CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 27 April 2020

Resepi Serunding Ikan Mudah Dan Sedap

Salam Sejahtera

Ramadhan dah tiba dah nie, mula la macam-macam makanan yang terimbas difikiran

Salah satunya serunding la. Suka sangat makan serunding . Ingat pernah gotong royong buat serunding dengan mak.. Sedap..

Serunding nie ada 3 versi. Ada serunding daging, ayam dan ikan. Dalam 3 versi tu serunding ikan la paling mudah nak buat

Korang nak tahu tak camna nak masak serunding ikan nie...Jom hana tunjuk cara paling mudah



Resepi Serunding Ikan Mudah dan Sedap


Bahan- bahan utama

1. Ikan kembung 3kg (kukus dan buangkan tulangnya)



2.Bahan- bahan untuk dikisar

  • Bawang merah kecil 12 biji 
  • Bawang putih 7-8 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia 2 inci
  • Kunyit 2 inci
  • Lengkuas 2inci
  • Serai 4 btg
  • Cili kering 20 biji

3. Bahan - bahan tambahan
  •   Asam keping 2pc
  • Santan 1 biji kelapa (ambil yg pekat sahaja)
  • Gula melaka / garam secukup rasa

Cara- cara memasak

1.Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau


2.Letak ikan yang telah di buang tulang.



3.Letak santan, asam keping dan gula garam secukup rasa . Untuk lebih sedap boleh guna gula melaka yang bulat tu...jika ada la..kalau tak ada gula biasa pun boleh.




4. Masak sehingga kering. Saya masak selama 2jam bagi kering dengan api kecil


5. Bila dah cukup kering begini  . Inilah kejadiannya. Cantik dan sedap kan  Bolehlah masukkan dalam bekas yang kedap udara untuk disimpan  dan dimakan bila-bila masa.


 Selamat mencuba......mudah sangat nak masak resepi serunding ikan

Reactions:

0 comments:

Post a comment