Thursday, 26 October 2017

Kenapa Badan Cepat Letih

Salam Sejahtera


Rasa cepat penat, lesu dan mengantuk setiap Hari??  Mari baca apa puncanya…
Keadaan badan akan bergantung kepada pemakanan dan cara kita menjaganya. Jangan salahkan raya atau cuti panjang, semuanya nafsu makan semata-mata. 

Untuk kekal sihat dan bertenaga, kuncinya adalah keseimbangan dan kesederhaan dalam pemakanan.
Ada 3 jenis makanan yang membuatkan kita rasa ‘sluggish’ (penat, lesu dan mengantuk). Kalau boleh, kurangkan atau elakkan makanan sebegini untuk memastikan badan kekal sihat dan cergas.
  1. MAKANAN TINGGI GULA

Pastri seperti kek dan biskut, roti berkrim, kuih muih, nasi berlebihan dan sebagainya akan menyumbang dan menyebabkan tahap gula dalam kandungan darah naik berlipat kali ganda. Ini menyebabkan juga organ pankreas bekerja keras mengeluarkan insulin untuk meneutralkan kembali kandungan gula yang tinggi. Hasil dari kerja keras tersebut, maka terjadilah tindak balas badan yang akan menyebabkan rasa penat dan mengantuk.
  1. MAKANAN BERLEMAK

Fast food seperti pizza, ayam, burger, fries, sos, aiskrim dan sebagainya akan menyebabkan badan lemah. Lemak yang ada dalam kandungan makanan ini sukar dan memerlukan masa yang lama untuk diproses oleh perut. Proses digestion makanan ini akan memakai banyak tenaga dan akan menyebabkan badan cepat lesu.
  1. PERMAKANAN DIPROSES/AWET)

Mee segera, nugget, sosej dan makanan dalam tin asasnya dikenali sebagai makanan ‘instant’. Kurang atau tiada langsung manfaat untuk badan. 

Diperbuat dari refined flour, gula dan sodium yang tinggi. Bayangkan mee segera boleh disimpan berbulan-bulan (expired date), bagaimana jika berada dalam perut? 
Prosesnya lebih lama dari makanan berlemak. 
Makanan seperti ini akan menyebabkan malnutrition dan penyakit seperti anemia, diarhea serta penambahan berat badan secara pantas. Badan akan rasa lagi berat, lesu, penat dan mengantuk!

Untuk memgekalkan kecerdasan dan kecergasan badan, pentingnya mengamalkan:

  • Minum air kosong 1 liter setiap 25 kg berat badan. So, 50 kg = 2 liter
  • 1 genggam nasi sehari atau mengikut keperluan tenaga. Jika bekerja berat, boleh ambil lebih. 1 genggam sudah cukup untuk tampung 1 – 7 jam tenaga.
  • Wajib makan ikut waktu untuk mengekalkan kecergasan badan.
  • Tidur 7 – 8 jam sehari
  • Exercise 3 kali seminggu.
  • Boleh amalkan Vitalea Multivitamin setiap hari 

Reactions:

0 comments:

Post a Comment