Semalam, kawan saya kata setiap pagi dia mulakan hari dia dengan bersedekah.
Lalu saya tanya, “kau hantar duit ke surau ke apa?”
Beliau jawab, “sedekah senyum dekat isteri.” Antara murahnya rezeki sang suami untuk keluar rumah mencari hasil buat keluarga, masyarakat dan semuanya adalah berbuat baik dengan pasangan masing-masing bermula awal pagi.
Jika si dia dah siapkan sarapan, duduk dan makan. Jika tak sempat, tak apa, makanlah di luar dan berilah senyum paling manis kita ada. Dia kena uruskan berbagai hal di rumah, senyuman kita itu boleh jadi pengubat segalanya.
Kawan-kawan, pagi-pagi nak marah tak jumpa seluar, rumah bersepah mainan anak dan sebagainya akan jauhkan rezeki-rezeki.
Sabar dan tegurlah dengan senyuman dan kasih sayang.
Hikmah dan kebaikan bersedekah..
Ramai yg tidak sedar berkah yg kita perolehi dari amalan bersedekah dengan penuh keikhlasan. Keikhlasan itu memberikan suatu kepuasan tidak mampu di ungkapkan. Hikmah bersedekah mempunyai banyak kenikmatan dan kelebihan. Untuk mengungkap di antara hikmah dan nikmat itu, perlukan sebuah perasaan yang dikaitkan dengan erti bersyukur. Itulah nikmat sebenar yang di rasai sebagaiman dengan nikmatnya memberi.
Hikmah bersedekah:-
🌷mendapat pahala yang besar
🌷menjadi benteng api neraka
🌷mendapat doa dan kebaikan drpada malaikat
🌷menghapuskan sifat bakhil
🌷pahala sedekah sampai kepada si mati
🌷menyemaikan sifat kasih sayang antara satu sama lain..
Fadhilat sedekah:-
💛di panjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk.
Sabda Rasullullah S.A.W
"Sesungguhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."
(Hadis Riwayat Tabrani)
💚Mengelakkan bala
Sabda Nabi S.A.W
"Segeralah kamu bersedekah,kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah."(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
💜Menghapuskan kesalahan2 dan dosa.
"Jika kamu menampakkan sedekah(kamu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir,maka menyembunyikan itu lebih baik dari sebahagian kesalahan2mu dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah:271)
Rasullullah pun bersabda.
"Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api"
(Riwayat Ahmad at Tirmidzi dan selainnya)
Bersedekah secara fiziknya menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yg kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita tidak berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat.
Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain,itulah "KEKAYAAN" yang sebenar benarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan hukun tarikan (Law of Attraction)
Dengan bersedekah juga sebenarnya kita melepaskan tenaga positif ke alam semesta yang akan menarik perkara positif terjadi dalam hidup kita. Mungkin antara kita tidak perasan betapa hebatnya sedekah terhadap kehidupan kita.
Jangan tunggu sampai kaya baru bersedekah,
Bersedekahlah dahulu dan yakinlah Allah akan memperkayakan kita...
Semoga bermanfaat untuk semua

0 comments:
Post a Comment