Saturday, 2 November 2019

Derita 20 Tahun Kerana Gout Kini Sembuh

Salam.Sejahtera


Jom mula cerita.... 

"Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba di sana bersama kakak saya.

Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kakinya amat sakit. Nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”

Astaghfirullah! Susahnya hati saya masa itu. Terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta. Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi Pill Killer.

Sehingga kini umur saya 30 tahun, Ayah masih makan pill killer setiap kali Gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula. Gout kerap bertandang. Sekarang makin teruk. Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu. Naik seram saya tengok. Dalam hati, bilakah semua ini akan berakhir?

Saya simpati ayah jalan henjut-henjut. Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir. Saya menangis di belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit di atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.

Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha. Ustaz masa sekolah cakap, Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA. Tetapi itu sahaja yang saya mampu. Saya sedih.

Suatu hari, tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan. Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali. Wahh menarik!! Teruja saya nak berikan kepada ayah saya.

Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Tiba waktu makan, saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALFAFA?”

Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat. Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini. Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.

Suatu hari yang cerah, Ayah baru pulang dari checkup di hospital. Wajahnya girang dan berseri. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


“Kertas apa ni?” Masyallah!! Terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!! Ya Allah..bergenang air mata saya.

“Dah 20 tahun Ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah.

Dah setahun ayah bersama Shaklee. Saya asyik intai je kakinya. Tiada lagi bengkak. Tiada jalan hinjut-hinjut. Tiada nanah besar-besar.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan. Terima kasih Allah" - Puan Siera Haiyi




Cerita Sedekah Di Pagi Hari



Semalam, kawan saya kata setiap pagi dia mulakan hari dia dengan bersedekah. 

Lalu saya tanya, “kau hantar duit ke surau ke apa?”

Beliau jawab, “sedekah senyum dekat isteri.” Antara murahnya rezeki sang suami untuk keluar rumah mencari hasil buat keluarga, masyarakat dan semuanya adalah berbuat baik dengan pasangan masing-masing bermula awal pagi. 

Jika si dia dah siapkan sarapan, duduk dan makan. Jika tak sempat, tak apa, makanlah di luar dan berilah senyum paling manis kita ada. Dia kena uruskan berbagai hal di rumah, senyuman kita itu boleh jadi pengubat segalanya. 

Kawan-kawan, pagi-pagi nak marah tak jumpa seluar, rumah bersepah mainan anak dan sebagainya akan jauhkan rezeki-rezeki. 

Sabar dan tegurlah dengan senyuman dan kasih sayang. 

Hikmah dan kebaikan bersedekah..

Ramai yg tidak sedar berkah yg kita perolehi dari amalan bersedekah dengan penuh keikhlasan. Keikhlasan itu memberikan suatu kepuasan tidak mampu di ungkapkan. Hikmah bersedekah mempunyai banyak kenikmatan dan kelebihan. Untuk mengungkap di antara hikmah dan nikmat itu, perlukan sebuah perasaan yang dikaitkan dengan erti bersyukur. Itulah nikmat sebenar yang di rasai sebagaiman dengan nikmatnya memberi.
Hikmah bersedekah:-
🌷mendapat pahala yang besar
🌷menjadi benteng api neraka
🌷mendapat doa dan kebaikan drpada malaikat
🌷menghapuskan sifat bakhil
🌷pahala sedekah sampai kepada si mati
🌷menyemaikan sifat kasih sayang antara satu sama lain..

Fadhilat sedekah:-

💛di panjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk.
Sabda Rasullullah S.A.W
"Sesungguhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."
(Hadis Riwayat Tabrani)

💚Mengelakkan bala
Sabda Nabi S.A.W
"Segeralah kamu bersedekah,kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah."(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

💜Menghapuskan kesalahan2 dan dosa.
"Jika kamu menampakkan sedekah(kamu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir,maka menyembunyikan itu lebih baik dari sebahagian kesalahan2mu dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah:271)

Rasullullah pun bersabda.

"Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api"
(Riwayat Ahmad at Tirmidzi dan selainnya)

Bersedekah secara fiziknya menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yg kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita tidak berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. 

Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain,itulah "KEKAYAAN" yang sebenar benarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan hukun tarikan (Law of Attraction)

Dengan bersedekah juga sebenarnya kita melepaskan tenaga positif ke alam semesta yang akan menarik perkara positif terjadi dalam hidup kita. Mungkin antara kita tidak perasan betapa hebatnya sedekah terhadap kehidupan kita.

Jangan tunggu sampai kaya baru bersedekah,
Bersedekahlah dahulu dan yakinlah Allah akan memperkayakan kita...

Semoga bermanfaat untuk semua

Saturday, 6 July 2019

Set Kolestrol Shaklee

Salam Sejahtera




Kolestrol yang tinggi berpotensi menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya stroke, sakit jantung, diabetis, dan tekanan darah tinggi.

Kolestrol yang berlebihan dalam aliran darah kebiasaannya akan disimpan di arteri termasuklah salur darah di jantung, pembuluh darah ke otak, dan saluran darah ke kaki.

Set kolestrol shaklee membantu turunkan paras kolestrol dalam badan. cegah sebelum terlambat...

KOLESTROL JAHAT VS KOLESTROL BAIK

Bila kita dapat tahu paras kolestrol kita meningkat...pasti kita cepat2 cari jalan penyelesaian kan...macam2 cara kita buat..lagi2 bila kolestrol diparas agak "bahaya"

Untuk hal yang sebegini...keazaman dan kesabaran yang tinggi adalah perlu untuk mengubah tabiat dan gaya hidup kita yang buruk untuk membebaskan diri daripada KOLESTROL JAHAT..


http://www.hanasihat.com/2019/05/bahaya-kolesterol-tinggi.html?m=1
Salah satu tips mengatasi kolestrol jahat ialah melalui menjaga pemakanan kita..sebab semua pun berpunca daripada pemakanan.. kan?

Kalau "selera besar" dan makanan sedap2 terhidang depan mata..cemanalah mau halang kan..

So, bila kolestrol tinggi..jangan putus asa..selagi hidup selagi tu ada harapan..kita ikhtihar ja..Jom tengok suplimen yang sesuai untuk masalah kolestrol tinggi..






PHYTOCOL - ST
👉 Mengandungi PHYTOSTEROL yang mempunyai struktur sama seperti kolestrol
👉 Diuji secara klinikal mampu kurangkan paras kolestrol

OMEGA-GUARD
👉 Diperkaya dengan minyak ikan
👉 Membantu merendahkan Kolestrol LDL
👉 Memelihara tekanan darah
👉 Membersihkan saluran darah
👉 Membaiki kesihatan kardiovaskular
👉 Mengelakkan masalah darah beku dalam darah

Jadi...bila kolestrol tinggi jgn putus asa...kita ikhtihar...sambil2 tu jom jaga pemakanan harian kita..😘


Testimoni pengguna Set Kolestrol Shaklee





Untuk keterangan lanjut dan ingin mendapatkan produk untuk kesihatan , boleh segera hubungi saya..

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Monday, 17 June 2019

Detoks Sihat Setiap Hari



Salam Sejahtera...

Lamanya tak berceloteh...jom layan sat cerita kita bab detoks sihat setiap hari tu...

Walaupun hari nie bukan makan banyak pun... Tapi misi detoks tetap berjalan macam biasa setiap malam.

Hana kosisten set detoks sebulan  sebelum puasa lagi...sebab memang target nak kurangkan berat badan 10 kg Insya Allah.. Kalau ikut ketinggian 10kg dari berat asal tu dah mcam kurua sangat dah tu..

Tapi target mesti tinggi kan.. Capai separuh pun dah terbaik sangat dah...Alhamdulillah 5 kilo jugak turun baru nie.. Hasil timbang 2 hari sebelum raya..

Yang paling membantu sangat penurunan ada misi detoks la...jenis yang makan tak memilih nie...semua balun semacam...tak boleh nak skip2 dan apa nak makan...tumpng lalu kan..

Bila dah makan lupa diri dah habis , mai malam baru sedaq diri balik...huhuhu.. Apa lagi cari 4 sekawan nie la...

http://www.hanasihat.com/2018/05/detoks.html?m=0

Hana faham..kalau makan banyak tak salah...tapi pastikan apa yang kita makan tu jangan sampai tersimpan kemas sampai seminggu..masa tu korang tengok la sendiri kesan dia.. Badan lemau, perut tak selesa, sakit kepala pun mai la, muka pun mula la naik macam2.. Tu tanda awal ... Tapi kalau sampai bertambah kilo ja...tu dah kes berat.

Bayangkan seminggu sampah kat tong bandaran tak di kutip.. Mau baunya lain macam..risiko kita yang hidu pun akan tak sihat jugak..camtu la sisa makanan yang tersimpan dalam perut@ usus kita.  Tak buang cepat akan jadik toksik... Nie akan effect ke masalah lain nie....

So wajib sekarang nie kita amalkan detoks dalam sehari .tak kisah la camna korang detoks tapi mesti nyahkan sisa-sisa makanan dengan kadar segera..

Hana suka 4 sekawan nie... Sebulan asyik open house pun tetap ok..bangun pagi pun segar ja.. Kulit dulu berjerawat pun dah tak muncul dah.. Nutrien diserat dalam badan pun sihat dan lancar ja

Now baki lagi 5 kilo nak dilesapkan.. Moga dipermudahkan la misi didetoks + mantain berat normal tu..


Tuesday, 28 May 2019

Suplemen Untuk Anak Dalam Rahim Jadi Sihar Dan Bijak

Assalaualaikum



Seronoknya bila dapat tahu diri tu hamil . Tak sabar nak tunggu kelahiran. Tapi banyak cabaran yang ibu hamil lalui dari bulan pertama hingga ke 9 bulan.

Ingat masa pertama kali hamil anak. Walaupun dah dibekalkan ubatan dari rutin pemeriksaan klinik untuk kepeeluan kehamilan. Tetap rasa tak cukup untuk keperluan kandungan iaitu nutrisi yang penting sepanjang proses kehamilan.


Bila seorang wanita telah disahkan hamil, jagalah pemakanan yang perlu diambil. Perhatikan dan fikir sebelum memasukkan setiap makan ke dalam mulut. 

Ambil tahu apa nutrisi yang diperlukan ketika hamil dan makanan bagaimana yang memberikan nutrisi tersebut. Ini penting untuk memastikan ibu dan anak dalam rahim kekal sihat sepanjang kehamilan.

Antara nutrisi yang diperlukan :

1. Asid folik
2. Kalsium
3. Zat besi
4. Iodin
5. Zink
6. Vitamin C

Carilah makanan yang membekalkan nutrisi ini, terutamanya sayur-sayuran yang berwarna. Jika sukar, carilah suplemen jenama yang sesuai.



Sunday, 19 May 2019

Bahaya Kolesterol Tinggi




Kolesterol tinggi merupakan salah satu faktor risiko kepada pembuluh darah tersumbat yang dapat mengakibatkan penyakit jantung kronik serta serangan stroke.

Kolesterol secara alami telah dihasilkan oleh tubuh yang berasal dari organ hati yang menyumbangkan kolesterol hingga 80% dan 20% lainnya berasal dari sumber makanan dan minuman yang diambil setiap hari. 

TANDA - TANDA seseorang mengalami kolesterol tinggi ialah Sering berasa kebas-kebas pada kaki, Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher, Mudah letih, penat dan cepat mengantuk, Sering berasa sakit kepala, Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit, Senak dada sebelah kiri

Bahaya Kolestrol Tinggi

Penyakit - penyakit yang disebabkan kolesterol tinggi

☛ Sakit Jantung
☛ Strok
☛ Tekanan Darah tinggi
☛ Kencing Manis
☛ Vaskular periferal (PVD)

✾✾✾✾✾✾✾✾✾✾
======================
Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?
1. Ibu Hamil
Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
.
2. Ibu Menyusu
Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
.
3. Kanak-kanak
Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
Memperkuat sistem imunisasi badan
.
4. Mereka yang mengalami masalah berat badan
Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
.
5. Sering dilanda masalah kesihatan
Batuk berkahak, selesema berterusan
Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
Sakit Stroke..


Untuk keterangan lanjut dan ingin mendapatkan produk untuk kesihatan , boleh segera hubungi saya..

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Misi Kurus Sebelum Raya



Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah...

Bila tengok gambar nie baru perasan dah nampak kurus dah sikit..Walaupun masih belum capai misi kurus sebelum raya tetap rasa berpuas hati dah dengan result permulaan nie..

Misi kurus sebelum raya itu target saya untuk tahun ini. kalau tak letak macam tu entah bila la nak kembali dapat balik berat badan dahulu.

Perasan sejak lepas mengandungkan Ameena memang nampak pertambahan yang ketara sangat . Memang mengaku sangat - sangat pengambilan makananan yang tak teratur la puncanya. Lepas tu disokong dengan kurangnya aktiviti yang mengeluarkan peluh. Kalau buat pun tak konsisten setiap hari

Bagaimana la nak kurus kalau semua tu tak ambil berat langsung dan kosisten senaman..

Alhamdulillah.. Sebenarnya atas komentar suami juga nie semangat nak turunkan berat badan nie. Bila dah kena tegur baru rasa terbakar habis lemak- lemak dalam badan dengan cepat.

Misi nak kurus sebelum raya nie saya start sebelum ramadan lagi. Cuma tak kuat sangat .Hanya kurang makan waktu disekolah ja.dan ubah masa makan yang betul.

Masa tu saya dah mula detoks hari- hari bersama Herbalax sebab nak kasi cuci usus sepenuhnya dari segala kekotoran dan lemak-lemak yang masuk dalam perut selama ini.

Bila dah start Ramadan nie lagi cepat la nampak hasil dari misi kurus sebelum raya. Minggu lepas timbang dah turun 3 kilo.. Target kalau diizikan Allah  nak la cukupkan 10 kilo turun sebelum raya nie..

Saya nie tinggi dah 165 . Bila gemuk sikit dah  nampak ketara sangat taw. Baju pon dah tak muat dah.. 

Jujur saya cakap. Ramadan terbaik untuk yang selesaikan misi kurus anda yang tertangguh tu. Kalau pandai susun ataur menu dan senaman sikit Insya Allah raya bergaya la ..hihihi..

Nie saya kongsi sikit bagaimana gerak kerja misi kurus sebelum raya saya..

Pertama saya stop ambil nasi waktu sahur. Dan gantikan dengan bancuhan Esp . Tersangat best nie.. Sampai berbuka mantain bertenaga + tak rasa lapar..

Kedua, petang @ malam mesti buat apa- apa gerakkan yang boleh mngeluarkan peluh. Ala macam lari setempat ka. Buat  mana yang mampu tapi kalau tak kosisten setiap hari slow sikit la berat nak turun.

Ketiga, lepas ja selesai berbuka + solat tarawih mesti wajibkan ambil Herbalax + Alfalfa Complex dan jugak Lecithin . Lecithin nie paling best sekali..sebab boleh pecahkan lemak yang terdapat pada bawak kulit..

Yang keempat, air mesti kosisten setiap hari sebanyak 2@3 liter sehari . Air nie yang bantu penyerapan vitamin dengan cepat. Bila puasa nie la yang mencabar sikit nak rutin air lebih setiap hari ..

Korang mesti ada plan nak join Misi Kurus sebelum raya kan????

Pada yang berhajat boleh la ikut sama. Saya rutinkan dengan Vitamin keluaran Shaklee..Mudah dan simple sangat cara pengambil&nya.:

Klik sini ya untuk tahu kebaikan produk

http://www.hanasihat.com/search/label/Set%20Kurus%20Shaklee?m=0

Tuesday, 7 May 2019

Performance Drink Perisa Baru Lemon Lime


              


PERFORMANCE DRINK PERISA LEMON LIME BARU 🍹

Bulan Mei ni sangat special sebab ada 1 produk baru yang hanya available sepanjang Ramadhan sahaja iaitu PERFORMANCE DRINK LEMON LIME!

Sebelum ni perisa orange je. Memang setiap kali Ramadhan minum air tu je untuk sahur dan berbuka. Memang sangat membantu berpuasa dengan bertenaga.

Untuk bulan ni sahaja kalau korang beli PERFORMANCE DRINK LEMON LIME (perisa baru tong tinggi) dan PERFORMANCE DRINK ORANGE (perisa lama tong rendah), korang boleh dapat diskaun 10% daripasa harga biasa. Jimat sangat!

Kedua-dua perisa ni sangat sedap, sihat, berkhasiat dan bertenaga bila minum. Mana nak dapat air yang complete all in 1 ni.

So apa KELEBIHAN AIR ni dibandingkan dengan air lain? Sangat banyak jika dibandingkan dengan minuman isotonik biasa. 

Antara kelebihannya adalah: 

🍋 Bebas gas atau tidak berkarbonat.
🍊 Kurang kandungan gula (less sugar).
🍋 Tidak mengandungi lemak.
🍊 Tidak mengandungi kolestrol.
🍋 Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan.
🍊Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi.
🍋 Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus. 🍊 Membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa).
🍋 Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya? Tubuh lebih bertenaga dan cergas!

Siapa yang boleh minum air ni? 

✅ Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (minum air pun muntah).
✅ Ibu yang menyusukan anak.
✅ Mereka yang aktif bersukan
✅ Mereka yang kurang minum air.
✅ Mereka yang berpuasa.
✅ Mereka yang kerap sakit kepala.
✅ Mereka yang kurang sihat (demam, selsema dsb).
✅ Kanak-kanak yang demam.
✅ Mereka yang gemar minuman isotonik (altenatif yang lebih sihat). 

Pada yang ingin mencuba dan nak tahu bagaimana penyediaanya..




Mesti dah sabar tu. Baru nie saya dah test dah.. Sedap giler rasa dia. Memang boleh hilang dahaga terus. Tapi yang penting topup tenaga taw kalau kita minum. Bantu badan lebih segar dan aktif.



Mesti kena terus order nie. Dah la perisa yang sangat sedap dapat pulak membeli dengan harga promo yang sangat Jimat..

Jom laju order.. Stok terhad sangat. Nie bulan Ramadan lagi terbaik untuk jadikan minuman berbuka dan penambah tenaga setelah berpuasa seharian..

Untuk pesanan atau apa-apa pertanyaan

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan






Latih Hati Supaya Tenang Selalu



Ketika hatimu merasa sunyi, maka BERZIKIRLAH kerana ALLAH itu Maha Mendengar.

Manakala ketika hatimu merasa gembira, maka BERSYUKURLAH kerana ALLAH itu Maha Memberi.

Ketika hatimu di dalam keadaan sedang marah, maka BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH itu sangat Maha Pemaaf.

Dan ketika mana hatimu merasa sangat sedih, maka BERSUJUDLAH kepada ALLAH. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih.

Ketahuilah terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya yang baik buat kita.

Latihlah hatimu untuk BERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.

Bahkan latihlah hatimu untuk sentiasa BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia

Latih hatimu untuk BERSYUKUR sentiasa, kerana Insha ALLAH kita akan merasakan bahagia.

Dan latihlah hatimu untuk sentiasa menjadi orang yang sering MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan di hatimu itu akan sirna.

Semoga kita semua dapat mengamalkannya. Insha ALLAH dan semoga hidup kita akan sentiasa di dalam ketenangan.

Bahkan yang lebih utama adalah semoga kita sentiasa di dalam payungan rahmat dan redha ALLAH. Insha ALLAH.

#muhasabah
#ketenanganmilikAllah

Wednesday, 17 April 2019

Diabetes? Shaklee Mampu Membantu Anda..

Salam Sejahtera


Tau Tak? Tau Tak?
.
Diabetes dikenali sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, jadi ia memerlukan kawalan serta pemantauan & cermat dan berhati-hati.

Dan untuk pengetahuan anda.. diabetes ini berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.!

 Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan ini juga akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

mak aiii panjang lebar aida cerita nie.. 
faham ke tidak nie? hihi.. 
.
Oleh sebab itu satu kajian telah dibuat keatas pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. ia menunjukkan bahawa asid amino Arginine memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel trrhadap insulin.
.
Indeks Glisemik pula menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. 
.
Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang...
.
Dan salah satu suplemen shaklee yang boleh diamalkan ialah ESP Shaklee, minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah kerana ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi.
-


Alhamdulillah ini bukan cakap2 kosong.. banyak testimoni yang memberi kesan positif kepada pesakit diabetes (boleh rujuk gambar di bawah ya). ?










Saturday, 13 April 2019

Di Sebalik Nama Seorang Ayah




Jom jadi ayah yg lebih bertanggungjawab.. 

1. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

2. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
.
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astaghfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isterinya ).
.
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja. 
Hu hu Muhasabah diriku..
.
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
.
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
.
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
.
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
.
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.
.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
.
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
.
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
.
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
.
Tahukah anda di dalam al-Quran ada lebih banyak kisah mengenai ayah dan anak berbanding ibu dan anak? 
.
Kisah Luqmanulhakim dan anaknya, Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Nuh dan anak2nya, Kisah Nabi Luth dan anak2 perempuannya, Kisah Sheikh Madyan dan 2 orang anak perempuannya dan beberapa lagi yang lain.
.
Ini menunjukkan ayah memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam Islam. Sudahkah kita memainkan peranan kita wahai bapa-bapa sekalian?
.
Tepuklah dada dan tanyalah Iman sebelum Allah bertanya kepada kita akan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam keluarga...
.
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
.
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
.
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
.
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. 

Semoga bermanfaat.