Wednesday, 13 March 2019

7 Kehebatan Zikir Ya Wahhab


Salam Sejahtera



Kehidupan manusia tidak boleh lari dari salah dan silap, duka dan lara. Di saat jiwa kita lost, siapa tempat bergantung harap yang paling utama? Tidak lain selain Allah, Maha Pencipta segala makhluk. Bukan ibu-bapa, pasangan, keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga yang paling memahami hati kita tapi Allah Yang Satu.

Bukan di saat kita berduka dan ditimpa musibah sahaja kita perlu ingat pada-Nya tapi setiap saat. Cara yang terbaik untuk ingat kepada Allah adalah dengan cara berzikir memuji-Nya.

Saya ingatkan diri saya dan anda semua dengan 7 Kehebatan Zikir Al-Wahhab ini.

Maksudnya:

AL-WAHHAB, Yang Maha Memberi.

1. Menjadi Kaya & Terkenal

Ulasan: Jangan pandang serong pada permintaan untuk menjadi kaya dan terkenal. Para sahabat Rasulullah dahulu terdiri daripada orang-orang kaya dan terkenal. Dengan harta nama yang mereka miliki, mereka berupaya menarik beribu-ribu pengikut. Dengan harta yang banyak itu jugalah para sahabat berupaya membelanjakannya di jalan Allah.

Amalan:

a) Bacalah Ya Wahhab sebanyak 300 kali setiap hari. Paling afdhal jika ianya dapat dilakukan selepas setiap solat fardhu. InsyaAllah akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.

b) Amalkan solat Dhuha dan bacalah Ya Wahhab sebanyak 41 kali di sujud yang terakhir, insyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Urusan anda akan menjadi mudah. Allah Yang Maha Memberi akan lontarkan rezeki kepada dengan mudah, dengan jalan yang tidak disangka-sangka.

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2. Permintaan Dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insyaAllah permintaannya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

3. Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).

4. Membayar Hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5. Menjauhi Kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Dimakbulkan Doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan. InsyaAllah.

7. Membebaskan Diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. InsyaAllah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama insyaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment