Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 2 November 2019

Derita 20 Tahun Kerana Gout Kini Sembuh

Salam.Sejahtera


Jom mula cerita.... 

"Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba di sana bersama kakak saya.

Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kakinya amat sakit. Nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”

Astaghfirullah! Susahnya hati saya masa itu. Terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta. Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi Pill Killer.

Sehingga kini umur saya 30 tahun, Ayah masih makan pill killer setiap kali Gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula. Gout kerap bertandang. Sekarang makin teruk. Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu. Naik seram saya tengok. Dalam hati, bilakah semua ini akan berakhir?

Saya simpati ayah jalan henjut-henjut. Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir. Saya menangis di belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit di atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.

Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha. Ustaz masa sekolah cakap, Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA. Tetapi itu sahaja yang saya mampu. Saya sedih.

Suatu hari, tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan. Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali. Wahh menarik!! Teruja saya nak berikan kepada ayah saya.

Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Tiba waktu makan, saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALFAFA?”

Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat. Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini. Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.

Suatu hari yang cerah, Ayah baru pulang dari checkup di hospital. Wajahnya girang dan berseri. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


“Kertas apa ni?” Masyallah!! Terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!! Ya Allah..bergenang air mata saya.

“Dah 20 tahun Ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah.

Dah setahun ayah bersama Shaklee. Saya asyik intai je kakinya. Tiada lagi bengkak. Tiada jalan hinjut-hinjut. Tiada nanah besar-besar.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan. Terima kasih Allah" - Puan Siera Haiyi




Cerita Sedekah Di Pagi Hari



Semalam, kawan saya kata setiap pagi dia mulakan hari dia dengan bersedekah. 

Lalu saya tanya, “kau hantar duit ke surau ke apa?”

Beliau jawab, “sedekah senyum dekat isteri.” Antara murahnya rezeki sang suami untuk keluar rumah mencari hasil buat keluarga, masyarakat dan semuanya adalah berbuat baik dengan pasangan masing-masing bermula awal pagi. 

Jika si dia dah siapkan sarapan, duduk dan makan. Jika tak sempat, tak apa, makanlah di luar dan berilah senyum paling manis kita ada. Dia kena uruskan berbagai hal di rumah, senyuman kita itu boleh jadi pengubat segalanya. 

Kawan-kawan, pagi-pagi nak marah tak jumpa seluar, rumah bersepah mainan anak dan sebagainya akan jauhkan rezeki-rezeki. 

Sabar dan tegurlah dengan senyuman dan kasih sayang. 

Hikmah dan kebaikan bersedekah..

Ramai yg tidak sedar berkah yg kita perolehi dari amalan bersedekah dengan penuh keikhlasan. Keikhlasan itu memberikan suatu kepuasan tidak mampu di ungkapkan. Hikmah bersedekah mempunyai banyak kenikmatan dan kelebihan. Untuk mengungkap di antara hikmah dan nikmat itu, perlukan sebuah perasaan yang dikaitkan dengan erti bersyukur. Itulah nikmat sebenar yang di rasai sebagaiman dengan nikmatnya memberi.
Hikmah bersedekah:-
🌷mendapat pahala yang besar
🌷menjadi benteng api neraka
🌷mendapat doa dan kebaikan drpada malaikat
🌷menghapuskan sifat bakhil
🌷pahala sedekah sampai kepada si mati
🌷menyemaikan sifat kasih sayang antara satu sama lain..

Fadhilat sedekah:-

💛di panjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk.
Sabda Rasullullah S.A.W
"Sesungguhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."
(Hadis Riwayat Tabrani)

💚Mengelakkan bala
Sabda Nabi S.A.W
"Segeralah kamu bersedekah,kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah."(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

💜Menghapuskan kesalahan2 dan dosa.
"Jika kamu menampakkan sedekah(kamu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir,maka menyembunyikan itu lebih baik dari sebahagian kesalahan2mu dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah:271)

Rasullullah pun bersabda.

"Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api"
(Riwayat Ahmad at Tirmidzi dan selainnya)

Bersedekah secara fiziknya menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yg kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita tidak berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. 

Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain,itulah "KEKAYAAN" yang sebenar benarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan hukun tarikan (Law of Attraction)

Dengan bersedekah juga sebenarnya kita melepaskan tenaga positif ke alam semesta yang akan menarik perkara positif terjadi dalam hidup kita. Mungkin antara kita tidak perasan betapa hebatnya sedekah terhadap kehidupan kita.

Jangan tunggu sampai kaya baru bersedekah,
Bersedekahlah dahulu dan yakinlah Allah akan memperkayakan kita...

Semoga bermanfaat untuk semua