Surah Al Fatihah sengaja dipilihbkerana kita semua sudah menhafalnya dan boleh diamalkan serta merta
Pilihlah mengikut kemampuan yang kita ada . Lain orang lain kesibukannya .Jadi terdapat beberapa kaedah agar kita boleh memilih dan beramal dengan mana-mana kaedah yang berkenan dihati
Kaedah 1.
- Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh . Baca surah Al Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut . Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al Fatihah.
Kaedah 2
- Masa membacanya selepas selesai setiap solat 5 waktu . Baca sebanyak 7 kali
Kaedah 3
- Masa membacanya di tengah malam ( semasa bangun untuk solat tahajjud ).Bacalah sebanyak 41 kali
Kaedah 4
- Pilihlah mana -mana waktu yang sesuai . Kemudian baca surah Al Fatihah sebanyak 313 kali . Bacalah selama 3 , 5 dan 7 hari . Membava Al Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wudhu'
Jika anda mampu bersabar dengan surah AlFatihah, hatimu di dunia milik Allah. Biarkan semua orang berada di tanganmu. Letakkan Allah dihatimu.
Ketika kita membaca surah Alfatihah & minda kita mengeluarkan maksud surah AlFatihah itu tanpa berfikir bermakna Allah tengah jawab on the spot apa yang kita mahu
Maksud surah Al Fatihah
➡️ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
➡️Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam
➡️ Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangM
➡️ Yang Menguasai Hari Pembalasan
➡️ Hanya KepadaMU Kami Menyembah & Memohon Pertolongan
➡️Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus Iaitu Jalan Orang² Yang KAU Kurniakan Nikmat Kepada Mereka.
➡️Dan Bukan Pula Jalan Mereka Yang Sesat.
Alhamdulillah .. Sedikit tips untuk anda.. Moga beri manfaat untun kita semua...
Kata - kata orang hebat....
" Buat apa yang Allah suka dan Allah akan beri apa yang kita suka "
0 comments:
Post a Comment