Salam Sejahtera
Perut buncit bukan sahaja mempengaruhi penampilan. Bahkan ia juga petanda kepada bahayanya kondisi kesihatan kita.
Jom saya kongsikan Tips untuk mengatasi masalah perut buncit !
✔Kawal pengambilan kalori setiap hari. Pastikan kita tidak makan lebih dari keperluan kalori harian.
✔Perbanyakkan aktiviti fizikal
✔Hindari stress
✔Pastikan minum air kosong yg cukup setiap hari.
✔Detoks! Bersihkan badan dari toksin punca segala penyakit dan perut buncit.
Bahaya perut buncit boleh mendatangkan banyak risiko lain pada kesihatan seperti. .
1. Risiko Penyakit Jantung
Banyaknya timbunan lemak pada area perut dan pinggang dapat menyebabkan penyakit jantung atas pembekuan lemak yang masuk ke dalam aliran darah.
2. Diabetes
Kadar glukosa dalam darah meningkat dapat meningkatkan risiko diabetes. Lemak dalam perut juga telah dikaitkan dengan gangguan metabolisme yang merupakan alasan lain penyebab diabetes.
Kenaikan berat badan sebesar 5 – 10 kg dari berat badan yang sihat akan meningkatkan risiko seseorang menghidap diabetes tipe 2 sebesar dua kali lipat daripada orang yang tidak mengalami kelebihan berat badan.
3. Kolesterol
Lemak perut secara langsung terkait dengan kolesterol tinggi total dan LDL (kolesterol jahat), penurunan HDL (kolesterol baik), dan resistensi insulin.
4. Stroke
Aterosklerosis atau penyempitan pembuluh darah yang menyebabkan pembekuan darah adalah kondisi yang menjadi punca utama stroke. Aterosklerosis dipicu oleh tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, dan kurang bersenam.
Sehingga kegemukan dan perut buncit dianggap sebagai faktor risiko sekunder yang mampu mengakibatkan stroke.
So anda rasa bagus ke perut buncit nie? walaupun ia satu petanda bagi anda yang anda punyai masalah.
Kalau anda sayangkan orang sekeliling anda, lakukan la sesuatu untuk mereka sebelum mereka kehilangan anda buat selamanya.
0 comments:
Post a Comment