Seronoknya bila dapat tahu diri tu hamil . Tak sabar nak tunggu kelahiran. Tapi banyak cabaran yang ibu hamil lalui dari bulan pertama hingga ke 9 bulan.
Ingat masa pertama kali hamil anak. Walaupun dah dibekalkan ubatan dari rutin pemeriksaan klinik untuk kepeeluan kehamilan. Tetap rasa tak cukup untuk keperluan kandungan iaitu nutrisi yang penting sepanjang proses kehamilan.
Bila seorang wanita telah disahkan hamil, jagalah pemakanan yang perlu diambil. Perhatikan dan fikir sebelum memasukkan setiap makan ke dalam mulut.
Ambil tahu apa nutrisi yang diperlukan ketika hamil dan makanan bagaimana yang memberikan nutrisi tersebut. Ini penting untuk memastikan ibu dan anak dalam rahim kekal sihat sepanjang kehamilan.
Antara nutrisi yang diperlukan :
1. Asid folik
2. Kalsium
3. Zat besi
4. Iodin
5. Zink
6. Vitamin C
Carilah makanan yang membekalkan nutrisi ini, terutamanya sayur-sayuran yang berwarna. Jika sukar, carilah suplemen jenama yang sesuai.
0 comments:
Post a Comment