Salam Sejahtera
Anemia merupakan sejenis penyakit yang berkaitan tentang darah. Ianya terjadi apabila kepekatan hemoglobin(hb) di dalam darah adalah di bawah paras normal mengikut jantina dan usia.
Hemoglobin merupakan sejenis pigmen yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsi sel darah merah ialah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tisu-tisu di semua bahagian tubuh badan.
Zat besi merupakan sumber utama yang penting dalam hemoglobin. Jika kuantiti zat besi adalah abnormal atau kurang dari tahap yang normal yang sepatutnya, dari situlah boleh terjadinya anemia. Selain daripada itu juga terdapat punca anemia yang disebabkan penyakit keturunan.
Penghidap anemia kebiasaannya akan mengalami simptom2 seperti:
- Mudah letih
- Sukar untuk melakukan aktiviti yang berat
- Nafas pendek
- Pening, pitam
- Tiada nafsu makan
- Muka pucat
Punca Berlakunya Anemia:
• Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.
• Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik. Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti anemia sel sabit dan anemia hemolitik. iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran.
• Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia. Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.
• Ketidakstabilan enzim G6PD boleh menyebabkan terjadinya penyakit anemia sekiranya pesakit terdedah kepada ubat gegat dan memakan kacang parang lalu menyebabkan sel darah merah pecah lalu terjadinya anemia.
Jika anda ada simptom2 penyakit anemia, cegah segera sebelum ianya menjadi parah. Jangan memandang remeh tentang anemia kerana ia boleh menyebabkan MAUT.
Salah satu cara untuk mencegah anemia adalah dengan membanyakkan pengambilan makanan berasaskan zat besi seperti makanan laut, hati ayam/lembu, kekacang dan sayuran hijau. Kita disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi vitamin C bersama-sama kerana ia boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Shaklee juga turut menawarkan produk yang kaya dengan zat besi iaitu Vita-Lea Iron Formula. Pengambilan 2 biji sehari secara konsisten mampu membekalkan zat besi yang cukup untuk tubuh kita.
p/s: Ingat yer...zat besi tidak boleh dibina oleh tubuh dan mesti diserap daripada apa yang kita makan
~Sharing is Caring~ :)
0 comments:
Post a Comment