Salam Sejahtera
Alhamdulillah saya rasa bahagia dan bersyukur hari. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat mu hari nie. Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Nie antara kata-kata yang selalu saya tulis dalam buku jurnal kesyukuran saya setiap hari..Alhamdulillah satu ilmu yang saya dapat, yang sangat besar faedahnya untuk kehidupan
Ramai ketahui untuk kita berjaya kita kena berusaha baru la kejayaan tu dapat kita kecapi. Cikgu sekolah pun selalu pesan mesti berusaha bersungguh - sungguh ya
Kalau kita faham konsep berusaha tu macam mana tentu kita rasa mudahnya nak berjaya. Contoh nak berjaya bisnes mesti pandai segala strategi marketing baru kita boleh berjaya..
Maka kita pun bersemangat la nak tambah macam-macam ilmu marketing. Tetapi perasan tak kadang bila kita cuba lakukan hasilnya tak nampak pun. Lalu kita pun tak bersemangat la nak berusaha sampai berjaya
Tapi kalau kita faham satu ilmu nie pasti kita akan rasa mudahnya nak berjaya.. Apa dia tu??? Nie nak cerita nie....Ya Allah punya la panjang mukadimah nie baru nak masuk tajuk...Ilmunya ialah Tips Marketing Dengan Allah
Maksudnya kita bina hubung dengan Yang Maha Mencipta dulu. Baru la apa yang kita nak dalam hidup dipermudahkan
Kata- kata dari seorang Ustaz.." Kita buat apa yang Allah suka . Allah akan beri apa yang kita suka"
Tips Marketing Dengan Allah
1. Beristiqfar kepada Allah
Ini tips paling mudah. Istiqfar adalah memohon keampunan kepada Allah.
Dalam Surah Nuh ayat 10-12 ada menyebut " maka aku berkata kepada mereka , Mohonlah keampuanan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia Maha Pengampun
"Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat daripada langit kepadamu"
"Dan Dia memberikan harta dan anak - anak yang banyak dan adakan kebun - kebun serta sungai -sungai untukmu
Ini boleh dikatakan juga tips jemput rezeki tanpa usaha
2. Bersedekah
Nie juga tips mudah tapi tak semua orang boleh lakukan.
Janji Allah barang siapa bersedekah akan aku ganti dengan nikmat yang lebih lagi
Sifir manusia 1-1=0 tetapi sifir Allah sangat hebat 1-1=10 Allah ganti
Pesan pada diri kita dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang .Maka berkongsi lah
3.Bersilatulrahim
Membina hubungan dengan semua manusia "Hablun Minannas"
Sentiasa berbuat kebaikan dengan keluarga, mak ayah, guru - guru kawan- kawan dan semua orang
Memaafkan semua orang atas segala kesilapan. Ini lebih baik dan perlu kita amalkan sebelum kita tidur
4.Solat Malam
Iaitu kita bangun ditengah malam untuk kita bermunajat dengan Allah. Mengerjakan solat tahajut, solat taubat dan jugak solat sunat yang lain.
Disaat orang lain sedang tidur lena kita ambil peluang untuk tambah ibadah. Allah beri fadhilat besar pada yang mengamalkannya
5.Solat Dhuha
Ini untuk kita menzahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah. Untuk dapat perhatian dari Allah
Semua anggota badan kita adalah pinjaman. Jadi kita sedekahkan anggota badan kita dengan mengerjakan solat Dhuha.
Boleh diamalkan 2,4 @6 rakaat setiap hari Insya Allah ada kelebihannya .
Lazimi membaca surah Dhuha dalam solat. Surah motivasi untuk kita lagi bersyukutlr pada Allah
6.Membaca Al Quran
Tips yang terakhir yang paling hebat iaitu melatih diri kita untuk sentiasa membaca kitab mukjizat yang terhebat dari Allah
Untuk kita nakkan kekayaan mesti selalu baca AlQuran untuk kita dapat kekuatan jiwa yang luar biasa.
Insya Allah jika diamalkan pembacaan dimalam hari Insya Allah segala urusan kita disiang hari akan dipermudahkan
Alhamdulillah syukur dapat jugak saya kongsikan Tips Marketing Dengan Allah pada korang
Tak kita la apa pun yang kita nak capai dalam hidup ini tapi mesti jadikan Allah sebagai partner kita yang paling rapat sekali.
Bisnes dengan Allah dahulu sebab urus niaga Allah sentiasa terbuka
Semoga bermanfaat untuk semua ....
0 comments:
Post a Comment