Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 1 September 2018

Bahayanya Stress

Salam Sejahtera




Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tak dapat nak lari dari masalah dan ujian. Kadangkala masalah dalam kehidupan kita boleh menyebabkan stress. 

Bahayanya stress boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang pun boleh terjejas.

Dari segi saintifik stress atau tekanan adalah tindak balas emosi,fizikal dan mental akibat perubahan sesuatu keadaan. 

Stress juga boleh dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kemurungan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang daya cita atau semangat.

Sekiranya anda mengalami stres, anda boleh menjejaskan kualiti hidup. Ia akan memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan akan turut terkena kesan dengan situasi stress anda. Apa yang anda perlu buat ialah cuba tangani stres dengan bijak dan teratur.

Bahayanya stres kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan simtom-simtom yang tidak baik untuk tubuh badan kita. Ini antara kesan yang dibawa oleh kerana tidak pandai mengurus stress dengan baik :



1.SISTEM IMUN MENJADI LEMAH

Stress yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. 

http://www.hanasihat.com/2018/03/vitamin-untuk-kuatkan-imun-badan.html?m=0
Stress yang berpanjangan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.




2. PENYAKIT JANTUNG (KARDIOVASKULAR)

Stress boleh menyebabkan terganggunya sisterm arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung, sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat.

http://www.hanasihat.com/search/label/Tips%20kesihatan%20Diri?m=0

Seterusnya boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Stress yang kronik boleh mengakibatkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat ataupun strok.



3. MENGGANGGU SISTEM PENGHADAMAN

Stress yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita. Akibat daripada ini, kita akan menghadapi simptom-simptom seperti makanan susah untuk dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit. 

Sekiranya kita menghadapi simtom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup kita dan keluarga.

http://www.hanasihat.com/search/label/Set%20Detoks%20Shaklee?m=0


4. PENYAKIT KULIT

Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simtom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stress.Bagi yang menghidapi penyakit kurap ,kurap anda akan menjadi lebih teruk.

Sudah tentu bagi mereka yang pentingkan penampilan, dengan tumbuhnya jerawat di muka akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri anda.

http://www.hanasihat.com/search/label/Set%20Jerawat?m=0

Jadi inilah di antara kesan-kesan akibat stress yang tidak dicegah ataupun dirawat .Sudah tentu kesan-kesan ini akan memberi kesan yang negatif di dalam kehidupan anda dan keluarga.

Mungkin ramai di antara kita yang kurang pendedahan tentang bahayanya stress di dalam kehidupan.

Sekiranya anda menghadapi simtom di atas, apa yang anda perlu buat ialah cuba untuk mengurus stress yang anda alami dengan berjumpa dengan pakar kesihatan ,amalkan cara hidup yang sihat dan cuba elakkan perkara atau suasana yang boleh menyebabkan anda stres


Mungkin dengan sedikit usaha anda akan dapat mengurangkan stress di dalam kehidupan .Kita memang tak dapat lari dari stres kerana hidup ini tak lekang dari masalah.

Tapi apa yang kita mampu buat adalah belajar mengawal dan mengurangkan stress supaya tidak menjejaskan kualiti hidup kita bersama orang yang tersayang.

Untuk lebih lagi info..Boleh klik link bawah nie berkaitan bahayanya stress.

https://www.facebook.com/ShakleeHQ/videos/1093576987352417/

0 comments:

Post a Comment