Salam Sejahtera.
Bila cerita sakit bersalin. Semua yang ada anak mesti merasainya . Ada yang biasa- biasa dan ada yang kuat. Apa pun rasanya bila dalam situasi nak bersalin tetap kena tempuh jugak.
Ok back to tajuk kita. Kurangkan sakit bersalin dengan Ostematrix. Boleh ka Ostematrix membantu. Persoalan yang akan timbul. Dan bagaimana Ostemtrix boleh bantu..
Cerita pengalaman dulu la ya. Cerita saya alami sendiri masa nak bersalinkan ameena bulan 4 tahun nie. Mula ada rasa sakit awal subuh tapi tengahari baru makin kuat. Selalu kalau vitamin Ostematrix saya suka ambil malam tapi hari tu terasa nak ambil siang.
Ostematrix nie juga boleh diambil untuk kurangkan sakit ketika datang bulan iaitu boleh meredakan senggugut . Sebab nie la saya cuba ambil. Dengan harapan dapat bantu jugak untuk sakit bersalin.
Ternyata tepat sekali. Walaupun sakit tapi saya tetap boleh selesaikan semua tugasan dengan pantas sebelum ke hospital.
Contraction bersalin ialah proses dimana uterus mengecut dan mengendur dan bayi tertolak ke bawah dan servik terbuka. Rata-rata ibu mengalami kesakitan ketika ini. Dan ianya tanda ‘amaran’ bayi sedia untuk dilahirkan
Bagaimana kita nak tahu yang kita mahu bersalin?
- Sakit pinggang
- sakit belakang
- sakit bawah perut macam senggugut
- Kerap kencing
- Cirit birit
- Sakit ari-ari yang luar biasa
Ini tanda yang selalu kita rasa. Jika ia kerap dan konsisten, maka itu tanda contraction. Jika ia hilang sekiranya kita berjalan, buat kerja itu tanda kontraksi palsu (Braxton Hicks ).
Kepentingan kalsium magnesium untuk ibu hamil?
Antara kepentingan magnesium semasa hamil adalah
- Membantu dalam memelihara kekuatan tulang ibu dan juga bayi
- Mencegah pengecutan uterus pramatang (jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan keguguran)
- Mengawal paras insulin dalam darah, jadi si ibu insyaallah bebas dari GDM tau.
- Mencegah kekejangan kaki terutamanya di waktu malam. Ia sangat sakit jika diserang dengan kejang otot ni.
- Mencegah sembelit. Ia boleh cegah juga buasir
- Membantu dalam memastikan denyutan nadi sekata
- Membantu dalam memberikan tenaga
- Berikan ketenangan kepada otot dan elakkan ia dari menjadi stress.
- Membantu dalam mengawal paras kolestrol
Ostematrix Bantu Dalam Proses Bersalin
Di kala melahirkan, ia satu keadaan yang sungguh merisaukan jika si ibu mahupon bayi alami masalah. Betul kan? Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan anak.
Jika magnesium dan kalsium tidak cukup, kekejangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium ini membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu rasa kesakitan yang amat sangat. Ini kerana seluruh saraf badan mengalami ketenangan dan tidak stress.
Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah di kala hampir bersalin dan melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang.
Ibu alami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan.Pada masa yang sama, pendarahan lebih banyak akan berlaku. Ia akan kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan besar kelahiran secara czer akan dilakukan secara emergency.
Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus
0 comments:
Post a Comment