Monday, 13 August 2018

Tips Kurangkan Jerawat Dimuka

Salam Sejahtera




Jerawat memang kejam. Sudahlah tumbuh merata dimuka, lepas tu meninggalkan parut pula. Kadang-kadang buat kita naik geram. 
Orang kata kalau kita tertekan, jerawat akan tumbuh. Tetapi selepas jerawat tumbuh, diri kita ni malah makin tertekan pula jadinya kan?
Oleh itu, disini ada beberapa tips  yang boleh anda gunakan untuk melicinkan kembali kulit anda daripada anasir parut jerawat.
Tips Kurangkan Jerawat Di Muka



1.Ambil daun lidah buaya (Aloe vera) yang sudah dipotong dan anda akan lihat lendirnya akan keluar. 

Sapu lendir itu pada bahagian parut jerawat di muka sehingga sebati dan meresap. Ulang langkah ini 2-3 kali dalam seminggu. Insha Allah parut jerawat akan beransur hilang satu persatu.



2.Timun juga boleh digunakan sebagai petua hilangkan jerawat, ambil sebiji timun dan dipotong beberapa hiris dan selebihnya dikisar hingga hampas. 

Sapu hampas timun tersebut pada bahagian muka dan selepas itu tampal timun yang dipotong tadi pada seluruh bahagian muka yang ada jerawat. Biarkan lebih kurang setengah jam, kemudian basuh sehingga bersih dengan air suam. Ulang amalan tersebut 2-3 kali seminggu.



3. Bedak Sejuk dan Kulit Kayu Manis
Ambil 2-3 kulit kayu manis dan lebih kurang segenggam bedak sejuk. Kemudian tumbuk kulit kayu manis tadi sehingga menjadi serbuk halus, selepas itu campuk serbuk kayu manis. Tambah sedikit air suam dan sapu atau lumurkan campuran tadi pada parut di muka. Petua ini juga boleh hilangkan bintik-bintik hitam jeragat pada muka. Amalkan 2-3 kali seminggu.


4.Ambil sebiji lemon dan potong pada 2 bahagian, sapu dan tenyeh lemon itu pada muka yang ada bekas jerawat. Kemudian biarkan sehingga kering, selepas itu basuh dengan air bersih. Amalkannya berberapa kali seminggu untuk melihat hasilnya.



5.Ambil sedikit madu lebah asli dalam sesudu dan sapu di bahagian muka yang berjerawat, selepas itu biar kering kemudian basuh dengan air bersih. Ulangkan amalan ini 2-3 kali seminggu. Insha Allah jerawat akan hilang.

6.Air Basuhan Beras
Sediakan air basuhan beras ketika anda membasuh beras, masukkan air basuhan tersebut dalam bekas kosong. Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan dalam setengah jam, selepas itu basuh muka anda dengan air bersih.



7. Yang ini paling mudah Set Jerawat Shaklee sedia membantu. Ini cara rawatan secara dalaman berbandibg tips atas tu.  

Pengambilan pun sangat mudah.  Kosisten rutin setiap hari.  Insya Allah hasilnya sangat cepat dan yang penting selamat untuk jangka masa yang panting.
http://www.hanasihat.com/search/label/Set%20Jerawat?m=0



Reactions:

0 comments:

Post a Comment