Salam.Sejahtera
Harini sempena hari Khamis yang berakah ini Hana nak kongsi satu amalan yang sangat lah bagus. Iaitu amalan membaca YASIN 7 MUBIN..
Yasin 7 mubin ni basically kita baca surah yasin macam biasa.. Cuma bila jumpa perkataan “MUBIN” kita stop dan berdoa.. Mubin tu bermaksud yang “NYATA”..
In Sya Allah kita akan jumpa betapa banyaknya magik yang akan jadi dalam hidup kita...
Cara nak baca Yassin 7 Mubin ni ialah dengan cara
- Mulakan dengan mengucap, istighfar, selawat (7 kali) dan sedekahkan surah Al Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW
- Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
- Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
Selain tu, antara manfaat lain membaca Yassin 7 Mubin ialah,
💕 Menyelamatkan diri daripada dizalimi
💕Mengelakkan daripada gangguan jin
💕Dibaca kepada pesakit yang sedang sakit tenat
💕Mencari barang yang hilang
💕Menjemput rezeki dan melariskan jualan
💕Mendapat segala hajat yang dipohon dengan izin Allah
Pada Hana kalau nak mudah, cari sahaja buku yasin 7 mubin macam ni.. Ada dekat kedai-kedai buku agama dan pakaian umrah. Boleh juga install melalui telefon
Ataupun korang boleh je baca dari al quran biasa, then tandakan tau.
Sekian perkongsian dari Hana untuk hari ini.
Semoga memberi manfaat kepada semua dan dijauhi kita dari Wabak Covid-19.. Semoga Malaysia kembali sihat seperti sedia kala.,,
Sis.. Nk tanya.. setiap ayat mubin kita stop & berdoa.so Adakah doa kita sama dari mubin 1 hingga 7..
ReplyDeleteKalau kita ada hajat yg besar...better kita kosisten doa yg sama dri awal hingga habis.. Kesungguhan kita nak hajat itu tertunai...
ReplyDelete