Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Thursday, 6 August 2020

6 Ganjaran Dalam Perniagaan Shaklee



6 Ganjaran Dalam Perniagaan Shaklee
============================

💵 UNTUNG RUNCIT

— Ini adalah Untung Runcit yang pengedar dapat dari jualan produk. Pengedar membeli produk pada Harga Pengedar (DN) dan menjual pada Harga Runcit (SRP) yang disyorkan dan mendapat Untung Runcit dari perbezaan harga tersebut. (Untung Runcit = SRP - DN)

💵 BONUS KUMPULAN PERIBADI

— Apabila Pengedar dan Kumpulan Peribadinya menjana jualan produk bulanan, pengedar akan menerima bonus berdasarkan jumlah jualan produk tersebut. Jumlah Bonus Kumpulan Peribadi dibayar berdasar kepada jumlah jualan terkumpul bagi bulan kelayakan berdasarkan Jadual Bonus Kumpulan Peribadi Shaklee.

💵 BONUS KEPIMPINAN

— Sebaik sahaja pengedar mencapai tahap Senior Supervisor dan mula membina Supervisor lain di dalam organisasinya, pengedar akan mendapat Bonus Kepimpinan bulanan pada jumlah setiap Pemimpin Perniagaan sehingga enam generasi di bawah, bergantung pada pangkat efektif pada bulan tersebut. Ini adalah bonus atas usaha pengedar bagi menyokong dan membangunkan kumpulannya.

💵 BONUS INFINITI

— Bonus Infiniti adalah bonus bulanan yang dibayar maksimum 1.5% di atas Volum Belian Kumpulan (GPV) bagi setiap orang berdasarkan Pangkat pengedar serta Pangkat Pemimpin Perniagaan dalam organisasi - bermula dari pangkat Coordinator.

💵 PROGRAM GOLD AMBASSADOR (DUTA EMAS)

— Pengedar Shaklee, mempunyai keistimewaan untuk memperluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa di negara-negara yang Shaklee beroperasi.

💡INSENTIF TAHUNAN DAN PENGIKTIRAFAN

🕋 Program Lawatan Insentif

— Dapatkan Mata Ganjaran yang akan membolehkan pengedar dan ahli keluarga bagi lawatan ke destinasi yang hebat di seluruh dunia serta mendapat pengiktirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapaian anda sepanjang tahun.

🎖Pengiktirafan

— Diiktiraf dan diberi ganjaran di atas kejayaan pengedar setiap tahun.

🚙 Program Subsidi Kereta

— Sejurus mencapai pangkat Supervisor, pengedar akan berpeluang untuk mendapat bonus kereta bulanan. Pemimpin yang layak untuk program ini boleh memohon bagi anugerah wang tunai untuk kereta impian seperti yang diperlukan.

—🍃

Selamat Hari Menuai Bonus hari ini ya.
Tahniah buat semua penerima bonus harini!
Sikit atau Banyak itu semua rezeki dari Ilahi yang kita patut syukuri, Alhamdulillah

Saya bersyukur Allah melorongkan dengan bisnes yang relevan sepanjang masa. Bisnes yang relevan ialah bisnes yang mampu memberi pulangan pada pengusahanya sentiasa tanpa gagal.

Kita selalu mendengar zaman sekarang ramai tertipu dengan money game atau janji janji kosong bisnes itu. Tapi ia berbeza dengan Shaklee.

Buat semua ahli Shaklee yang berdaftar, tidak kisah ahli itu guna untuk makan sendiri atau buat bisnes separuh masa atau buat bisnes sepenuh, mereka semua akan dapat bonus masing-masing atas usaha dan kelayakan mereka

Sebab itu setiap bulan kita panggil Bonus sebab bonus ni jumlahnya sentiasa berubah.
Ada yang menaik, ada yang menurun, ada yang sama seiring dengan usaha kita dan semestinya rezeki dari Allah SWT.

Inilah asas bisnes Shaklee, kebergantungannya atas keberkesanan produk dan usaha pengedarnya nak sebarkan manfaat besar produk dan peluang bisnes, Tiada masa goyang kaki, duit masuk kepuk-kepuk, itu salah konsep yang salah bagi Shaklee.

Memang susah nak kaya, tapi kalau nak kaya, kenalah hadap susah payah, sanggup buat sehabis baik beri komitmen dan tiada istilah goyang kaki.

Segala usaha ni kita buat sehabis baik dan kepada Allah SWT kita berserah dan meletakkan seluruh pergantungan.

Mahu berbisnes, begitulah kena hadap susah payahnya. Masa berniaga, kita berniaga bersungguh-sungguh. Masa bonus, kita nikmati hasilnya.

Jangan lupa bersyukur dan terus tanam azam untuk sebarkan manfaat baik dan bantu orang lain sihat dan berjaya.


0 comments:

Post a Comment