Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 15 November 2017

Ajaibnya Kuasa Pelukan

Salam Sejahtera



Semalam badan fayyadh tiba- tiba panas. Tapi masih aktif buat macam. Kebiasaan kalau dia nak demam memang kepala akan mula panas dan asyik nak baring dekat riba. 

Kebetulan pulak saya baru ja lepas baca kehebatan pelukan ibu terhadap anak. Terus spontan baring tepi fayyadh dan peluk dia kuat- kuat. Dia suka kalau peluk kuat. 

Bila tengok situasi tu kakak iman pun datang peluk2 jugak. Memang rasa lain sangat . Pagi nie bangun rasa badan dah tak panas. Semalam baru fikir nak cutikan dia. Tapi hari nie dah boleh pergi sekolah macam biasa . Alhamdulillah.

Ajaibnya kuasa pelukan seorang ibu.

Sejak di dalam rahim, manusia yang berkomunikasi, berinteraksi, membelai dan mengasihi bayi tersebut sudah tentunya pasangan ibu dan bapa kandungannya sendiri. Justeru, hubungan intimasi anak bersama ibu dan bapanya amatlah penting untuk perkembangannya sepanjang tempoh tumbesaran.


Nampak remeh, namun ianya sangat berkesan untuk menyokong proses tumbesaran fizikal dan mental anak anda sejak dari peringkat awal umurnya. Jom lihat kelebihan yang akan diperolehi anak itu sendiri jika sering dipeluk dengan penuh kasih dan sayang oleh kedua ibu bapanya.


10 MANFAAT ISTIMEWA MEMELUK ANAK-ANAK


Ketahuilah dengan memeluk anak dapat:


1. MENGUATKAN KASIH SAYANG

Anak akan terasa kasih sayang mengalir daripada ibu kepada dirinya. Itu sudah cukup membuatkannya gembira.


2. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Apabila anak sedang bersedih, tidak semua kata-kata nasihat serta sokongan tidak menyembuhkan diri.


Uniknya, dengan pelukan, serta-merta ia dapat memulihkan kembali rasa negatif, secara tidak langsung mengembalikan keyakinan dirimereka.


3. MENYEMBUHKAN HATI


Percaya tak, kuasa pelukan bukan saja bermanfaat untuk anak-anak, tetapi juga untuk ibu bapa.

Kadangkala, luka di jiwa memang sukar diubati. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sakitnya.

Namun, kuasa pelukan dapat menembusi hati sehingga mampu merawat dan menenteramkan jiwa kedua-dua insan yang saling berpelukan.

4. MENGURANGKAN TEKANAN

Secara saintifik, pelukan meningkatkan aras hormon oksitosin yang dapat menyembuhkan rasa stres atau marah.

5.MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Lebih-lebih lagi anak yang tidak sihat, pelukan merangsang kelenjar tymus yang bertindak dalam penghasilan darah putih.

Kelenjar ini adalah komponen utama sistem pertahanan dalam tubuh. Maka, ia dapat memulihkan kesihatan anak dengan lebih cepat.

6. MENAIKKAN ‘MOOD’

Pelukan yang erat dan lama meningkatkan aras hormon serotonin dalam badan yang menaikkan paras kegembiraan.



Kesannya, anak-anak akan berasa ceria, aktif, dan tidak mudah meradang.

Malah, mereka kelihatan matang dan lebih bijak membuat pilihan serta bertindak rasional.aan.


Kesannya, anak-anak akan berasa ceria, aktif, dan tidak mudah meradang.

7. MERANGSANG PERKEMBANGAN

Pelukan ibu merangsang perkembangan bayi dengan cepat.

Anak yang jarang dipeluk, biasanya lambat berjalan, bercakap mahupun membaca.

8. MENYIHATKAN JANTUNG

Hanya 10 saat sahaja setiap hari, pelukan ibu dapat menyihatkan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengimbangi degupan jantung.

9. MENINGKATKAN IQ ANAK

Kehangatan pelukan ibu dapat merangsang pengaliran darah ke otak.

Anak cepat terang hati, mudah faham, fokus dalam pembelajaran dan bagus mengawal pemikiran.

10. MENGAWAL EMOSI NEGATIF

Anak yang sering dipeluk biasanya tenang, tidak mudah melenting dan tidakpanas baran.

Malah, mereka kelihatan matang dan lebih bijak membuat pilihan serta bertindak rasional.


Apa sahaja emosi negatif yang anda rasa seperti sedih, marah, tertekan atau apa sahaja akan hilang bersama kehangatan pelukan yang disertai kasih sayang.
Jadi, sudahkah anda memeluk anak anda hari ini?



0 comments:

Post a Comment