Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 15 May 2020

Ramadhan Challenger Day 2




Alhamdulillah..

Syukur Terima Kasih Allah 
Beri izin Saya, suami dan kawan-kawan lain bangun bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan yg ke 21 

Untuk orang yg newbie (baru belajaq nak bangun malam) macam Saya ni, bagai satu kejayaan besar bila dapat bangun 2/3 malam. Alhamdulillah Alhamdulillah doakan moga diri ini istiqomah sampai mati. 

Saya tahu tahajud, tahu kebaikan, kelebihan tahajud. Tapi sekadar tahu. Nak bangun buat tu ya Allah, hanya Allah yg tahu. Macam bersiap nak pi medan perang. Berperang dengan diri sendiri, berperang dengan nafsu .  

Namun, Alhamdulillah. Allah mudahkan harungi semua tu. Terima kasih Allah. 

Tapi Saya perasan, perjalanan kehidupan harian kita juga pengaruhi kejayaan kita untuk bangun malam.

Siangnya jika kita tak banyak buat atau tak buat langsung perkara laqo macam tengok tv, drama, bergosip, mengumpat, mengata, Dan lain- lain insyaAllah mudah untuk kita bangun 2/3 malam walaupun malam tu kita tidur lewat.

 Fuhh kena kuat mujahadah semua tu untuk marhain yang macam Saya ni💪💪

Dan setinggi syukur Allah beri izin jumpa sahabat2 syurga , circle yg positiv. Terima kasih Murtadha Dakwah Centre beri saya peluang untuk perbaiki diri dengan ilmu- ilmu yang disampaikan dan terima kasih jadi 'push factor' untuk Saya dan rakan- rakan lain terus berjuang untuk menghidupkan 2/3 malam.

Elehh nak bangun malam pun kena ada team ka? Kena Ada push factor ka? 

Iyaa benar. Untuk orang-orang  yg macam Saya yg masih banyak kurangnya ilmu dan amal, bersyukur sangat jumpa circle macam ni. Fokus yg sama. Sama2 saling menumpang kekuatan. 


Harini Saya nak share tentang solat Tahajud yg Ustaz share tazkirah pagi tadi. (Baru sempat nak taip. Tak berapa sihat pulak harini)

🌝 Solat tahajud solat yg dilaksanakan setelah bangun tidur. Tiket untuk tahajud, syaratnya tidur walaupun sekejap.

🌝Afdhal dibuat secara sendirian. Tapi untuk suami isteri, afdhal dibuat berjemaah bersama2.

🌝Solat tahajud amat dituntut dijadikan ibadah tambahan. Sahabat Nabi tidak pernah meninggalkan tahajud. MasyaAllah hebat. 

🌝Sepertimana dalan surah Al Israk ayat 79, Allah menuntut untuk kita bangun tahajud pada 1/3 atau 2/3 malam.




Antara kelebihan solat tahajud,:

1. Memelihara dan menunjukkan kehambaan sebagai hamba yg soleh.

2. Memelihara diri dari perkara maksiat 

3. Melindungi diri dari penyakit dan wabak. 

🌝 Cara mendirikan solat

1. Niat solat tahajud dalam hati. Yg Bahasa Arab tu lafaz. 

Usholli sunnatat-tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala (Lafaz)

Sahaja aku solat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala (niat dalam hati) 

2. Baca tidak diwajibkan dengan mana- mana surah selepas surah Al Fatihah . Nak baca Al Fatihah saja pun takdak masalah.

3. Tetapi disarankan baca ayatul Kursi 7x pada rakaat pertama selepas Al Fatihah jika ada kemampuan. 

4. Baca surah- surah lain pon dibolehkan 

5. Disarankan baca surah Al Ikhlas pada rakaat ke2 selepas surah Al Fatihah.

6. Afdhol dibuat 4 rakaat dengan 2x Salam. 

7. Untuk solat tahajud yg ke2 disarankan baca surah Al Kafirun pada rakaat pertama selepas AlFatihah .Dan surah Al Ikhlas pada rakaat ke 2 selepas Al Fatihah.

8. Nabi S.A.W Suka baca 10 ayat terakhir surah Al-Imran selepas surah Al Fatihah. Tapi tak wajib. Kalau nak ikut Nabi lagi baik lah.

9. Ketika sujud terakhir dianjurkan untuk berdoa dengan doa berikut (rujuk gambar) .Baca 3x doa ini tetapi tidak lah menjadi kewajipan.

10. Kalau tak hafal doa 👆, boleh baca doa Nabi Yunus

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

11. Kalau tak hafal juga doa Nabi Yunus, boleh baca doa yg selalu Nabi baca menurut hadis daripada Anas R.A:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya: Ya Rabb kami, berikan kami kebaikan di duunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

12. Doa tidak boleh dilafazkan dalam bahasa Melayu atau Bahasa lain selain Bahasa Arab. Solat terbatal . Doa dalam hati saja dibolehkan dalam bahasa lain.

13. Kalau nak baca juga doa dalam bahasa Melayu atau bahasa selain Arab, baca dalam sujud yg di luar solat tahajud. 

Kaedah dia, selepas selesai bagi salam solat tahajud, terus sujud lagi sekali dan berdoa. Kerana ia tidak tertakluk dalam terma solat tahajud.
.
🌝 Simple sajakan solat tahajud ni. Kalau tak sempat 4 rakaat 2x Salam, buat 2 rakaat 1salam pun boleh.

'Ibadat yg paling dicintai adalah amalan yg sedikit tapi berterusan' - Hadis Riwayat Muslim

🌝 Jum Kita paksa diri kita bangun 💪(cakap untuk diri sendiri sebenarnya)

🌝 Kalam Imam Al Ghazali ' Asas untuk membolehkan sesorang ke syurga ialah
1. Iman
2. Ilmu
3. Amal
4. Iklas.

Pertama kita wajib beriman, dan wajib menambahkan ilmu untuk membolehkan kita beramal dan seterusnya baru mudah untuk kita pohon pada Allah, hadirkan keikhlasan dalam hati kita.

Semoga bermanfaat... Berkongsi itu sangat membahagiakan.. Semoga kita dikurniakan Malam hadiah dari Allah... Lailatul Qadar 

2 comments: