Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 26 November 2017

Bahayanya AGE protien

Salam  Sejahtera 

Bahaya ke AGE protein.??

Selalu tahu, Vivix melambatkan penghasilan AGE protein. AGE dan protein tidak sepatutnya bergabung. 

Namun, seiring dengan peningkatan usia, keupayaan tubuh untuk menghalang penggabungan AGE protein adalah terhad. 

Penimbunan AGE protein ini akan menyebabkan kerosakan pada sel. Terdapat ramuan di dalam vivix yang mempunyai kuasa 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol yang mampu menghalang pembentukan AGE protein.

Tapi apadia AGE protein sebenarnya... 

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembetukan AGE


AGEs terbentuk di luar dan di dalam badan. Secara khusus, ia berpunca daripada tindak balas glycation, yang merujuk kepada penambahan karbohidrat kepada protein tanpa penglibatan enzim.

Glukosa boleh bergabung dengan protein dalam proses yang dipanggil glycation, menjadikan sel-sel lebih keras, kurang mudah dibentuk dan lebih tertakluk kepada kerosakan dan penuaan pra-matang. Di luar badan, AGEs boleh dibentuk oleh pemanasan (contohnya, memasak).





Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti:

  • Stress Penyakit'
  • Kesakitan
  • Tidur yang tidak cukup
  • Gaya hidup yang tidak baik (merokok)
  • Sinar matahari berlebihan


AGE Penyebab Penyakit Kronik


Walaupun masih ada banyak soalan yang tidak terjawab mengenai AGE,  pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula.


 Oleh kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat.

Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE.

 Ini kerana protein jenis ini berinteraksi secara semula jadi dengan lebih banyak gula dan untuk tempoh yang lebih lama menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani proses glycation.

Bagaimana AGE boleh terjadinya penyakit?


Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Contoh 7penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah

  • menyekat saluran jantung yang menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok
  • merencatkan fungsi pancreas dan seterusnya menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan diabetes
  • mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kendur

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

Berikut adalah beberapa kesan AGE:


1. Diabetes jenis II

Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manisy mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku

2. Kerosakan kolagen kulit


Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.

3. Kerosakan kepada sendi 


Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

4. Penyakit kardiovaskular


AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya lebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri. 

Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.

5. Penyakit alzheime

Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

6. Sistem saraf

Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).







0 comments:

Post a Comment