi tercari produk yang selamat dan berkesan. Mula la dengan kosisten Esp terlebih dahulu... 

Pasti anda berpuas hati.....

Boleh terus hubungi Hana

Call /  0195434395

Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe





ESP BEST SELLER DALAM SHAKLEE!!

Salam Sejahtera... 

Siapa lagi yang belum cuba esp ni? Rugi yang amattt... Esp ni la antara item paling hot dalam shaklee sebab memang best sangat2. Sekali dah consume mesti jatuh cinta♥️


Esp ni sesuai ja untuk pelajar yang mana sibuk study kadang tak sempat nak buat sarapan. 

Bukan setakat tak sarapan makan tengah hari pun kadang tak sempat. Nah bancuh ja esp ni memang akan kenyang... Hah sebab tu esp ni bagus sangat utk golongan yang super bizi tu.

Orang yang turunkan berat badan or nak maintain memang sesuai sangat ambil esp ni..


Bagi ibu hamil dan berpantang pulak esp Sangat2 perlu tau.. Ibu2 mengandung ni dia cepat penat, tak buat kerja pun dia akan penat😅. 

Dengan mengamalkan   esp ni la akan bantu bagi tenaga dan bagi kenyang sebab kalau tak asyik nak mengunyah ja. Bagi ibu  yang menyusu memang esp adalah milk booster yang terbaik.. 


Dia bukan setakat bagi meriah air susu tapi juga memekatkan air susu tu.. So baby pun akan kenyang dan kurang meragam.

Hah part yang orang paling suka adalah esp dapat kurangkan parut muka dan muka akan jadi lebih glowing dan cerah tau.. Ramai yang konsume esp ni sebab effect dia pada kulit memang nampak kesan..


So bila korang consume esp sebenarnya bukan setakat dapat cantik sekali gus tingkatkan kesihatan..

Korang nak tahu dekat branch ESP dah Out Of Stok tau... Sebab semua berpakat nak konsume esp ni... Lagi2 nak dekat ramadhan kan, ramai yang tengah ganti puasa. 

Memang best lah dapat consume esp ni waktu berpuasa, kita tak kan letih sangat dan bantu kita bertenaga sepanjang hari..



Hah tapi korang jangan risau dekat branch kalau dah OOS tapi pada saya ada lagi..

So korang boleh pm untuk dapatkan esp ni

Boleh terus hubungi Hana

Call /  0195434395

Whatsapp:

http://www.wasap.my/60195434395

Email:hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.

Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe



Friday, 12 March 2021

Memulakan Kebaikan




Al Quran merupakan sebuah kitab yg sangat menakjubkan. Hikmah setiap ayat Al Quran tidak pernah habis. Pasti akan menemui pelbagai hikmah baru walaupun berkali-kali membaca dan bertadabur ayat yang sama.

   

Mengambil contoh Surah Al-Kauthar, diturunkan kepada Rasulullah. Antara salah satu asbabun nuzul adalah sebagai penguat semangat apabila baginda kematian anak lelaki dan kemudian baginda dihina dan dicerca kerana dengan kematian anak lelaki, keturunan baginda akan terputus dan tiada kebaikan disisi Rasulullah.

   

Maka turunlah Surah Al-Kauthar bagi membela dan memujuk Rasulullah serta menempelak kaum Quraisy.


اِنَّآ اَعْطَيْنٰكَ الْكَوْثَرَۗ


Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak.

Al-Kautsar [108] : 1


Kata-kata al-Kauthar mempunyai dua pengertian. Selain pengertian khusus iaitu nama sebuah sungai di syurga dan sebuah kolam yang dikunjungi oleh umat Nabi Muhammad pada hari kiamat, al Kauthar juga bermaksud kebaikan yg banyak. 


Antara kebaikan yg banyak yg diberikan Allah kepada Nabi Muhammad adalah nikmat kenabian, Al Quran, nikmat As-sunnah dan pelbagai lagi kebaikan. 

  

Kenapa Sunnah Nabi dikatakan kebaikan yg banyak kepada Nabi. Ini kerana apabila umat Nabi Muhammad mengikuti sunnah baginda, pahala yg diperolehi baginda akan berterusan sejak 1400 tahun yg dahulu sehingga ke hari kiamat. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari kelebihan sunnah nabi dengan memulakan kebaikan . Semoga dgn rahmat Allah, kebaikan yg dimulakan oleh kita akan berterusan sehingga ke hari kiamat. 

   

Rasulullah bersabda: "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun." (Riwayat Muslim). Jadi marilah kita memulakan kebaikkan walaupun sekecil-kecil kebaikkan. Jadilah manusia yg memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  

Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim). Adakah kita telah sediakan 3 perkara tersebut sebelum kematian kita. Adakah sudah pasti cukup amalan kita ketika disoal di dalam kubur??


   Tips untuk memulakan kebaikan


1. Apa sahaja yg kita rasa baik untuk kita, terus kita rasa ingin sebarkan dan berkongsi dgn orang lain. 

2. Fikirkanlah cara untuk berkongsi dan sebarkan. Setiap benda yg baik pasti ada cara untuk dikongsikan dgn org lain. 


 

@Kisah-kisah di dalam alQuran