Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 9 May 2020

5 Tip Mudah Bangun Tahajud Setiap Hari


Ramai orang sudah sedia maklum akan kelebihan yang begitu besar dalam Islam atas amalan bertahajud sepertiga malam kala orang lain tengah nyenyak tidur.



Ramai antara kita yang memasang niat untuk mengerjakan Tahajud sebagai amal ibadat tambahan setelah mengerjakan amal-amal yang fardhu.

Berikut 5 tips untuk mudah bangun Tahajud setiap hari :

1. Betulkan Yakin

Perkara utama, mula-mula sekali kena betulkan yakin bahawa kita telah bangun malam untuk bertahajud bukan kerana kekuatan kita, ilmu yang kita ada atau sebagainya tetapi semata-mata kerana keizinan, rahmat dan kasih sayang Allah.

Dengan adanya yakin yang betul ini barulah akan terbit di dalam hati kita rasa syukur dan berazam mahu beribadah bersungguh-sungguh kerana Allah semata-mata.

2. Doa

Doa mohon Allah beri kekuatan untuk bangun awal pagi setiap hari, selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa teringat. Mintalah pada Allah agar diberi kekuatan sepanjang masa sama ada iman tengah menaik atau menurun. Minta juga Allah beri kekuatan untuk istiqamah mengerjakan Tahajud.

3. Qailullah

Ambil kesempatan 15-25 minit untuk tidur siang atau qailullah dengan berniat untuk bangun malam kerana Allah. Contoh niat adalah seperti; “Ya Allah, aku niat nak qailullah sebab aku nak bangun awal pagi. Bangunkan aku Ya Allah. Hilangkan kelesuan, kepenatan supaya aku kuat untuk beribadah pada Mu Ya Allah.”

4. Makanan

Seelok-eloknya, makan malam awal sebelum pukul 7 malam (sebelum Maghrib). Elakkan makan berlebihan pada waktu malam. Nanti terasa penat nak bangun.

5. Amalan Sebelum Tidur

Selepas Isyak, baca surah As-Sajdah, Al-Mulk and beberapa surah lain, sekitar 30 minit. Ketika hendak baring atas tempat tidur itu, bacalah istighfar, al-Fatihah, ayat kursi, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah (Ar manarrasul), 3 Qul, zikir fatimah, selawat dan ambik masa kejap untuk bersyukur pada Allah.

Maafkan semua orang dan sila mengucap dua kalimah syahadah. Pasang niat nak bangun Tahajud dan baca doa sebelum tidur. Kalau tak dapat bangun pun, insya Allah ada pahala sebab kita ada niat nak bangun bertahajud.

Wallahualam

Semoga bermanfaat untuk semua

0 comments:

Post a Comment