Saturday, 28 October 2017

Tip Kurus Usia 30-an

Salam Sejahtera



Bila masuk usia 30-an, metabolisme menjadi lebih lambat dari usia sebelumnya. Ya, mungkin pada usia 20-an, usaha diet anda dengan ‘pulaukan’ karbohidrat selama seminggu akan memberi berita gembira. Tetapi pada usia 30-an tulang dan otot akan melemahkan yang memberi kesan kepada metabolisme tubuh yang lebih lambat.

Memang ketara perubahan tu bila dah usia masuk 30 an.  Kalau nak kurus memang kena buat betul-betul dan mesti kosisten.  Kalau tak jangan berangan la nak dapat berat badan macam zaman muda dulu.

Nak kongsi la dengan semua antara tips kurus usia 30an. Seriusly tips nie saya pernah amalkan zaman muda & sekarang kembali mengamalkanya selepas bersalin no 3.

Kalau korang nak cuba.. Boleh sangat-sangat.
Insya Allah boleh bantu. 

1. Tolong kurangkan makan nasi, satu senduk sudah cukup.

2. Banyakkan buah dan sayur, in shaa Allah kenyang.

3. Kena rajin senam, bukan semata-mata nak buang lemak tetapi nak halau penyakit.

4. Jangan ‘skip’ sarapan.

5. Elakkan tidur selepas makan.

6. Lagi mudah, amalkan kemas rumah setiap hari. Paling berkesan, mop lantai. Ini sangat membantu.

7. Banyakkan minum air putih, elok waktu pagi. Malam jangan minum banyak sangat, nanti urat kembang.

8. Amalkan minum air lemon, detoks paling jimat dan mudah.

9. Makan malam sebelum pukul 8.
10. Kena selitkan makan suplement atau jamu. Ini wajib!

Masih rasa berat untuk amalkan beberapa petua di atas? Nak cantik dan sihat kena usaha, janji encik Abang sayang lebih. Moga info ini bermanfaat buat pembaca yang ingin jaga kesihatan dan kecantikan.

Seterusnya..  Bagi yang inginkan vitamin untuk bantu penurunan berat badan bolehlah segera hubungi saya ya



Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI



  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan









Thursday, 26 October 2017

Kenapa Badan Cepat Letih

Salam Sejahtera


Rasa cepat penat, lesu dan mengantuk setiap Hari??  Mari baca apa puncanya…
Keadaan badan akan bergantung kepada pemakanan dan cara kita menjaganya. Jangan salahkan raya atau cuti panjang, semuanya nafsu makan semata-mata. 

Untuk kekal sihat dan bertenaga, kuncinya adalah keseimbangan dan kesederhaan dalam pemakanan.
Ada 3 jenis makanan yang membuatkan kita rasa ‘sluggish’ (penat, lesu dan mengantuk). Kalau boleh, kurangkan atau elakkan makanan sebegini untuk memastikan badan kekal sihat dan cergas.
  1. MAKANAN TINGGI GULA

Pastri seperti kek dan biskut, roti berkrim, kuih muih, nasi berlebihan dan sebagainya akan menyumbang dan menyebabkan tahap gula dalam kandungan darah naik berlipat kali ganda. Ini menyebabkan juga organ pankreas bekerja keras mengeluarkan insulin untuk meneutralkan kembali kandungan gula yang tinggi. Hasil dari kerja keras tersebut, maka terjadilah tindak balas badan yang akan menyebabkan rasa penat dan mengantuk.
  1. MAKANAN BERLEMAK

Fast food seperti pizza, ayam, burger, fries, sos, aiskrim dan sebagainya akan menyebabkan badan lemah. Lemak yang ada dalam kandungan makanan ini sukar dan memerlukan masa yang lama untuk diproses oleh perut. Proses digestion makanan ini akan memakai banyak tenaga dan akan menyebabkan badan cepat lesu.
  1. PERMAKANAN DIPROSES/AWET)

Mee segera, nugget, sosej dan makanan dalam tin asasnya dikenali sebagai makanan ‘instant’. Kurang atau tiada langsung manfaat untuk badan. 

Diperbuat dari refined flour, gula dan sodium yang tinggi. Bayangkan mee segera boleh disimpan berbulan-bulan (expired date), bagaimana jika berada dalam perut? 
Prosesnya lebih lama dari makanan berlemak. 
Makanan seperti ini akan menyebabkan malnutrition dan penyakit seperti anemia, diarhea serta penambahan berat badan secara pantas. Badan akan rasa lagi berat, lesu, penat dan mengantuk!

Untuk memgekalkan kecerdasan dan kecergasan badan, pentingnya mengamalkan:

  • Minum air kosong 1 liter setiap 25 kg berat badan. So, 50 kg = 2 liter
  • 1 genggam nasi sehari atau mengikut keperluan tenaga. Jika bekerja berat, boleh ambil lebih. 1 genggam sudah cukup untuk tampung 1 – 7 jam tenaga.
  • Wajib makan ikut waktu untuk mengekalkan kecergasan badan.
  • Tidur 7 – 8 jam sehari
  • Exercise 3 kali seminggu.
  • Boleh amalkan Vitalea Multivitamin setiap hari 

Tuesday, 24 October 2017

Vivix Remajakan Kulit Dan Awet Muda Selalu



Salam Sejahtera




Nak cantik tak perlu telan bermacam-macam jenis vitamin cukuplah hanya satu sudu Vivix sehari. Korang pasti akan dapat kulit yang menjadi idaman macam kulit artis .

Bukan kulit je cantik, kesihatan pun terjaga dan yang paling orang perempuan ni nak ialah awet muda.

Vivix Remajakan Kulit Dan Awet Muda Selalu


Awet muda ni bukanlah kita tak akan tua. Tua itu pasti cuma dengan mengamalkan Vivix ni kita dapat melambatkan proses penuaan ni.

Tak adalah orang akan ingat kita ni umur dah 50 padahal umur baru 30.. Mau pengsan kot kalau betul ada orang cakap camtu kat saya. Bila ambik Vivix ni umur dah setengah abad dah tapi orang tengok macam umur 30..


Sapa tak nak kan jadi camtu kan. Tak adalah bila kita berjalan dengan suami orang akan tanya ni adik ke..Mau sentap setahun kalau orang tanya camtu..

Apa kelebihan Vivix untuk kulit ya.. 



Vivix Shaklee adalah suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia! Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan memberikan awet muda serta menyihatkan tubuh badan secara menyeluruh termasuk menghindari penyakit kanser!



Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

Vivix ni kita tahu kelebihannya ialah mengandungi 10 kali ganda lebih berkuasa dari resveratrol. Kuasa yang ada pada resveretrol ini mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Resveretrol ni adalah agen antioksidan yang sangat power! Ia berupaya menjaga sel badan dari kerosakan.







Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, 22 October 2017

Susu Badam Kuatkan Imun Badan dan Cergaskan Otak

Salam Sejatera


Anak yang sihat bermakna dia ada sistem imun badan yang bagus, barulah otaknya boleh berfungsi dengan baik untuk belajar banyak benda. Semua ibu mahu anak sihat dan bijak. Jadi, ibu kena bagi anak makan makanan yang berkhasiat.

Kita sedia maklum susu adalah sumber kalsium untuk anak-anak. Tapi adakalanya bila anak dah bercerai susu ibu, kita jadi keliru nak bagi anak minum susu apa sebab ada macam-macam jenis susu di pasaran. Mana satu yang bagus untuk anak?
Menggunakan bahan semula jadi sebagai cara terbaik menguatkan sistem imun badan ? 
Apa kata kita cuba susu badam untuk anak kita. 

Susu Badam Kuatkan Imun Badan dan Cergaskan Otak

Susu badam adalah salah satu susu alternatif berasaskan tumbuhan, 'plant-based milk'. Sangat sesuai untuk semua, terutamanya yang mempunyai alahan terhadap laktosa/'lactose intolerance'. 

Susu badam bebas gluten, bebas casein. Pilihan susu tinggi kalsium yang terbaik selain bagus untuk kuatkan sistem imun badan anak dan brain booster.

Sesuai untuk kanak-kanak setahun dan ke atas. Bawah setahun mungkin ada yang alah terhadap makanan daripada "keluarga kekacang". Mulakan dengan 4-day-rule.

Yang pasti, ia bukan sahaja 'immune booster', tetapi juga 'BRAIN BOOSTER'. Badam itu sendiri adalah makanan kegemaran Rasulullah s.a.w dan khasiatnya amatlah banyak, apatah lagi jika penyediaannya tidak dicampur dengan bahan-bahan yang tidak sihat seperti gula putih, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan. Selain itu ia juga tinggi kalsium, tinggi khasiat.

Maklumat nutrisi badam:
1. Vitamin E
2. Riboflavin.
3. Manganese
4. Magnesium
5. Fosforus
6. Kalsium
7. Zat besi
Khasiat badam:
1. Nutrisi sihat untuk badan.
2. Meningkatkan fungsi otak.
3. Tinggi protein tanpa lemak.
4. Memberi tenaga kepada badan dan otak.
5. Membaiki sel-sel otak dan seterusnya meningkatkan fungsinya termasuk ingatan.
6. Mencegah penyakit dan serangan jantung.
7. Mengekalkan kesihatan kulit.
8. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah.
9. Membantu selera berlebihan dan penurunan berat badan.
10. Meningkatkan penyerapan nutrien.
11. Meningkatkan kesihatan penghadaman.
12.Melawan serangan kanser dan keradangan.
13. Mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.

Cara Penyediaannya... 

1.


2

 3

4.

 5.


Nie la hasinya... Selamat memcuba korang


Thursday, 19 October 2017

Awet Muda Dengan Resveratrol



Salam Sejahtera






Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Seperti yang telah dijelaskan dalam entry tentang kelebihan & kehebatan Vivix, Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’.

Mengikut kajial klinikal, Resveratral sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

Kandungan Resveratrol & Anggur Muscadine


Kalau nak tahu, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratoral berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesies yang lain.

Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM 100.

Cara Mudah & Murah Untuk Dapatkan Khasiat Resveratrol

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.


Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.

Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Resveratrol 

Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer.

Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda 🙂 Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun!

Awet muda dengan Resveratrol? Adakah boleh membantu ?





Wednesday, 18 October 2017

Bagaimana Makanan Ringan Beri Kesan Pada Otak?

Salam Sejahtera



Bagaimana makanan ringan beri kesan pada otak?

Ramai yang sayangkan anak-anak tapi ramai juga tidak sedar bahawa mereka menjadi peracun bersiri pada otak anak-anak.

Maksudnya? Merekalah menjadi tukang beli racun-racun ini dan menyuapkan ke mulut anak-anak.

Kenapa begitu? Makanan ringan yang kita beli atau benarkan anak-anak mengambilnya menjadi penyebab kepada tempat takungan memori di dalam otak yang bernama hippocampus mengecil.



Patutlah susah belajar

Hippocampus adalah pusat pembelajaran perkara-perkara baru di dalam otak.

Kalau tempat takungan memori mengecil, otak keseluruhannya mengecil, hantarlah ke mana-mana pusat tusiyen atau seminar untuk memandaikan dan mematangkan anak-anak, nescaya ianya hanya sia-sia.

Kita juga mengeluh kenapa anak tidak pandai. Habis semua seminar dijajah. Semua pusat tuisyen tersohor di singgah tapi anak-anak masih tidak berubah.

Jadi, bagaimana mahu mengatasi perkara ini? Jalan ringkasnya ialah:

1. Jauhi makanan dan minuman ringan.

2. Perhati dan teliti apa yang anak-anak makan.

3. Bekalkan maklumat makanan alternatif yang sihat untuk otak pada anak-anak.

4. Sediakan makanan alternatif yang sihat untuk otak kepada anak-anak.

5. Kita juga perlu tukar kepada makanan yang sihat untuk otak.

Kalau sayangkan anak, jaga otak mereka. Anak-anak yang mengambil makanan ringan 50% lebih tinggi terdedah kepada penyakit mental seperti, kemurungan, skizophrenia, Attention Deficit Hyper Disorder (ADHD) dan Kecelaruan Bipolar.

Oleh itu jauhkanlah anak-anak dari makan makanan ringan.


Sunday, 15 October 2017

Tips Tingkatkan Kesuburan

Salam Sejahtera



Bagi yang baru berkahwin, hal ini kadang kala tidak menjadi perkara nombor satu dalam kepala. Apabila mula masuk setahun, dua tahun barulah terasa ada masalah dengan kesuburan jika anda tidak mengandung lagi.

Sememangnya hal ini adalah urusan Tuhan tetapi janganlah sesekali kita tidak berusaha untuk memastikan kesuburan kita diL tahap optima sepanjang masa. Mari saya berikan beberapa 'pantang larang' yang perlu anda ambil kisah dan tindakan segera.


1. Pilih makanan sihat

Definisi makanan sihat? Makanan yang baru dimasak, buah-buahan segar dan juga sayuran. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan.

Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.

      


2. Kawal berat badan

Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat.

Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.


3. Elak aktiviti berat

Aktiviti berat akan memberikan anda risiko 'sukar mendapatkan anak'. Ini bermaksud kesuburan anda juga akan terjejas akibat aktiviti seperti mengangkat barangan berat melebihi 20kg.

Biarkan barang-barang berat ini diangkat oleh sang arjuna. Jangan terlalu memaksa diri.


4. Jauhi kafein

Kafein baik untuk merangsang otak anda tetapi ianya tidak bagus untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari.


5. Lakukan pemeriksaan rahim

Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta tanya kepada doktor sekiranya anda ada masalah lain yang perlu diselesaikan.

Tahukah anda bahawa masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur.



Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




Tuesday, 10 October 2017

Hilangkan Parut Dengan Selamat

Salam Sejahtera


Bila hormon tak stabil maka datang la masalah yang paling tak syok sekali. Tumbuhnya jerawat bagai dibaja setiap hari, subur disekeliling muka..  

Naik lemah lagi, dah la subur tumbuhnya meninggalkan kesan tak cantik pulak kat muka tiap kali jerawat dah kecut.  Yang nie lagi tak selesa kalau hari-hari mengadap cermin.. 

Semua orang pernah alami situasi nie.  Nie saya cerita sebab saya baru ja lepas melaluinya.  Kes hormon tak stabil juga, masa pregnant kan semua tak berapa stabil.

Nie kulit muka saya masa pregnant baru nie.  Memang nampak ketara jerawat tumbuh + tinggalkan parut yang terang pulak tu. Sedikit tak senang duduk jugak camni.. 


Ini gambar terbaru selepas semuanya hilang entah kemana.  Mood happy la . Tak stress sangat bila belek muka kat cermin hari - hari 

Nie baru la nak masuk bab bagaimana pudarkan parut dengan selamat tanpa perlu tampal foundation tebal-tebal untuk tutup. 

Saya guna cara sempoi sangat.Hari - hari saya wajibkan ambil 3 suppliment nie. Memang tak miss. Kalau terlupa siang malam mesti topup balik.  3 suppliment yang mesti tu adalah... Pagi ESP mesti minum dulu.  Lepas tu tengahari Vitamin C + Alfalfa Complex. 


Konsep mudah , kulit yg cantik dengan pengambilan Set perfect iaitu ESP, VITAMIN C
sangat bagus utk kulit berminyak, kulit kusam, kulit berparut. 

ESP - Membaik pulih sel.
Sel rosak menyebabkan kulit luaran menjadi kusam, mudah ditumbuhi jerawat, parut susah hilang. Protein penting untuk pertumbuhan sel sel baru.

Vitamin C - Bina collagen.
Badan manusia tidak mampu membina collagen sendiri, penting amalkan Vitamin C utk dpt kulit yg cerah, matikan punca jerawat dari dalam, bebas dari resdung, kulit semakin flawles.

Kalau korang pernah alami macam saya memang mudah sangat.  Just sabar sikit sahaja untuk proses penyembuhan berjalan lancar. 

Nie saya kongsi untuk korang pengamal supplimen bagi tahun 2017. Memang ketara nampakn perubadan pada kulitnya.  Kesan parut pun dah tak sampai. 




Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Monday, 9 October 2017

Kenapa Kita Perlukan Protien

Salam Sejahtera

Setiap hari, kita akan makan lauk-pauk yang mengandungi sumber protein seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
Tetapi tahukah kita yang sebenarnya protien ini sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu tinggi? Contohnya kita goreng ikan. Berapa banyak protein yang tinggal? Jadi, itulah sebabnya kenapa kita memerlukan sumber protein tambahan yang lebih berkualiti.
Protien untuk hormon:
Apabila hormon tidak stabil, pelbagai masalah atau penyakit senang datang. Antaranya berat badan naik mendadak, daya ingatan lemah, kurang tenaga dan cepat letih, kulit wajah cepat berkedut, hilang seri dan kusam, rambut gugur dan tak bermaya.
Protein untuk antibodi:
Antibodi merupakan biomolekul yang tersusun atas protein dan dibentuk untuk respons kepada benda-benda asing yang tidak dikehendaki di dalam tubuh kita. Ia digunakan untuk menetralkan atau menghancurkan antigen yang masuk ke dalam tubuh.
Protein untuk pergerakan:
Protein berfungsi untuk pergerakan pada tubuh manusia. Contohnya protein aktin dan myosin, yang berfungsi dan berperanan dalam kontraksi otot dan pergerakan badan. Protein juga sering disebut sebagai salah satu dalam program diet sihat tanpa ubat yang selamat dan semula jadi.
Protein untuk enzim:
Protein berfungsi untuk reaksi biokimia dalam tubuh. Ianya sering disebut sebagai pemangkin kerana terpaksa mempercepatkan reaksi kimia dalam tubuh badan. Sebagai contoh, protein jenis ini adalah enzim lactase dan pepsin. Lactase memecah laktosa gula yang dijumpai di dalam susu. Walaupun manfaat meminum susu adalah baik, tetapi kadar gulanya juga perlu dikawal dengan baik. Pepsin pula merupakan enzim pencernaan yang bekerja di perut untuk memecah protein dalam makanan agar ianya mudah diserap oleh tubuh badan kita.
Protein sebagai alat penyimpan:
Protein jenis ini adalah untuk menyimpan asid amino seperti ovalbumin dan kasein. Ovalbumin dijumpai di dalam putih telur dan kasein adalah protein yang berasaskan susu.
Protein sebagai alat pengangkutan:
Protein berfungsi sebagai membawa molekul ke satu bahagian ke bahagian tubuh badan yang lain. Contohnya seperti hemoglobin mengangkut oksigen melalui darah dan dibawa ke seluruh tubuh badan.
Protein sebagai alat sokongan:
Protein dapat memberikan sokongan kepada bahagian badan yang lain. Jenis protein ini seperti keratin, kolagen, dan elastin. Keratin mengukuhkan penutup pelindung seperti rambut, bulu-bulu, tanduk, dan separuh. Kolagen dan elastin memberikan sokongan untuk rangkaian lain seperti tendon dan ligamen.

Friday, 6 October 2017

Rahsia Protien Untuk Kulit

Salam Sejahtera


Protien adalah nutrisi terpenting dalam diet harian kita. Ia seperti blok yang membina tubuh, atau seperti batu bata yang membina rumah kita. 

Kajian membuktikan banyak kepentingan Protien untuk kesihatan kulit, otot, tulang, kehamilan, penyusuan ibu, dan untuk tenaga berterusan. 

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK KULIT 

➡ ️25 % daripada tubuh badan manusia dibina daripada protein.  Contohnya seperti kuku, kulit dan otot-otot adalah berasal daripada protein.

➡️ Bila kita mengambil protein,  organ penghadaman akan memproses dan memecahkannya kepada Asid amino dan dihantar kedalam darah seterusnya dibawa keseluruh badan. 

➡ ️Sel-sel badan akan memilih asid - asid amino  yang diperlukan untuk membina tisu-tisu badan yang baru, antibodi, hormon, enzim dan sel-sel darah. Oleh itu protien adalah amat-amat penting untuk kulit dan tubuh yg sihat dan cantik.

➡️ Protien merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel yang telah mati.Kebanyakkan sel-sel darah putih diganti setiap 10 hari.

Sel-sel dalam lapisan saluran usus dan platlet darah diganti setiap 4 hari.Sel-sel kulit diganti setiap 24 hari.Lebih daripada 98 % molekul dalam badan diganti sepenuhnya setiap tahun!.



Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka:

Keanjalan kulit, juga payudara. Awet muda gitu..… Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. 

Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan "Protien "untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Dengan "Protein" juga mampu 
membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri..WOW!

So apa tunggu lagi.. Boleh dapatkan Protien Soya Sekarang.

 TIPS MEMILIH SUMBER PROTEIN TERBAIK

1. Protein Haiwan atau Tumbuhan?
2. Kandungan Kolesterol Tinggi atau Rendah?
3. Kandungan Lemak Tinggi atau Rendah?
4. Sumber GMO atau NON-GMO (Genetically Modified Organisms)?
5. Sumber Semulajadi atau Diproses? 



Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan