Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 22 January 2018

Tips Suami Tanggung Isteri Simpan

Salam Sejahtera

Semalam ada terbaca berkaitan  dengan tabung pendapatan hasil daripada penulisan Azizul Azli

Bila sudah baca rasa menariknya. Terus berkongsi dengan suami untuk sama-sama iku perancangan macam tu.  Respon suami ok.. 

Sekarang terpanggil nak berkongsi dengan korang semua pulak. Walaupun sedikit tersasar dengan vitamin Shaklee tapi ini lebih kepada pengurusan kewangan untuk jangka masa panjang. 




Tips Suami Tanggung Isteri Simpan

1. Jika pendapatan isi rumah kita RM7,500 sekeluarga dengan anggaran pendapatan suami RM4500 dan Isteri RM3,000.

2. Saya cadangkan, suami tanggung perbelanjaan keluarga. Apa sahaja yang BELANJA HANGUS dan sumbangan dibawah batu jelamang suami. 

3. Apa sahaja yang melibatkan SIMPANAN dan PELABURAN atas mahkota isteri.

4. Suami tanggung semua perbelanjaan dapur,  kereta,  anak,  isteri, ibubapa dan zakat. 

Bagaimana kita bahagikan Gaji Suami. 

1. 15% Kereta RM675
2. 5% Ibubapa RM225
3. 2.5% Zakat Pendapatan 
4. 35% Rumah RM1575
5. 42.5% Perbelanjaan RM1912.

5. Bagi isteri manfaatkan pendapatan itu untuk Perlindungan dan Pelaburan. 

6. Ambil 10%  takaful utamakan perlindungan pendapatan buat keluarga dari kad perubatan jika kita tak mampu. 

7. Simpanan untuk keluarga dan anak mohon ihsan isteri yang simpankan. 

8. Jika susah sangat nak menyimpan,  ambil pembiayaan ASBi sebagai simpanan paksa. Dengan pembiayaan RM1100 sebulan boleh dapat sekitar RM13500 setahun sebagai dana kecemasan dan simpanan pelaburan. 

 Amacam dik,  abang dah tunjukkan  highway pada adik. Nak ikut atau terus menyewa hingga abadi dik

Abang cadangkan jer dik,  kalau tak nak ikut abang bukan boleh paksa. 

#Dengan RM1575 sebulan kita boleh beli kediaman RM300,000 kebawah. Mulakan dengan kediaman kecil. 

Jika perlu jual satu kereta tinggal satu silakan, ia lebih bijak korang

Alhamdulillah Semoga bermanfaat untuk semua.. 





0 comments:

Post a Comment