Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Thursday, 25 October 2018

Vitamin C Untuk Ibu Hamil

Salam Sejahtera



Vitamin C ini amat penting untuk ibu hamil kerana ia penting untuk pembentukan tisu, memulihkan luka, pertumbuhan tulang dan membaikpulih sel dan tisu dan untuk kesihatan kulit. 

Vitamin C juga akan membantu tubuh ibu hamil untuk melawan jangkitan serta bertindak sebagai antioksidan yang akan menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas.

Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan khasiat Vitamin C ini setiap hari. Ini disebabkan kepentingan janin untuk menghasilkan kolagen yang menjadi struktur pembinaan tendon, cartilage, tulang dan kulit. Kolagen memerlukan Vitamin C untuk membentuknya.


Vitamin C Untuk Ibu Hamil


Keperluan Vitamin C  meningkat semasa kehamilan

5 kepentingan Vitamin C Untuk Ibu mengandung dan bayi dalam rahim: .


1: Pembentukan kolagen

Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen pula penting untuk pembentukan struktur tulang rawan,  otot dan tulang bayi. Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, gusi dan tendon bayi yang sedang terbentuk. .


2: Perkuatkan sistem imun

Ascorbic Acid yang terdapat dalam Vitamin C membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung. .


3: Perkembangan Otak

Menurut kajian pihak University of Copenhagen, kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus.  Bahagian ini sangat kritikal sebagai pusat daya ingatan. .


4: Mengelak Pecah Ketuban

Tips untuk mengelakkan air ketuban pecah pra-matang,  amalkan Vitamin C sepanjang kehamilan. Jika pun ketuban telah pecah pada bulan ke -7, anda masih boleh makan Vitamin C, ia akan seal semula kebocoran kantung bayi.

5. Kurangkan Risiko

Wanita dengan pengambilan vitamin C yang rendah sebelum dan semasa hamil akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan preeclampsia berbanding dengan wanita mengambil lebih tinggi jumlah Vitamin C. .

Jumlah yang disyorkan ialah 500 hingga 1,000 mg sehari



0 comments:

Post a Comment