Mommy, sistem imun badan kita telah direka untuk melawan penyakit atau pon virus.
Sistem imun badan yang lemah akan menyebabkan anak kita mudah jatuh sakit dan sebagainya.
Kat sini kak nana nak kongsikan beberapa tips yang dapat membantu mommy untuk tingkatkan sistem imun badan anak-anak.
1. Penyediaan makanan yang seimbang.
Pastikan mommy pelbagaikan makanan untuk baby dari pelbagai sumber. Contohnya bijirin, daging, ikan, sayuran dan buah-buahan. Makanan yang seimbang dapat menyalurkan sumber protien dan vitamin pada badan baby.
2. Minum air putih
Mommy wajib ajar baby 6 bulan keatas untuk minum air putih banyak. Badan memerlukan 70% sumber air untuk melancarkan sistem saraf. Kurangnya air dalam badan akan menyebabkan mudah sembelit dan akan mengurangkan imun badan.
3. Makanan berwarna pelangi.
Kenalkan baby dengan pelbagai jenis sayuran dan buahan. Sumber vitamin C yang semulajadi dan mudah didapati. Antara buahan dan sayuran yang bagus ialah brokoli, bayam, ibu keledek, pisang dan strawberry.
http://www.hanasihat.com/2018/08/vitamin-c-chewable-fomulasi-terbaik.html?m=0
4. Lebihkan ikan dalam menu. Ikan ialah sumber omega 3 yang bagus untuk imun badan baby. Ikan yang mengadungi omega 3 seperti salmon dan tenggiri.
http://www.hanasihat.com/2020/08/omega-guard-untuk-anak.html?m=1
5. Tambah bawang putih dalam masakan. Bawang putih antara yang bagus untuk tingkat kan imune badan. Tambah bawang putih dalam bubur baby atau sup baby mampu mencegah dari terkena pengakit.
Kebanyakan penyakit yang ada mampu dilawan dengan badan yang sihat. Semoga kita semua dijauhi dari sebarang penyakit. Insyallah❤️
0 comments:
Post a Comment