Hari ini kita sudah nak memasuki hari ke- 4 untuk fasa baru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Cuba kita renung balik, apa yang sudah kila buat sepanjang PKP fasa 1 dan. 2?
Jika banyak makan, tidur dan makan, tidur lagi... apa kata pada fasa ke-3 PKP ini kita buat aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat buat kita sekeluarga.
Cuba kita renung balik, apa yang sudah kila buat sepanjang PKP fasa 1 dan. 2?
Jika banyak makan, tidur dan makan, tidur lagi... apa kata pada fasa ke-3 PKP ini kita buat aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat buat kita sekeluarga.
Ketua keluarga iaitu bapa harus memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Jika tiada penglibatan ibu dan ayah, perkara ini agak sukar dilakukan.
Jom, kita cuba sama-sama semoga kita beroleh ketenangan dan meningkatkan kesabaran
1.AKTIVITI IBADAH
- Solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga
- Tadarus al-Quran
- Puasa sunat (Isnin dan Khamis)
- 1 hari 1 hadis
@Bercerita sejarah nabi (Israk Mikraj)
- Menghafal al-Quran ayat-ayat lazim
- Doa, zikir dan membaca al-Mathurat
- Tazkirah di rumah
- Azan di rumah
2. AKTIVITI ILMU
- Membaca buku
- Kelas tambahan di rumah
- Semak prestasi sekolah anak
- Menyiapkan assignment, proposal, tesis, kertas projek atau kerja-kerja akademik tertangguh
- Usrah di rumah (Halaqah Ilmu)
- Ikuti kuliah ilmu di Youtube
Banyak yang boleh kita lakukan bersama keluarga dalam tempoh ini. Kalau sebelum ini fokus kita pada kerjaya. Nie la masa terbaik untuk kita bina hubungan lagi erat dengan keluarga kita

3. AKTIVITI SANTAI
- Sukan dalaman (indoor)
- Senaman ringan
- Mencuba pelbagai masakan baharu
- Gotong-royong membersihkan rumah
- Basuh kereta bersama
- Bermain di halaman rumah
- Lipat kain bersama-sama
Seronok taw kalau beraktiviti santai bersama anak-anak..Semangat nak membantu tu kita boleh pupuk masa nie lah. Lagi meriah suasana rumah bila anak-anak kekal aktif
4. AKTIVITI MUNAJAT
- Banyakkan istighfar
- Banyakkan solat sunat (solat hajat, solat tahajud, solat taubat, solat dhuha)
- Muhasabah diri
- Beriltizam menjadi muslim yang bertakwa
- Menjauhi perbuatan maksiat
- Nasihat-menasihati sesama Muslim
- Semak sesuatu info sebelum sebar di media sosial
- Banyakkan berdoa kepada Allah
Walaupun kita diperintahkan untuk hanya berada dirumah dan lakukan aktiviti yang pelbagai.Jangan pulak kita abaikan penjagaan kebersihahan dan kesihatan diri kita dan seluruh ahli keluarga kita
Bantu seluruh ahli keluarga kekal sihat dengan pengambilan makanan yang sihat serta Vitamin sokongan bagi langkah pencegahan yang lebih tinggi bagi mengelak sebarang risiko.

Semoga apa yang dikongsikan ini beri manfaat untuk semua. Bersabar la dengan ujian ini.
Sesungguhnya segala ujian ini datangnya dari Allah ..Dan Allah sebaik - baik tempat kita memohon pertolongan.
0 comments:
Post a Comment