Marhaban ya Ramadhan..Ramadhan datang lagi . Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk tambah amal kita sepanjang Bulan Ramadhan
Ingat.. Ramadhan..adalah Bulan Alquran..imam nawawi rahimahullah..beliau adalah seorang pengarang Kitab Yang masyhur..apabila datang Bulan Ramadhan..beliau meletakkan kitab2nya ketepi Dan mengatakan " ini adalah bulan Alquran "..beliau banyak menumpukan Bulan Ramadhan dengan Alquran.
Tapi sebelum ketahui tips khatam dengan mudah. . Apa kata kita tengok sikit panduan yang boleh kita amalkan
1. Cari Alquran Yang akan Kita gunakan dari
Sekarang..lebih mudah..Cari sekali tafsir
Alquran..kerana tafsir membolehkan kita
tetap membaca Alquran dalam keadaan
tidak ada whuduk ..siapkan sekali
penanda bacaannya khas sekali
3. Cuba fikirkan apakah punca kita gagal
Khatam Alquran pada Ramadhan tahun- tahun lepas, cuba perbaiki..renungkan..
4. Set masa yang sesuai dari sekarang.Dan
Istiqamahkan masa- masa yang dipilih tadi
sebagai masa yang khusus untuk baca
Alquran..
5. Harus Ada rasa perasaan rugi andai kita
tidak dapat menghatamkan Alquran , disaat
orang lain berlumba- berlumba mengkhatam sebanyak- banyaknya..Kita nak tunggu bila. lagi untuk memulakan semua ini..
6 .Berdoalah dan berazam lah, semoga Allah bagi Kita kekuatan, semangat, Iman, Dan Azam
Yang betul2 kuat untuk Kita melaksanakan
nya Dan berserah kepadaNya. InsyaAllah.
Kita siap berperang melawan Hawa nafsu
Kita.. Aaamiin ya rabbal A'lamiin
Tips bagaimana nak khatamkan Alquran dibulan Ramadhan ini..
Tips yang akan dikongsikan ini amat mudah dan tidak membebankan. Ianya tidak mustahil untuk dicapai, perlukan disiplin dan keazaman sahaja.
Tipsnya adalah seperti berikut :
1.Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.
2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
3.Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
- 2 muka surat sebelum solat fardh
- 2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.
Nie gambaran yang lebih jelas bagi memudahkan anda nak khatam Al Quran dibulan Ramadhan ini
Mulakan lah terus dari malam ini.
" Seandainya kita memang tidak punya waktu mengkhatamkan seluruh Alquran dalam Bulan Ramadhan, sekurang2nya jadilah Kita orang Yang pernah menghatamkan Kan Alquran Yang Kita baca dalam Bulan Ramadhan." Disitulah kenikmatan Yang Tak terhingga..
0 comments:
Post a Comment