CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 22 March 2020

VITAMIN C SEBAGAI ANTI OKSIDAN DALAM MELAWAN JANGKITAN KUMAN


Salam Sejahtera..




 Prof Dr Linus Pauling telah mendapati vitamin C adalah sangat kritikal untuk kesihatan dan bertindak sebagai anti oksidan dengan ia melindungi protin dan lemak daripada kerosakan radikal bebas yang berkaitan dengan jangkitan kuman, senaman dan stres yang akan merosakkan sel-sel tubuh kita . 

Kajian  menunjukkan vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dengan mengawal stres oksidatif dan meningkatkan jangka hayat sel-sel imun tubuh kita dan mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh akibat jangkitan kuman.

Di sinilah kelebihan vitamin C dalam membantu tubuh kita melawan kesan jangkitan kuman seperti virus. 




Kerosakan akibat serangan radikal bebas ini berlaku dalam paru-paru pesakit yang di jangkiti virus Covid 19 ini yang menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘ribut sitokin’ (cytokine storm) yang akan menyebabkan kesan kegagalan fungsi paru-paru di panggil ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome). 

Di sini lah kenapa didapati pesakit kritikal dan serius di ICU akibat jangkitan kuman Covid 19 pulih selepas di berikan vitamin C dalam dos yang tinggi. Kajian telah dijalankan oleh doktor-doktor dan penyelidik di China dan laporan kejayaan merawat pesakit Covid 19 ini sedang di buat dengan penggunaan dos sehingga 10,000mg ke 20,000mg sehari.

Hasil rawatan dengan vitamin C ini telah memberikan kesan positif dan inilah bukti yang tidak boleh disangkal lagi kelebihan menggunakan vitamin C dalam dos tinggi ini. 

Yang menariknya, tiada apa-apa kesan sampingan merbahaya berlaku kepada pesakit yang mengambil rawatan ini dan tiada laporan kerosakan organ seperti buah pinggang yang terjadi. 

Apa yang menariknya, kajian  menunjukkan paras vitamin C dalam darah dan sel-sel darah putih akan turun dengan sangat cepat semasa seseorang mengalami jangkitan kuman ini.  

Oleh kerana itu, pengambilan suplemen vitamin C semasa mengalami jangkitan kuman adalah satu kaedah yang efektif untuk melawan jangkitan tersebut kerana ia membantu meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh kita. 

Kajian ini di laporkan dalam   jurnal perubatan The Journal of Cellular Biochemistry pada tahun 2004     

Reactions:

0 comments:

Post a comment