Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 15 October 2017

Tips Tingkatkan Kesuburan

Salam Sejahtera



Bagi yang baru berkahwin, hal ini kadang kala tidak menjadi perkara nombor satu dalam kepala. Apabila mula masuk setahun, dua tahun barulah terasa ada masalah dengan kesuburan jika anda tidak mengandung lagi.

Sememangnya hal ini adalah urusan Tuhan tetapi janganlah sesekali kita tidak berusaha untuk memastikan kesuburan kita diL tahap optima sepanjang masa. Mari saya berikan beberapa 'pantang larang' yang perlu anda ambil kisah dan tindakan segera.


1. Pilih makanan sihat

Definisi makanan sihat? Makanan yang baru dimasak, buah-buahan segar dan juga sayuran. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan.

Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.

      


2. Kawal berat badan

Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat.

Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.


3. Elak aktiviti berat

Aktiviti berat akan memberikan anda risiko 'sukar mendapatkan anak'. Ini bermaksud kesuburan anda juga akan terjejas akibat aktiviti seperti mengangkat barangan berat melebihi 20kg.

Biarkan barang-barang berat ini diangkat oleh sang arjuna. Jangan terlalu memaksa diri.


4. Jauhi kafein

Kafein baik untuk merangsang otak anda tetapi ianya tidak bagus untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari.


5. Lakukan pemeriksaan rahim

Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta tanya kepada doktor sekiranya anda ada masalah lain yang perlu diselesaikan.

Tahukah anda bahawa masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur.



Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




0 comments:

Post a Comment