Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 13 February 2019

TIDUR SELEPAS SUBUH ADALAH MAKRUH

Salam Sejahtera



Jangan biasakan diri kita tidur sebaik sahaja selepas solat subuh. Jika mengantuk sekalipun tidurlah selepas habis waktu subuh iaitu selepas syuruk.

Kenapakah sedemikian? Kerana waktu subuh itu adalah waktu yang sangat BERKAH. Sehinggakan Nabi s.a.w mendoakan keberkahan kepada orang yg bangun pagi sebagaimana yg dinyatakan di dalam hadith berkenaan dgn doa baginda:-

"Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Justeru gunakan waktu selepas subuh itu utk berzikir pagi dan membaca Al Quran atau mendatangi majlis2 ilmu.



Tiada larangan yang menjatuhkan hukum tidur selepas subuh itu adalah haram, tapi hadis di atas jelas yang hukum tidur selepas subuh adalah makruh, benda tu boleh dibuat, tapi Allah tidak suka. Sebab waktu selepas subuh ni lah Allah turunkan rezeki, buka kan pintu rezeki. Tapi kalau kita tidur, macam mana kita nak dapat rezeki tu kan. 

Umpamanya, orang kaya yang ada duit berjuta-juta, datang nak bagi sedekah dengan kita, tapi kita pula tutup pintu rumah, jadi macam mana orang kaya tu nak bagi kita, dia pun tak tahu ada orang ka tidak dalam rumah tu. Maka, jadilah kita orang yang rugi

Mesti nenek, mak, pernah pesan, "jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak masuk, nanti rezeki dipatuk ayam, nanti rezeki dipatuk ular" dan macam-macam lagi lah. Tapi tu semua sebenarnya membawa maksud yang sama. Tak kisahlah macam mana perumpamaan yang dipakai, tapi the point is still the same. Benda yang nak disampaikan tu semuanya sama.

Jadi, berbalik kepada isu tidur selepas subuh ni, sebaiknya, selepas saja waktu Subuh, kita terus bangun, buat persediaan untuk menjalani kehidupan untuk hari tersebut. Adalah lebih baik buat solat sunat Dhuha terus. Kadang tabiat orang kita ni, dia memang amalkan solat Dhuha, sebab dia tahu, solat Dhuha ni untuk murah rezeki, tapi dia tidur dulu lepas subuh, lepas tu bangun, barulah buat solat Dhuha. 

Bagi saya sikap macam ni, umpamanya tadi kita tidur, kita tolak rezeki yang Allah nak bagi, sekarang bila kita dah bangun, kita buat solat Dhuha, umpamanya kita nak minta balik rezeki tu. Alamak, malu kan dengan Allah.😬😬

Perkongsian kali ini hanya sebagai peringatan untuk kita semua, masing-masing kita cuba memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Yang penting, jangan pernah putus asa.


0 comments:

Post a Comment