CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 15 May 2020

Ramadhan Challenger Day 2




Alhamdulillah..

Syukur Terima Kasih Allah 
Beri izin Saya, suami dan kawan-kawan lain bangun bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan yg ke 21 

Untuk orang yg newbie (baru belajaq nak bangun malam) macam Saya ni, bagai satu kejayaan besar bila dapat bangun 2/3 malam. Alhamdulillah Alhamdulillah doakan moga diri ini istiqomah sampai mati. 

Saya tahu tahajud, tahu kebaikan, kelebihan tahajud. Tapi sekadar tahu. Nak bangun buat tu ya Allah, hanya Allah yg tahu. Macam bersiap nak pi medan perang. Berperang dengan diri sendiri, berperang dengan nafsu .  

Namun, Alhamdulillah. Allah mudahkan harungi semua tu. Terima kasih Allah. 

Tapi Saya perasan, perjalanan kehidupan harian kita juga pengaruhi kejayaan kita untuk bangun malam.

Siangnya jika kita tak banyak buat atau tak buat langsung perkara laqo macam tengok tv, drama, bergosip, mengumpat, mengata, Dan lain- lain insyaAllah mudah untuk kita bangun 2/3 malam walaupun malam tu kita tidur lewat.

 Fuhh kena kuat mujahadah semua tu untuk marhain yang macam Saya ni💪💪

Dan setinggi syukur Allah beri izin jumpa sahabat2 syurga , circle yg positiv. Terima kasih Murtadha Dakwah Centre beri saya peluang untuk perbaiki diri dengan ilmu- ilmu yang disampaikan dan terima kasih jadi 'push factor' untuk Saya dan rakan- rakan lain terus berjuang untuk menghidupkan 2/3 malam.

Elehh nak bangun malam pun kena ada team ka? Kena Ada push factor ka? 

Iyaa benar. Untuk orang-orang  yg macam Saya yg masih banyak kurangnya ilmu dan amal, bersyukur sangat jumpa circle macam ni. Fokus yg sama. Sama2 saling menumpang kekuatan. 


Harini Saya nak share tentang solat Tahajud yg Ustaz share tazkirah pagi tadi. (Baru sempat nak taip. Tak berapa sihat pulak harini)

🌝 Solat tahajud solat yg dilaksanakan setelah bangun tidur. Tiket untuk tahajud, syaratnya tidur walaupun sekejap.

🌝Afdhal dibuat secara sendirian. Tapi untuk suami isteri, afdhal dibuat berjemaah bersama2.

🌝Solat tahajud amat dituntut dijadikan ibadah tambahan. Sahabat Nabi tidak pernah meninggalkan tahajud. MasyaAllah hebat. 

🌝Sepertimana dalan surah Al Israk ayat 79, Allah menuntut untuk kita bangun tahajud pada 1/3 atau 2/3 malam.




Antara kelebihan solat tahajud,:

1. Memelihara dan menunjukkan kehambaan sebagai hamba yg soleh.

2. Memelihara diri dari perkara maksiat 

3. Melindungi diri dari penyakit dan wabak. 

🌝 Cara mendirikan solat

1. Niat solat tahajud dalam hati. Yg Bahasa Arab tu lafaz. 

Usholli sunnatat-tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala (Lafaz)

Sahaja aku solat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala (niat dalam hati) 

2. Baca tidak diwajibkan dengan mana- mana surah selepas surah Al Fatihah . Nak baca Al Fatihah saja pun takdak masalah.

3. Tetapi disarankan baca ayatul Kursi 7x pada rakaat pertama selepas Al Fatihah jika ada kemampuan. 

4. Baca surah- surah lain pon dibolehkan 

5. Disarankan baca surah Al Ikhlas pada rakaat ke2 selepas surah Al Fatihah.

6. Afdhol dibuat 4 rakaat dengan 2x Salam. 

7. Untuk solat tahajud yg ke2 disarankan baca surah Al Kafirun pada rakaat pertama selepas AlFatihah .Dan surah Al Ikhlas pada rakaat ke 2 selepas Al Fatihah.

8. Nabi S.A.W Suka baca 10 ayat terakhir surah Al-Imran selepas surah Al Fatihah. Tapi tak wajib. Kalau nak ikut Nabi lagi baik lah.

9. Ketika sujud terakhir dianjurkan untuk berdoa dengan doa berikut (rujuk gambar) .Baca 3x doa ini tetapi tidak lah menjadi kewajipan.

10. Kalau tak hafal doa 👆, boleh baca doa Nabi Yunus

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

11. Kalau tak hafal juga doa Nabi Yunus, boleh baca doa yg selalu Nabi baca menurut hadis daripada Anas R.A:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya: Ya Rabb kami, berikan kami kebaikan di duunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

12. Doa tidak boleh dilafazkan dalam bahasa Melayu atau Bahasa lain selain Bahasa Arab. Solat terbatal . Doa dalam hati saja dibolehkan dalam bahasa lain.

13. Kalau nak baca juga doa dalam bahasa Melayu atau bahasa selain Arab, baca dalam sujud yg di luar solat tahajud. 

Kaedah dia, selepas selesai bagi salam solat tahajud, terus sujud lagi sekali dan berdoa. Kerana ia tidak tertakluk dalam terma solat tahajud.
.
🌝 Simple sajakan solat tahajud ni. Kalau tak sempat 4 rakaat 2x Salam, buat 2 rakaat 1salam pun boleh.

'Ibadat yg paling dicintai adalah amalan yg sedikit tapi berterusan' - Hadis Riwayat Muslim

🌝 Jum Kita paksa diri kita bangun 💪(cakap untuk diri sendiri sebenarnya)

🌝 Kalam Imam Al Ghazali ' Asas untuk membolehkan sesorang ke syurga ialah
1. Iman
2. Ilmu
3. Amal
4. Iklas.

Pertama kita wajib beriman, dan wajib menambahkan ilmu untuk membolehkan kita beramal dan seterusnya baru mudah untuk kita pohon pada Allah, hadirkan keikhlasan dalam hati kita.

Semoga bermanfaat... Berkongsi itu sangat membahagiakan.. Semoga kita dikurniakan Malam hadiah dari Allah... Lailatul Qadar 

Apa Yang Kita Perlu Bila Hamil???



Sebaik saja kita dimaklumkan yang kita pregnant, dengan serta-merta mindset kita pun kena ubah. Sebab mulai saat itu, segala keperluan nutrisi dalam badan, akan dikongsi bersama dengan janin.⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kenapa Ibu Hamil memerlukan keperluan vitamin yang secukupnya : ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• IRON - menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan Ibu dan juga tumbesaran bayi. Sangat penting untuk Ibu Hamil yang mengalami Low HB.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• ASID FOLIK - Menyokong pembentukan sistem saraf bayi, penghasilan hormon dan juga sel-sel darah merah. Elak ibu hamil stress⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• VITAMIN C - Ibu sangat mudah untuk terima jangkitan demam, batuk dan selsema. Vitamin C sangat perlu untuk kuatkan sistem imun badan selain bagus untuk kulit bayi.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• KALSIUM - Merupakan nutrisi yang sangat kuat diserap oleh bayi. Ibu akan cenderung utk mengalami masalah gigi rapuh, kejang kaki. Pengambilan kalsium yang cukup, akan membantu menguatkan tulang bayi dan Ibu.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• OMEGA 3 - Penting untuk perkembangan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Selain itu, Omega membantu mengelakkan pembekuan darah, risiko sakit jantung dan darah tinggi ketika hamil.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• PROTEIN - Sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Juga membantu membekalkan Asid Amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Berminat nak mencuba Set Kehamilan Shaklee?




Wednesday, 13 May 2020

Promosi Set Ibu Hamil


WOW!!

Shaklee announce PROMO Set Hamil(Prenatal Set) dilanjutkan sehingga akhir Mei ni!  Terbaik..Dapatlah membeli dengan harga promo lagi. Yeay!



Alhamdulillah.

Ibu-ibu yang NAK pregnant, dan SEDANG pregnant, Hana sangat recommend set ni :)
Nutrisi lengkap untuk anda. InshaAllah.

Set Hamil Shaklee membekalkan nutrien yang cukup lengkap untuk keperluan ibu-ibu yang hamil. Pemakanan seorang wanita memberi kesan besar terhadap perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan.

Setiap ibu hamil wajib mengambil vitamin yang ada dalam Set Prenatal Shaklee untuk kesihatan menyeluruh ibu sepanjang kehamilan dan kesihatan janin sehingga dilahirkan.

🌸Set premium ibu mengandungi 6 vitamin:

✔ESP
✔OsteMatrix
✔OmegaGuard
✔B-Complex
✔Vita-Lea Iron Formula
✔SR Vita-C Plus

Tahan 2-4 bulan

INFO PENTING ☘

Ibu mengandung sering alami keletihan yang amat, sengal otot dan sakit pinggang kerana kekurangan kalsium yang perlu dibekalkan kepada bayi dalam kandungan yang sedang cepat membesar.

✅Melalui set ni, ibu akan dibekalkan susu rendah lemak dan rendah gula ESP yang diperbuat dari soya berkualiti tinggi. 
Susu ini mengandung kandungan protein yang lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

✅Soya ESP ni adalah soya asli tanpa bahan ubahan genetik yang merbahaya seperti di pasaran.

✅Maka soya ini adalah soya terbaik untuk ibu dan bayi serta selamat digunakan tanpa alergik, eczema atau sebarang side effects.

Susu ESP dan OsteMatrix ini mengandungi kalsium yang secukupnya untuk ibu dan bayi.

Ibu takkan rasa letih dan sakit badan lagi.

Selain kalsium, ibu mengandung memerlukan supplements tambah darah kerana darah diperlukan lebih banyak demi untuk bekalkan zat dan oksigen kepada bayi.

Kini ibu ada orang tambahan dalam badan.

Ibu yang kurang supplements darah, serong mengalami masalah anemia.

Kesannya adalah membahayakan nyawa bayi serta bayi tidak membesar dengan sempurna.

🌸Dalam set ni kita ada SUPPLEMEN tambah darah yang terbaik iaitu: 
✅Vita-Lea Iron Formula
✅B-Complex
✅SR Vita-C Plus

Gabungan 3 ini akan bantu ibu atasi masalah pucat, pening, anemia dan rasa terlampau letih sehingga nak pitam.

Yang terakhir adalah 
✅OmegaGuard.

🌸OmegaGuard mengandungi omega-3-fatty acid yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak, saraf, mata yang sempurna.

☘Kebaikan OmegaGuard adalah ia tidak hanyir seperti jenama lain walaupun diperbuat dari ikan laut dalam. Ia melalui proses penyulingan sebanyak 3 x bagi menghilangkan logam merkuri yang sering terdapat dalam ikan laut dalam. Kandungan merkuri ini merbahaya kepada ibu mengandung dan bayi.

☘Oleh itu, OmegaGuard Shaklee adalah jenama paling selamat untuk ibu mengandung.

☘Dengan pengambilan set mengandung ini, ibu mengandung pasti alami kenangan paling indah semasa memgandung seperti ibu-ibu lain yang sudah mencuba.


Jom tengok TESTIMONI SET IBU HAMIL









Kepada yang mencari Set Ibu Hami Ready Stock boleh la terus hubungi saya
Insya Allah saya akan bantu mengikut keperluan anda 

Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe



Tuesday, 12 May 2020

Cinch Tea Shaklee



Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa!

Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semulajadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Antara manfaat Cinch Tea Mix Shaklee :-
.
✅ Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat.
✅ Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk.
✅ Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi.
✅ Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga.
✅ Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
✅ Bungkusan berbentuk "ù" yang mudah dibawa kemana sahaja bagi setiap sajian.


Antara bahan semulajadi yang terkandung didalam CINCH TEA MIX :-
.
🍃 Matcha Greean Tea - Antioksida yang sangat tinggi, energy booster, metabolisme booster bakar kalori sebanyak 4x ganda
.
🍃 Taurina - Menggalakkan metabolisme lebih bertenaga, larutkan lemak membantu menghasilkan otot tanpa lemak
.
🍃 White Tea - Membakar lemak berlebihan menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu meningkatkan metabolisme
.
🍃 Rooibos Red Tea - Melarutkan lemak meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak agen detox yang kuat.


Ada yang ternampak banyak testimoni berkaitan dengan Cinch Tea Shaklee ni?

Ramai yang cakap minum tea ni, badan terus rasa bertenaga dan mudah nak buat kerja semua.

Jadi, saya  kongsikan sedikit info mengenai Cinch Tea ni untuk kawan-kawan semua.

✅ Ia adalah minuman yang menyegarkan, yang mengandungi 28 sachet.

✅ Sesuai kepada yang kurangkan minum kopi dan minuman manis kerana cinch tea ini adalah cara yang selamat dan semulajadi untuk menceriakan hari dan menukar saiz pakaian anda.

✅ Ia berasaskan campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar badan kita sentiasa segar dan cergas.

✅ Boleh dinikmati pada bila-bila masa, minuman panas atau sejuk.

✅ 1 sachet untuk 1 hidangan.

✅ Ia juga bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.

Antara Testimoni yang sudah mengamalkannya..






Saturday, 9 May 2020

5 Tip Mudah Bangun Tahajud Setiap Hari


Ramai orang sudah sedia maklum akan kelebihan yang begitu besar dalam Islam atas amalan bertahajud sepertiga malam kala orang lain tengah nyenyak tidur.



Ramai antara kita yang memasang niat untuk mengerjakan Tahajud sebagai amal ibadat tambahan setelah mengerjakan amal-amal yang fardhu.

Berikut 5 tips untuk mudah bangun Tahajud setiap hari :

1. Betulkan Yakin

Perkara utama, mula-mula sekali kena betulkan yakin bahawa kita telah bangun malam untuk bertahajud bukan kerana kekuatan kita, ilmu yang kita ada atau sebagainya tetapi semata-mata kerana keizinan, rahmat dan kasih sayang Allah.

Dengan adanya yakin yang betul ini barulah akan terbit di dalam hati kita rasa syukur dan berazam mahu beribadah bersungguh-sungguh kerana Allah semata-mata.

2. Doa

Doa mohon Allah beri kekuatan untuk bangun awal pagi setiap hari, selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa teringat. Mintalah pada Allah agar diberi kekuatan sepanjang masa sama ada iman tengah menaik atau menurun. Minta juga Allah beri kekuatan untuk istiqamah mengerjakan Tahajud.

3. Qailullah

Ambil kesempatan 15-25 minit untuk tidur siang atau qailullah dengan berniat untuk bangun malam kerana Allah. Contoh niat adalah seperti; “Ya Allah, aku niat nak qailullah sebab aku nak bangun awal pagi. Bangunkan aku Ya Allah. Hilangkan kelesuan, kepenatan supaya aku kuat untuk beribadah pada Mu Ya Allah.”

4. Makanan

Seelok-eloknya, makan malam awal sebelum pukul 7 malam (sebelum Maghrib). Elakkan makan berlebihan pada waktu malam. Nanti terasa penat nak bangun.

5. Amalan Sebelum Tidur

Selepas Isyak, baca surah As-Sajdah, Al-Mulk and beberapa surah lain, sekitar 30 minit. Ketika hendak baring atas tempat tidur itu, bacalah istighfar, al-Fatihah, ayat kursi, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah (Ar manarrasul), 3 Qul, zikir fatimah, selawat dan ambik masa kejap untuk bersyukur pada Allah.

Maafkan semua orang dan sila mengucap dua kalimah syahadah. Pasang niat nak bangun Tahajud dan baca doa sebelum tidur. Kalau tak dapat bangun pun, insya Allah ada pahala sebab kita ada niat nak bangun bertahajud.

Wallahualam

Semoga bermanfaat untuk semua

Friday, 8 May 2020

Sembelit Ketika Puasa

Masalah sembelit ketika puasa? Ohhh tidak..


Dah makan bermacam- macam sewaktu berbuka, sampai terlupa yang kita makan tu penuh dengan minyak, kolestrol makan yang tinggi gula.

Bila dah makan macam-macam  mula la perut jadi tak lawas, sembelit dan sebagainya.

Akibat daripada sembelit, kita mudah letih, perut jadi sebu dan kembung, rasa tak selesa serta susah membuang angin. Silap haribulan boleh kena buasir pula jika dibiarkan.

Sebab itu digalakkan untuk ambil makanan yang berserat, minum air yang mencukupi dan segera membuang air besar jika terasa ingin membuang (jangan tahan berak).

Jadi apa cara nak atasi masalah tu, sini  hana nak bagi tahu, dengan Shaklee puasa senang aje.




Jadikan Herb Lax sebagai teman anda.

Kenapa Herb lax ya????

Herb lax ni senang ceritanya membantu pencernaan, supaya tak sembelit.

Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan sistem pencernaan dengan semulajadi.

Yang mana nak kurus dengan Shaklee boleh juga amalkan Herblax ni.


Bagi melegakan sembelit yang anda alami, pengambilan HerbLax Shaklee boleh membantu. 

Berikut adalah manfaat HerbLax Shaklee untuk masalah sembelit ;

  • Pembersihan najis yang tersekat.

Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.

Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan seterusnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut

Ia juga mampu memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau di campurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
  • Menyingkirkan toksin berlebihan ( sebagai Detox)


Alhamdulillah hana sendiri pun amalkan setiap malam sebelum tidur. Esoknya semua berjalan lancar. Perut selesa sangat.

Jom hana tunjuk Testimoni Herb Lax yang sangat berkesan



  • Baru 2 hari amal dah rasai kesan positifnya





  • Terus lupakan rutin ambil julap setiap hari 




  • Tak risau dah nak makan lebih ...confirm lawas 




  • Badan cergas setiap hari...dulu lemau sebab kerap sembelit

Adakah anda sedang alami situasi Sembelit Ketika Berpuasa ????

Jangan bertangguh lagi....jom lancarkan perhadaman dengan cara yang sihat dan semula jadi..

Segera  hubungi Hana ya.....


Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Thursday, 7 May 2020

Keajaiban Membaca Yassin 7 Mubin


Salam.Sejahtera 

Harini sempena hari Khamis yang berakah ini Hana nak kongsi satu amalan yang sangat lah bagus. Iaitu amalan membaca YASIN 7 MUBIN.. 

Yasin 7 mubin ni basically kita baca surah yasin macam biasa.. Cuma bila jumpa perkataan “MUBIN” kita stop dan berdoa.. Mubin tu bermaksud yang “NYATA”..

In Sya Allah kita akan jumpa betapa banyaknya magik yang akan jadi dalam hidup kita... 

Cara nak baca Yassin 7 Mubin ni ialah dengan cara 


  1. Mulakan dengan mengucap, istighfar, selawat (7 kali) dan sedekahkan surah Al Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).


Selain tu, antara manfaat lain membaca Yassin 7 Mubin ialah,

💕 Menyelamatkan diri daripada dizalimi

💕Mengelakkan daripada gangguan jin

💕Dibaca kepada pesakit yang sedang sakit tenat

💕Mencari barang yang hilang

💕Menjemput rezeki dan melariskan jualan

💕Mendapat segala hajat yang dipohon dengan izin Allah

Pada Hana kalau nak mudah, cari sahaja buku yasin 7 mubin macam ni.. Ada dekat kedai-kedai buku agama dan pakaian umrah. Boleh juga install melalui telefon

Ataupun korang boleh je baca dari al quran biasa, then tandakan tau.

Sekian perkongsian dari Hana untuk hari ini.

Semoga memberi manfaat kepada semua dan dijauhi kita dari Wabak Covid-19.. Semoga Malaysia kembali sihat seperti sedia kala.,, 

Wednesday, 6 May 2020

Shaklee Terengganu Ready Stock 0195434395



Sedar tak sedar sudah hampir 8 tahun dah saya terlibat dalam bisness supplimen Shaklee. Bermula dengan nakkan kesihatan diri terbaik semasa hamil sehingga la jadikan ia sebagai bisness kesukaan saya




Saya pengedar Shaklee Terengganu dan  kawasan yang saya fokus adalah Paka Dungun dan Kerteh. Ini adalah kawasan yang ramai permintaan pengguna vitamin. Kebiasaan pengemar vitamin mahu COD  terus ke rumah vitamin keperluan mereka. 

Setelah menyertai Shaklee selama 8 tahun, permintaan peminat vitamin sangat ramai. Boleh dikatakan kebanyakan pelanggan saya yang mendapat vitamin dan telah merasai keberkesanan vitamin seterusnya akan berminat menyertai keluarga Shaklee untuk mendapatkan lagi banyak kelebihan.

Shaklee Terengganu Ready Stok



 
Bermula dengan dengan stok makan sendiri. Tetapi hari ini saya dah boleh adakan stok vitamin mengikut permintaan yang tinggi.

Ada 3 cara mudah untuk anda dapatkan keperluan atau info berkaitan vitamin shaklee


  1. Anda boleh menghubungi saya melalui Page saya


2. Boleh terus wassap saya terus  di link ini.


3. Untuk lebih tahu info vitamin seterusnya nak membeli dengan harga jimat boleh klik sini


Antara permintaan untuk vitamin yang sering permintaan yang paling ramai adalah seperti berikut:

Res V
Esp
Vitamin C
 Gla Complex
Alfalfa
Lecithin
Omega Guard
Ostermatrix
Bcomplex
Performance Drink
Herbalax
Pepermint Ginger
Krim Herbal

Alhamdulillah, semua stok ini sentiasa ada untuk penuhi permintaan anda . 

Kepada yang mencari Shaklee Terengganu Ready Stock boleh la terus hubungi saya
Insya Allah saya akan bantu mengikut keperluan anda 

Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe



Tuesday, 5 May 2020

Menjemput Rezeki Dengan. Surah Al Fatihah



Teknik menjemput rezeki ada banyak . Salah satunya ada dengan melazimikan membaca surah Al Fatihah.

Surah Al Fatihah sengaja dipilihbkerana kita semua sudah menhafalnya dan boleh diamalkan serta merta

Pilihlah mengikut kemampuan yang kita ada . Lain orang lain kesibukannya .Jadi terdapat beberapa kaedah agar kita boleh memilih dan beramal dengan mana-mana kaedah yang berkenan dihati

Kaedah 1.
  • Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh . Baca surah Al Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut . Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al Fatihah.
Kaedah 2
  • Masa membacanya selepas selesai setiap solat 5 waktu . Baca sebanyak 7 kali
Kaedah 3
  • Masa membacanya di tengah malam ( semasa bangun untuk solat tahajjud ).Bacalah sebanyak 41 kali
Kaedah 4
  • Pilihlah mana -mana waktu yang sesuai . Kemudian baca surah Al Fatihah sebanyak 313 kali . Bacalah selama 3 , 5 dan 7 hari . Membava Al Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wudhu'


Jika anda mampu bersabar dengan surah AlFatihah, hatimu di dunia milik Allah. Biarkan semua orang berada di tanganmu. Letakkan Allah dihatimu. 



Ketika kita membaca surah Alfatihah & minda kita mengeluarkan maksud surah AlFatihah itu tanpa berfikir bermakna Allah tengah jawab on the spot apa yang kita mahu 


Maksud surah Al Fatihah 

➡️ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 ➡️Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam

➡️ Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangM


➡️ Yang Menguasai Hari Pembalasan


➡️ Hanya KepadaMU Kami Menyembah & Memohon Pertolongan

➡️Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus Iaitu Jalan Orang² Yang KAU Kurniakan Nikmat Kepada Mereka.

➡️Dan Bukan Pula Jalan Mereka Yang Sesat.


Alhamdulillah .. Sedikit tips untuk anda.. Moga beri manfaat untun kita semua...

Kata - kata orang hebat....

" Buat apa yang Allah suka dan Allah akan beri apa yang kita suka "



Monday, 4 May 2020

Omega Pembakar Lemak




Omega juga sering dikaitakan dengan EPA dan DHA  dan bantu membakar lemak  juga tau.

Omega bertindak untuk memecahkan lemak jadi molekul kecil. Contoh makan makanan berlemak dan lelemak masuk dalam perut. Asid dalam perut boleh uraikan lemak tapi kalau makan fast food @ jajan asid perut tak boleh uraikan lemak

Sebab apa kena pecahkan lemak ? Sebab senang nak membuang. Bila lemak besar susah nak keluar maka tersangkut lah lemak dalam badan sama ada menyorok kat daging atau salur darah 😰



 Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? 

Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam.

 Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:
Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak
Ia juga berfungsi:


  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  •  memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.

Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. 

Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.


Testimoni Omega Guard Pembakar Lemak







Ok... Jom amal terus setiap hari ...
Yang berhajat nak kurus cubalah Omega Guard Shaklee. Berhajat sebotol boleh la hubungi saya..

Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe



Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI