Tuesday, 28 August 2018

Senaman Paling Mudah Dirumah

Salam Sejahtera



Hari ini saya ada kelapangan nak sharekan sedikit tips,mungkin bermanfaat buat anda2 yg sentiasa tiada masa bersenam,aktifkan diri pun cukup dah..

Senaman  Paling Mudah Dirumah👇🏻

Tahukah anda dalam satu sesi skipping dalam masa 10minit mampu membakar 70kalori sehingga 110kalori,bergantung pada individu..

Manakala dalam satu jam ia mampu membakar lebih kurang 1000 kalori bergantung pada individu.

Senaman tali skipping membantu memperbaiki sistem kardiovaskular,memberi stamina,flekslibiliti dan membina sistem koordinasi dengan  lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang,otot peha,pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporisis.

BERIKUT ADALAH TIPS KETIKA MELAKUKAN SENAMAN MENGUNAKAN TALI SKIPPING.

1)🐙Lakukan aktiviti regangan iaitu pemanasan otot..(bole search di you tube cara2 warm up)

2)🐙 Pegang kedua2 hujung tali diantara ketiak dan siku lalu pijak bagi memastikan ukuran yg sesuai..sekiranya berlebihan,simpul tali mengikut kesesuaian..

3)🐙Digalakkan melompat dengan ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter.

4)🐙Untuk mengelakkan cepat bosan..anda bole sertakan muzik.

5)🐙Bagi menguatkan Otot kaki,selalu melompat dengan menjengketkan kedua2 belah kaki dan melompat setempat.

6)🐙Kemudian boleh tukar2 dengan cara melompat dari sebelah kaki,kedua2 belah kaki,berlari2 anak,atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat dan cepat bosan.

7)🐙Jika penat..perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan dilantai sebelum melompat semula.

8)🐙Terakhir sekali lakukan aktiviti  menurunkan kadar denyutan jantung..streching,menurunkan kadar denyutan jantung (bole search di you tube,)

Tiada masa bersenam adalah alasan yang selalu diberikan bila susah untuk turunkan berat badan. Tapi perasan atau tidak yang senaman dirumah juga membakar lemak dengan cepat.

Tidak perlu daftar ahli gym atau paksa diri menari zumba jika dikatakan anda tiada masa , cukup dengan melakukan senaman di rumah anda juga dapat turunkan berat badan. Oleh itu melakukan kerja rumah juga adalah salah satu senaman yang boleh membakar lemak anda.

Nie saya kongsi senaman mudah yang selalu saya buat selain senaman skipping.  Kadang-kadang ubah teknik sikit dalam pelbagaikan senaman supaya tak cepat bosan. 



Senaman mudah nie saya selalu buat lepas solat @ sebelum dan selepas bangun tidur.. Santai kan... .


Selain senaman paling mudah diatas ada lagi 
5 Senaman Di Rumah Yang  mudah dan boleh membakar lemak dengan cepat

1.Membasuh kereta

Ketahuilah bahawa wanita yang membasuh kereta tidak merendahkan martabat anda, tetapi luangkan masa bersama dengan anak-anak untuk melakukan aktiviti ini, bukan sahaja membakar lemak tetapi juga untuk mengeratkan hubungan suami isteri serta anak.

Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori.

Anda boleh membakar lebih banyak kalori dengan berlari-lari anak mengelilingi kereta anda dan juga bergembira dengan keluarga.

2.Berkebun

Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.

3.Membasuh pakaian

Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squadapabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.

4.Mengemop Lantai

Jangan biarkan orang lain mop lantai anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam.

Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah.

Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.

5.Memasak

Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!

Pembakaran kalori adalah anggaran..mungkin lebih bergantung kepada individu.

Kesimpulannya.

Tak perlu stress sebab tiada masa,Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh membakar kalori dengan mudah. See tak perlu ke gym kan untuk membakar kalori, cukuplah dengan aktifkan diri.Jangan bagi alasan lagi, lagi banyak alasan anda bagi lagi lah jauh harapan nak kurus.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment