Salam Sejahtera
Melambatkan penuaan dan kekal awet muda bukan hanya penting untuk penampilan tetapi penting juga untuk mencegah penyakit-penyakit kronik yang disebabkan penambahan usia seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung, nyanyuk dan sebagainya
9 tips mudah saya kongsikan untuk melambatkan penuaan dan kekalkan awet muda
1. Amalan pemakanan tinggi protin. Tapi sila pastikan ianya rendah indeks glisemik dan rendah lemak seperti dada ayam, minuman protin dan putih telur.
Kebaikan protin dalam melambatkan penuaan dan kekal awet muda ialah mengawal paras insulin. Paras insulin penting dalam mengawal berat badan ideal dan mencegah penyakit kronik. Protin juga menggalakkan paras gula dalam darah yang stabil, mengawal kortisol dan membantu mencegah stress.
2. Amalan 200-400mg vitamin B6 dan B12 untuk mengurangkan kortisol dan meningkatkan paras seretonin, sejenis hormon yang mencegah tekanan mental dan kekeliruan.
Pada paras tertentu kortisol adalah sangat penting pada tubuh kita. Namun pada paras yang terlalu tinggi kortisol boleh menganggu kesihatan tulang dan otot, melambatkan proses penyembuhan dan pembinaan semula sel-sel normal dan menganggu penghadaman, metabolisme dan mental. Mereka yang ingin kekal awet muda mesti kawal paras kortisol supaya tak terlalu tinggi.
3. Amalkan gaya hidup aktif atau rajin bersenam. Apabila kita rajin bersenam atau aktif, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon yang boleh membantu melambatkan penuaan dan kekal awet muda. Dikenali sebagai hormon pertumbuhan, ia berperanan penting untuk kulit, libido, mengekalkan berat badan ideal, jisim otot dan paras tenaga.
4. Elak dan legakan stress. Terdapat banyak cara dalam menangani stress. Stress yang berlebihan boleh menggalakkan penghasilan hormon kortisol. Antara cara yang berkesan untuk elak dan legakan stress supaya melambatkan penuaan dan kekal awet muda ialah dengan mendekatkan diri dengan tuhan. Tidak sama sekali meninggalkan solat dan membaca al-Quran, bersedekah selain mengurut badan, minum teh herba, mempunyai hobi dan meluangkan masa bersama orang-orang yang tersayang.
5. Tidur yang mencukupi 6-8 jam sehari. Tidur dapat membantu kurangkan stress disamping merehatkan tubuh dan otak. Kekurangan waktu tidur akan mengganggu penghasilan hormon pertumbuhan yang boleh membantu melambatkan penuaan dan kekal awet muda. Walaubagaimana pun cuba sedaya upaya untuk bangun sebelum matahari terbit. Mengikut petua orang-orang lama, untuk kulit cerah berseri bangun tidur sebelum subuh dan terus mandi.
6. Amalkan pemakanan tinggi antioksidan iaitu vitamin a, vitamin c, vitamin e dan selenium untuk melawan serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh. Antara contoh radikal bebas yang sangat merosakkan ialah rokok dan asap rokok.
7. Amalkan suplemen yang boleh menggalakkan penghasilan elastin dan kolagen. Kolagen penting untuk tubuh kerana ia umpama gam yang memastikan sel-sel tubuh melekat antara satu sama lain dengan kemas. Kekurangan elastin dan kolagen adalah punca kulit dan otot kendur, sakit sendi, liang pori membesar, masalah penglihatan dan rambut gugur. Ini termasuklah glukosamin, kondroitin dan asid hyaluronic.
8. Banyakkan minum air kosong lebih kurang 3L setiap hari dan kurangkan makanan dan minuman tinggi gula.Tingkatkan sistem imunisasi tubuh. Pertahanan tubuh yang kuat membantu dari mudah jatuh sakit.
9. Bertenang. Sentiasa senyum dan berfikiran positif.
Berminat untuk supplimen awek muda @ anti penuaan.. Saya boleh cadangkan untuk korang..
Call / Whatsapp : 019-5434395
Berminat untuk supplimen awek muda @ anti penuaan.. Saya boleh cadangkan untuk korang..
Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus
0 comments:
Post a Comment