Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 20 May 2018

Masalah Perhadaman Dibulan Ramadhan

Salam Sejahtera



Tiga masalah yg sering berlaku yg melibatkan masalah perhadaman ketika dibulan Ramadan iaitu

1. Refluks (angin), 
2. Sembelit 
3. Muntah serta cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan.

1. Refluks atau angin

Refluks, angin atau dyspepsia merupakan keadaan di mana pesakit akan mengadu sakit perut, kembung dan pedih ulu hati, loya, muntah dan rasa kurang selesa.

Ini berlaku apabila asid daripada perut telah naik ke atas saluran bawah esofagus. Masalah ini kerap berlaku terutama sekali selepas makan dalam kuantiti yang banyak.

2. Sembelit

Sembelit! Semasa bulan puasa, keadaan ini berlaku kerap dalam bulan puasa kerana faktor kekurangan air dan tidak mengambil makanan secara seimbang.

Apa yang sering berlaku adalah kebanyakan dari kita mengambil banyak makanan dengan karbohidrat tinggi tanpa mengutamakan makanan yang mengandungi serat seperti bijirin, buah dan sayur-sayuran.

3. Muntah dan cirit-birit

Gastroenteritis akut (muntah dan cirit birit). Ini sering berlaku di waktu bulan Ramadan kerana kebanyakan kita sering membeli makanan daripada luar. 

Disebabkan sesetengah gerai kurang mengutamakan kebersihan dan mutu makanan, maka ini boleh membawa kepada keracunan makanan dan menyebabkan gejala muntah dan cirit birit.

Kebersihan dan penjagaan pemakanan dengan sebaiknya adalah sebahagian dari ajaran Islam, terutamanya semasa berpuasa.

Cara pencegahan.

1. Reflux 

Kebanyakan pesakit akan bertambah baik apabila berpuasa kerana kandungan asid dan simptom (gejala) akan berkurangan.

Bagi pesakit yang masih dalam rawatan, dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat manakala yang mengalami sakit yang berterusan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

Cara pencegahan adalah mengelak makan yang berlebihan, makanan berlemak dan berhenti daripada merokok.

Bulan Ramadan adalah peluang keemasan untuk seseorang berhenti merokok dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

2. Sembelit 

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang, secara amnya, mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mineral dan vitamin (buah dan sayur-sayuran), serat, bijirin dan pengambilan air sebanyak lima hingga lapan gelas sehari, iaitu pada waktu berbuka dan juga sewaktu bersahur.

3. Gastroenteritis akut (muntah dan cirit birit) 

Bagi mengelak masalah ini, kita digalakkan untuk menyediakan makanan di rumah dan menjaga tahap kebersihan.

Bagi yang ingin membeli, amatlah digalakkan untuk mengutamakan kebersihan persekitaran makanan tersebut dijual.

Anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan secara seimbang dan sederhana serta berdasarkan Piramid Panduan Makanan.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta seimbang sememangnya boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.


0 comments:

Post a Comment