Alhamdulillah .. Hari nie ubah selera la sikit. Asyik nasi ja....so kita tukar menu kenegerian pulak la
Minggu lepas bila team Enermax pakat share menu laksa Johor ... Perghhhh sedapnya...
Mudahnya masak laksa Johor nie rupanya.. Tengok kawan - kawan update nampak mudah.. Kena cuba nie
Hana sudah 5 tahun lebih bekerja di Johor tapi tak pernah nak masak laksa Johor...kalau makan suka sangat..sejak kerja kat johor la cuba makan....emmmm sedap nya laksa nie...
Sebelum nie tahu makam sahaja...sekali terjebak terus rasa nak makan lagi.. Now kita godek masak sendiri la
Alhamdulillah maka hari ini terjadi la Menu Laksa Johor yang mudah sangat.
Jom hana share apa yang mudahnya masak laksa Johor nie. Kita mula dengan Bahan- badan dulu..
Resepi Laksa Johor
Permulaan untuk laksanya , korang boleh guna speggeti . Rebus macam biasa
Permulaan untuk laksanya , korang boleh guna speggeti . Rebus macam biasa
Bahan -bahan untuk kuahnya
1. Satu tin ikan sardin@ nak lagi sedap boleh guna ikan tenggiri ka..hana guna apa yang ada ja...
2. Serbuk kari ikan...apa brand pun boleh. Hana guna brand Adabi ja
3. 2 sudu besar Cili yang dah di blend halus
4. 1 kotak santan . Nak guna separuh pun boleh ikut kepekatan yg korang nak
5. Sedikit udang kering
6 Asam jawa, gula, garam dan kerisik
7. Bawang putih, bawang merah dan halia di kisar halus
Ok..bab bahan dan settel dah..now kita terus kepada Cara Nak Masak pulak
1. Mula korang asing kan dulu isi ikan sardin dengan kuahnya..
2. Rendam pulak udang kering pastu korang tumbuk @ dikisar dengan isi ikan sardin tadi
3. Masukkan sedikit minyak dan bahan menumis yang telah di kisar tadi
4. Seterusnya..bila naik bau..masukkan rempah kari ikan dan 2 sudu besar cili yg dikisar.. Dan juga kuah ikan sardin tadi
5. Bila sebati baru la korang masukkan isi ikan yang dah dikisar bersama udang kering dan kerisik
6. Untuk yang terakhir boleh la masukkan santan , sedikit gula dan garam untuk tambah sedapkan lagi..
Ok selesai.... Tunggu ja masak sikit lagi. Lepas tu boleh hidang makan
Makan laksa nie ada jugak hiasan penyerinya. .korang boleh sediakan hirisan bawang besar, potongan limau kasturi dan sambal cili untuk sedapkan lagi.
Alhamdulillah ..terubat jugak rindu kat menu negeri Johor
Selamat mencuba ya semua.
Alhamdulillah ..terubat jugak rindu kat menu negeri Johor
Selamat mencuba ya semua.
0 comments:
Post a Comment