Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Rasanya ramai yang sedia maklum akan kelebihan menunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha sering dikaitkan dengan amalan untuk mendapat rezeki yang luas.
Ia dipanggil solat Dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja.
Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari.
Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor.
Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, bagaimana cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha?
Di sini kami kongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan anda.
Jom Solat Dhuha Setiap Hari!!!!
Jom Solat Dhuha Setiap Hari!!!!
Kelebihan Solat Dhuha
Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki.
Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah-ruah serta hati yang tenang.
Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti:dikurniakan kesihatan tubuh badan.
- Rezeki yang mencukupi serta berkat.
- Anak-anak yang soleh dan solehah.
- Dapat mengerjakan ibadat umum dan ibadat khusus.
- Dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang Muslim.
Selain itu, dengan mengamalkan solat Dhuha juga, seseorang itu akan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.
Kita disarankan untuk mengamalkan solat sunat ini dalam kehidupan seharian kita. Pada awalnya mungkin anda berasa berat untuk melakukannya.
Tetapi apabila ianya menjadi sebahagian dari rutin harian, anda pasti berasa nikmat dan seronok mengerjakannya.
Semoga panduan ini dapat menjadi titik perubahan dalam kehidupan anda sebagai seorang Muslim. Selamat beramal!
Semoga panduan ini dapat menjadi titik perubahan dalam kehidupan anda sebagai seorang Muslim. Selamat beramal!
0 comments:
Post a Comment